Khamis, 18 April 2013

Menu istimewa untuk Alwani.

Pagi tadi sempat sediakan menu baru untuk adik iaitu.... bubur nasi + rebusan sayur brokoli, lobak dan bayam merah. lagi baik kalau sayuran tu di stim saja. tapi take time sikit la. tak kisah la stim ke rebus ke.. yg penting khasiat sayuran tu tak hilang.

Cara2nya -
1 - masak bubur nasi macam biasa.
2 - potong kecil lobak merah, brokoli dan beberapa helai daun bayam (boleh guna sayur lain juga).
3 - rebus  lobak merah dan brokoli dulu. bila dah empuk tutup api dapur kemudian masukkan daun bayam (kalau direbus sekali nanti khasiat bayam hilang).
4 - toskan. ambil sedikit air rebusan supaya hasil kisaran nanti cair sedikit.
5 - asingkan sayuran dengan bubur nasi. tujuannya.... kot2 si kecil tak ready nak makan sayur lagi... boleh bagi bubur kosong saja. (Alwani dia makan aje semuanya... bagus3X)
6 - boleh la di hantar ke rumah pengasuh. senang aje kan. masa yang diambil pun tak lama sangat. selamat mencuba.

 hasil rebusan yang sedia untuk dikisar. ambil air rebusan sedikit untuk lancarkan proses kisaran.
 
 tadaa... ini hasilnya.
 
bubur nasi dan sayuran kisar menu untuk hari ini.
 
p/s : jemput singgah ke Alwani Baby Land ye. tq.



Rabu, 17 April 2013

Alwani genap 9 bulan.

waduh..waduh..waduh... pejam celik pejam celik tau2 alwani dah berusia 9 bulan. cepat sungguh anak ibu ni membesar dengan sihatnya. diperingkat usia 9 bulan ni, alwani dah berani berdiri dengan sendirinya. bila dapat berdiri tu siap bersuara lagi... solid food pun dah macam2 dia makan. menu utama adalah bubur nasi + lauk2 yang dikisar halus + sayur2an yang dikisar (kalau malas chop halus2.. masak sekali dengan bubur.hehehe..). alhamdulillah... seronok sangat hati ibu bila Atok bagitau yang adik berselera makan. ni nak bagi petua sikit bagi yang nak memulakan solid food pada baby. bubur asalnya dari beras kan... so.. disyorkan uols beli beras wangi. beli yang paket kecil. untuk alwani.. ibu guna beras wangi sunwhite. kalau guna beras wangi ni kita tak perlu tambah gula + garam sebab manis beras itu sendiri dah buat baby selera. orang tua makan nasi dari beras wangi pun makan bertambah2. selamat mencuba.  :-)
 
beras wangi khas untuk adik.

  ayah beli kerusi untuk adik.. dah boleh makan semeja.
 
 masa untuk bermain..
 
"awak tengok saya.. saya tengok awak"
 
 
p/s:jangan lupa singgah Alwani Baby Land. terbaikkk..

Isnin, 8 April 2013

Aktiviti di kampung.

Minggu lepas kami balik kampung di Raub. Selalunya kalau balik kami borak-borak dan bergotong-royong di dapur. lagi seronok kalau semua adik-beradik ada. memang riuh rumah macam ada kenduri gamatnya. kami sampai jam 3 petang hari sabtu. lepas rehat + minum ... angin bertiup kuat dan hari pun agak mendung. tup tap tup tap...hujan lebat pun mencurah2 dari langit. teringat masa zaman kanak2... kalau hujan lebat dan takde guruh seronok mandi hujan. apa lagi... suruh anak2 tukar baju...then minta izin ayah tuk mandi hujan... seronok bangat anak2. ibu ayah pun tumpang seronok tengok gelagat anak2 first time mandi hujan. Tok Aki siap bagi tugas lagi.. suruh tadah air hujan dalam bekas tadahan. lama gak anak2 main hujan dari selebat2 hujan... renyai.. lebat balik... renyai.. pujuk ajak gi pasar sabtu baru nak naik rumah. best sangat moment hari tu. Alwani ???... hehehe... dia merenung jauh tengok abang + kakak mandi hujan. sian adik...

 minah ni sibuk nak mandi sungai. nah kau.. mandi hujan siap posing lagi.

 tadah air ye along. tugasan dari Tok Aki.

 nak peace juga.

tetamu tak di undang dok kat betis aiman.


Petang tu kebetulan kaklong fadyla dari Kota Bharu nak gi UiTM SA (ambil anaknya) singgah rumah jap. sempat la borak2 + dinner sama. dipeluk ciumnya Alwani. seperti biasa Alwani malu2 + segan sambil bibir cebik. hahaha... cute sgt masa ni.

 juna, alwani dan aisyah.

 ini aktiviti wajib ayah pada anak2nya. tampung anak dengan sebelah tangan. i loike..

dalam banyak2 shot.. yang ni paling ok. alwani takut kena tinggal.

berat hati kami nak gerak pulang ke puchong. tinggal abah dengan ma berdua saja. kami tetap berdoa agar abah ma sihat dan bahagia selamanya. abah.. ma.. nantikan kepulangan kami lagi ye. love you all forever. 

note :  dapatkan keperluan anak2 anda hanya di Alwani Baby Land. 

Jumaat, 5 April 2013

JULNAR ENTERPRISE... wow!!

Salam Jumaat pembaca sekelian. Hari ni rasa aman dan tenang sekali. Syukran ilaAllah atas nikmat yang dikurniakan. Tengok title kat atas tu... JULNAR ENTERPRISE... nak bagitau kat you all yang Alwani Baby Land secara rasmi telah berdaftar dengan SSM untuk melakukan penjualan barangan yang sah. so... you all tak perlu risau.. tak perlu khuatir ketika berurusan dengan ALwani Baby Land. Kami amat berharap sokongan berterusan dari you all dalam bidang ini. Support kami ye.. TQ.




Isnin, 1 April 2013

Promosi ABL dah tamat.

Assalam semua dan salam 1Malaysia. Tepat jam 12 tgh malam td tamatlah promosi buat followers Alwani Baby Land (ABL) untuk menikmati potongan harga yang menarik bagi setiap barangan. Jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua kerana sudi berurusan dengan kami sama ada melalui kiriman sms, whatsapp, emel atau yg pm page ABL. Pelbagai tawaran2 hebat akan muncul lagi khusus buat kawan2 yang LIKE page Alwani Baby Land.

Kawan2.. stok baru dah sampai. belum sempat ambil gambar dah ada yg sold out. so.... nantikan yang terbaik dari kami ya.

LIKE n SHARE untuk harga istimewa.  lai..lai..lai..   



Jumaat, 29 Mac 2013

Jualan murah.. jom shopping di ABL.

Rasanya masih belum terlambat untuk sebarkan berita hangat ini. Kawan-kawan, Alwani Baby Land menawarkan diskaun sehingga 15% potongan harga untuk setiap barangan. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2013. Jom ramai-ramai... miliki yang terbaik hanya di Alwani Baby Land. ooppss...  offer ni hanya untuk follower ABL saja. bagi yang belum LIKE and SHARE... masih belum terlambat lagi. lekas2.. jangan ketinggalan..



 pelanggan cilik.

 lai..lai..lai.. harga murah dan berkualiti.

peace yoo.. jualan amat memberangsangkan. alhamdulillah.



Selasa, 19 Mac 2013

Alwani with mambobaby neck float

Salam sejahtera pembaca sekalian. kali ni kami nak citer pasal model Alwani Baby Land iaitu si cilik kesayangan dah suka mandi dalam kolam. hujung minggu lepas,aktiviti kami just lepak-lepak di rumah dan makan-makan di food court Alamanda. petang tu.. cuaca tersangat la cantik. redup dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa gitu. ye la kan.. cuaca sekarang dah tak menentu. dikesempatan itulah kami bawa alwani ke swimming pool (depan rumah aje.. ). alwani dengan tenangnya... akur saja apa ibu ayah dia lakukan. senyum sokmo.. kat mana nak dapatkan baby float ni?? haaa... kawan-kawan... dapatkan mammbobaby neck float hanya di Alwani Baby Land. share dan like FB page kami ye untuk info selanjutnya. tq..

 first time masuk pool. tenang dan pandai kayuhkan kaki.

jauh ke tengah kolam. tiada rasa cuak, tiada tangisan cuma senyuman manis terukir.

note : Ramai yang bertanya akan keselesaan dan keselamatan pemakaian pelampung ini. Jangan risau dan khuatir kerana pemakaiannya amat selesa dan mudah pada bayi anda. yang PENTING bayi mestilah di bawah pengawasan parents masing. 

Jumaat, 15 Mac 2013

Setia City Mall, Shah Alam.

Lastweek bawa anak2 jejalan di Setia City Mall kat Klang (kalau ikut alamat SCM ni dah masuk Shah Alam). first time pergi SCM masa tengah pegnen dulu. window shopping + makan2 sambil tengok air pancut.  second time pergi.. alwani dh 7 bulan. asalnya nak window shopping gak tapi tershopping jugak akhirnya sbb ada sales (orang pompuan mmg pantang ada sales. hihihi... tq ye en suami). juna dapat jeans + tshirt. aiman dapat tshirt + topi. adik??? ayahnya kata adik dh banyak baju.. sib baik adik belum pandai merajuk kan.. tapi ayah tetap bagi adik something... tadaaaaa

*

*

*

*

*

 suka sangat nak kereta mainan tu.

taknak ambil gambar. seriusnya dik.


kawan2.. jangan segan-segan untuk LIKE page dan bersopping di Alwani Baby Land ye. tq.

Alwani in magazine PA&MA Mac 2013.

Sungguh tak diduga... lain yang di cari... lain pula yang dijumpai. kuasa Allah nak gerakkan hati ini untuk belek2 majalah kat kedai . mulanya nak tengok website member yang buat bisnes online masuk dlm majalah PA&MA ni. kebetulan kat kedai makan tadi ada jual majalah2. sementara tengah que nak ceduk nasi.. cuci mata la kejap. belek punya belek sekali ternampak nama JULNAR ALWANI. oh tidak!!! ... anak ibu tersenarai juga akhirnya dalam majalah glamor u. hehehehe.. apalagi.. terus beli. tak sabar nak tunjuk kat ayahnya as photographer.

pic ni masa dalam tempoh berpantang.


p/s : kawan2.. jangan segan-segan untuk LIKE page dan bersopping di Alwani Baby Land ye. tq.


Selasa, 5 Mac 2013

Alat sedut hingus bayi yang amat praktikal.

Bayi kalau selsema mesti kesian kita tengokkan. selalunya batuk akan menyusul selepas beberapa minggu selsema tak baik2 jugak. sekarang ni pun Alwani tengah selsema. walaupun dia tak meragam, ibu dia yang geram tengok lelehan dari hidung dia. kalau kita sapu/lap hidung tu punyalah dia marah. TAPIIIII ... itu dulu.. sekarang ni kami telah menjumpai 1 alat penyedut hingus bayi yang amat praktikal dan tidak menyakitkan bayi iaitu NOSEFRIDA Nasal Aspirator. alat ni pun member opis yang perkenalkan. maklumlah dah sama2 ada anak kecil kami selalu sharing bab2 kesihatan, peralatan bayi, makanan dan sebagainya. alat ni keluaran negara Sweden. tak semua kedai bayi/farmasi jual alat ni. cara penggunaan alat ni sama seperti cara orang dulu2 iaitu kaedah sedut. haaa.. uols pernah sedut ke hidung anak2 ?? kami tak pernah buat sebab tak reti.cam kekok aje. bila dah ada alat ni.. senang sesangat. cara guna alat ini.. letak bekas yang tirus dihujungnya (ada lubang) ke dalam lubang hidung bayi then sedut menggunakan saluran tiub yang bersambung dengan bekas tadi. sedut la sekuat hati ia tetap tidak menyakitkan tisu dalaman hidung bayi. sebab ada span yang menghalang udara sedutan yang terlalu kuat. hingus tu akan disedut masuk ke dalam bekas berlubang tadi. nah kau... yang hijau2 pun keluar. kat mana nak cari nasalfrida??? uols boleh dapatkannya di Alwani Baby Land .

 begini rupanya alat yang diceritakan tadi. -gambar dari google-

cara menggunakan Nosefrida Nasal Aspirator. -gambar dari google-


p/s : jom shopping di Alwani Baby Land.

Isnin, 4 Mac 2013

Alwani dah pandai berdiri.

Baru beberapa minggu dapat duduk + merangkak serentak... la ni dh nak berdiri. tak kira kat mana dia stop tau2 dh memaut. siap sengeh lagi. betul la kata orang tua2.. lain anak.. lain ragam mereka. alwani ni kira pecah rekod antara abang dan kakak dia. semuanya cepat. yang lambatnya gigi tak tumbuh lagi dan solid food taknak makan sangat. kalau masak bubur nasi ..satu sudu makan kita tu aje dia mkn. BF pun dia juga yang paling lama. syukur alhamdulillah. tak kisah la.. banyak makan ke tak.. yang penting anak ibu sihat dan ceria.

cucu paling bongsu setakat ini.

p/s:kekwn.. jangan malu dan jangan segan untuk shopping di Alwani Baby Land

Khamis, 21 Februari 2013

Adik dah pandai duduk

Tengahari tadi lupa pula nak call Atok bertanya khabar anak2. maklumlah as programmer bila ada idea memang laju aje tangan ni nak meng'coding' program. insyaAllah anak2 ibu ok di sana. doa buatmu tak pernah dilupakan. amin.

ni nak citer pasal si cilik Alwani. umur dah masuk 7 bulan. solid food tak nak makan lagi.. merangkak pun tak gerak2 . tup-tup dah boleh duduk.. kusss semangat.. terkejut ibu ayah dik ooiii... takut sakit pinggang yg lembut lagi tu. mula-mula dia duduk katak masa umur 6 bln. uols tau tak duduk katak macamana??? sila lihat gambar di bawah ...

*

*

*

*

*

*

orang panggil ini duduk style katak tp cute ..

peringkat duduk katak dah berjaya... siap stand sebelah tangan lagi tu.. lepas tu lagi banyak aksi dia duduk. bila dah banyak gaya duduk tu ibu ayah takde la risau sangat sebab alwani duduk tanpa bantuan dari orang lain. sekarang ni dah nak berpaut pada sofa pulak dah... amboi-amboi-amboi.. cepat jalan adik ni nanti. satu aje ibu minta... cepat2 la adik nak makan solid food ye... risau sbb produktiviti EBM kejap naik kejap menurun.


 stylo tak gaya saya?

 'ada gaya gymnastik tak ayah"

my princess

p/s:kawan2.. jom shopping di Alwani Baby Land.

Alwani jadi model

Alwani jadi model???  kenapa?? tak percaya???

Bismillah sebagai pembuka bicara dan alhamdulillah ucapan syukur ilaAllah atas kurniaanNya kerana anak bongsu kami Alwani telah dipilih menjadi model. selama 7 tahun menanti, kehadirannya membawa keceriaan dan kebahagian kepada kami sekeluarga. kehadirannya juga telah membuka pintu hati kami untuk menjalankan perniagaan atas talian (bisnes online) bagi keperluan bayi, kanak-kanak dan keperluan ibu-ibu. maka dengan itu wujudnya Alwani Baby Land.

hehehe.. baik punya intro. kawan2 blogger.. sekiranya anda tercari-cari barangan keperluan anak-anak dan keperluan diri sendiri jangan segan2 untuk singgah ke fan page FB kami  Alwani Baby Land (jangan lupa LIKE ye.) semua barangan jualan kami pada harga yang amat berpatutan dan kerkualiti. sekarang ni kami tengah mencuri2 masa untuk create website. terima kasih kepada sahabat2 dan kenalan2 yang telah sudi membeli barangan dari kami dan memberi sokongan positif dan kata2 semangat untuk meneruskan bisnes ini.  lai...lai...lai....

 aksi si model cilik

 model ni dah pandai press button sound.

headband yang amat selesa untuk dipakai.

mari kawan2.. jom kita shopping di Alwani Baby Land. terima kasih kerana sudi membeli dengan kami.

Rabu, 6 Februari 2013

Alwani tak mahu solid food lagi..

Genap umur Alwani 6 bulan 21 hari. sepanjang tempoh itu juga aku berjaya memberi susu ibu sepenuhnya pada si manjaku sorang ni. syukur alhamdulillah.... rutin mengepam di pejabat tetap diteruskan walaupun kadang-kala terpaksa berkejar2 dengan masa. ditambah lagi sekarang ni Alwani tak nak makan bubur nasi (susu ibu lagi sedap kot..). aku pun tak lepas mengamalkan petua2 untuk banyakan air susu. dalam banyak2 petua tu tak semua sesuai dengan kita... so, try an error la ye kekawan.

budak kecik tak mau makan... cute la tu.. 

Ini antara menu yang aku amalkan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF.
1. Teruskan pam BF walaupun kita bekerja.

3 bulan yang lalu... hasil perahan cukup membanggakan. sekarang 10oz ke 13oz saja. syukran ya Allah.

2. Air rebusan longan kering.
** longan kering ni boleh beli di kedai2 ubat cina atau kedai runcit bangsa cina (kedai melayu jarang ada jual). cuci bersih longan kering tu (sukatan ikut suka la... kalau nak buat simpanan rebus la banyak2.. kalau setakat untuk 1 hari minum.. ambil dalam 10-15 biji pun dah cukup.)  lepas cuci dan selawat atas Nabi rebus dalam periuk dengan sukatan air 3-4 gelas (pandai2 la agak yer..). rebus hingga longan tu kembang seperti laici la rupanya. sebelum tutup air tu letak la gula sikit baru sedap rasanya. boleh diminum masa suam atau sejuk.

3. Minum Milo O.
** ada juga orang kata minum milo pun air susu banyak. milo o + biskut crackers... my peberet tau ... wallah.

4. Minum air soya.
** minum air soya seminggu 2-3 kali. yang penting... nawaitu jangan lupa!

5. Makan sayur kacang panjang/ulam pegaga.
** sayur ni pun boleh banyakkan air susu (makcik dari indonesia yang bagi tau ni base on pengalaman dia.)

6. makan supplement food (multivitamin)

7. Milk booster - RTC
** RTC - remidi homeopati untuk menambah susu ibu keluaran Eraedar Sdn Bhd. kemam saja. ada milk booster yang lain.. tapi aku ambil yang ini sebab masa mengandungkan juna dulu aku amalkan set salindah. alhamdulillah..khasiatnya seperti yang diperkatakan orang ramai.

nilah rupanya RTC

rakan2 blogger boleh cuba kaedah2 di atas. dan boleh share kalau ada cara lain untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF. selamat mencuba.

Rabu, 23 Januari 2013

Air zamzam vs air kelapa - demam campak.

Dugaan Allah buat si kecil ibu Alwani, selepas disuntik Hipetatis B (umur 6 bulan) di klinik minggu lepas malam tu Awani terus demam. ingatkan demam sebab kena cucuk. rupa2nya demam campak ruam. campak ruam tu keluar hari ke 2 selepas baik dari demam. almaklumlah..dah lama tak beranak kecil... tak terfikir pun akan demam campak ni.

firstly lihat ruam tu masa nak mandikan adik. ada tanda ruam sebesar ibu jari dan satu lagi sebesar kuku ibu jari di bahagian belakang badan. dibahagian muka ada juga tanda ruam tapi ingatkan kesan dari digosok-gosok matanya tu. aku pun terus saja mandikan adik sedangkan pantang orang demam campak ni tak boleh mandi. hihihi.. memang tak ingat langsung. patut la dia asyik merengek aje. petang tu kami pergi ke Bandar Bukit Raja Klang (rumah adik) sebab mak ada kat situ... adik terus peluk opah dia macam rindu sesangat. tak lepas pelukan dia. citer ngan mak pasal ruam tu..terus mak kata ini campak. sian adik... selalunya orang bagi minum air kelapa untuk cepatkan campak tu keluar.. tapi kami bagi minum air zamzam (air kelapa kompem tak minumnyer...). lepas tu sapukan air zamzam satu badan (sambil2 tu selawat dan doa supaya campak tu cepat keluar dan cepat baik. jangan lap tau.. tekap sikit boleh la).  aku ulang la sehari 3 kali sapu air zamzam. dengan izin Allah.. malam tu bintik2 merah dah mula keluar dengan banyaknya sekitar kepala, muka dan badan. esoknya lagi banyak keluar memenuhi muka, seluruh depan dan belakang badan, tangan, peha dan betis. rengeknya memang memilukan. gatal la tu. nak kurangkan gatal.. ada petua orang tua2 dulu.. ambil daun semambu (pokok daun semambu ni kalau nak senang.. pergi ke Taman Warisan Putrajaya... keliling taman tu semuanya pokok daun semambu. upah la orang yang sapu sampah kat situ tolong panjatkan dan ambil daunnya). kemudian blend dan campurkan dengan bedak sejuk. pastu simpan dalam peti ais. then boleh la sapu ke badan anak. in shaa Allah ia boleh kurangkan kegatalan dan ketidakselesaan anak2 yang demam campak. Alhamdulillah... hari ni bintik2 merah dah banyak hilang menunjukkan tanda2 nak pulih. amin.

saya adalah kesayangan ayah, ibu, along,kakak dan mereka2 yang mengenali saya.

note:gambar tengah demam tak boleh disertakan kerana en suami tidak memberi keizinan. tak comel katanya.

Rabu, 16 Januari 2013

Alwani genap usia 6 bulan.

Alhamdulillah... hari ini Alwani genap berusia 6 bulan dan hari pertama diperkenalkan dengan solid food. opkos la bubur nasi. eemmm.... zaman aiman dan juna dulu mereka tak makan bubur nasi. makan nestum, kanji,nestum,kanji sampai la diaorg boleh kunyah makanan yang kenyal sikit. tak tau la sebab apa diaorang tak makan bubur nasi. nak kata salah masak.. macam dah ok. entah la.. memang tekak anak western kot. so..untuk alwani aku nak bagi bubur nasi juga sebabnya.. dua hari lepas ada try bagi alwani makan nestum beras ada la dalam satu sudu. makan memang la makan walaupun tak habis... tapi..besoknya berak-berak. bagi 2 kali aje..pastu stop terus. bila dah kena bagi makan bubur nasi kompem kena bangun awal2 pagikan. sebelum ni pun setiap pagi dah berpeluh..mana nak prepare bekpes tuk anak pergi school..prepare BF ke dalam botol susu.. sekarang kena tambah 1 lagi aktiviti iaitu masak bubur nasi pulak. nasib baik jumpa penyediaan untuk  masak bubur nasi dengan mudah dan cepat dari sahabat blogger cheyan . kredit and thank to cheyan.

tunggu turn nak kena cucuk. berat bertambah dari 7.05kg kpd 7.4kg

Happy New Year 2013/1434.

Syukur kepada Allah s.w.t. atas limpah rahmatNya kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria di awal tahun 2013. kami sekeluarga masih terasa keseronokkan dan keterujaan dengan kehadiran Alwani. tak sabar2 nak bersua muka selepas pulang dari pejabat. along dan kakak juga tak sabar2 nak bermain dengan Alwani selepas pulang dari sekolah. Alwani  seorang yang mudah didekati. seorang yang amat murah dengan senyuman dan tidak banyak ragam. senyuman itulah yang kami sekeluarga tak sabar2 untuk bertemu dengannya. berkat doaku sepanjang mengandungkan Alwani agar ditemukan jodoh dengan pengasuh yang baik, pandai menjaga bayi, boleh bertolak ansur dan tidak berkira telah memudahkan urusan kami untuk menjaga Alwani ketika ketiadaan kami sekeluarga. didoakan Atok (pengasuh) dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi dan dirahmati Ilahi serta dipertingkatkan kesabaran dalam menjaga/mendidik anak-anak yang diamanahkan. didoakan juga semoga Allah memelihara kita semua dari perkara2 yang tidak baik. serta diberikan seribu kebahagiaan dan kerahmatanMu sepanjang tahun 2013/1434. amin.



Isnin, 31 Disember 2012

Rawatan Sonotron untuk batuk berkahak.

Lepas balik dari kampung (selesai majlis aqiqah & doa selamat) Alwani masih lagi batuk2. kami mula risau batuknya semakin kerap. sebelum jadi parah, kami telah bawa adik ke klinik Dr. Khadzali di Ulu Kelang Ampang untuk rawatan sonotron. rawatan sonotron ni dah lama sebenarnya digunakan untuk merawat penyakit di Malaysia cuma penggunaannya kurang meluas dan tertumpu pada sesetengah penyakit saja. antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini ialah resdung, gout, sakit otot, sakit sendi, asma, stroke, sakit kepala dan beberapa pemyakit fizikal yang ringan seperti terseliuh.

Kami kenal dengan rawatan sonotron ni lebih kurang 10 tahun lepas ketika aiman berumur kurang 1 tahun. aiman dulu masa umur 6 bulan telah disahkan menghidap bronkitis (bronchitis) dan ditahan wad selama 6 hari. ini berikutan batuk yang berterusan. lepas sihat dan keluar hospital aiman batuk semula. on off batuk dia. then member opis lama cadangkan buat rawatan sonotron ni. (dengar sonotron ternganga gak la mulut tu sebab tak pernah dengarkan..hik..hik..hik..). kami pun pergilah ke klinik Dr. Khadzali seperti yang dicadangkan tadi. since dari situlah kami sering gunakan rawatan sonotron sekiranya anak-anak batuk. masa bawa Alwani hari tu.. Dr. Khadzali tersenyum gembira melihat aiman yang pernah dia rawat 10 tahun lepas sihat walafiat. ayat doktor "awak (aiman) semakin membesar.. tapi doktor semakin tua" . terima kasih Dr. Khadzali dengan izin Allah kebijaksanaan doktor dalam bidang ini telah banyak membantu insan2 yang diduga dengan pelbagai penyakit agar dapat sembuh dan sihat semula.

So, sesiapa nak cuba rawatan ini di sekitar Ulu Kelang boleh ke klinik Dr. Khadzali. setiap penyakit ada ubatnya melainkan sakit di saat kematian. berusahalah kita demi untuk mengekalkan tahap kesihatan agar dipermudahkan kita melaksanakan amanahNya dimuka bumi ini. 

No.3, Rumah Kedai,
Jalan AU 5C/K,
Ulu Kelang, Ampang
54200 Kuala Lumpur
Tel - 03 4108 3716



Dr Khadzali sedang lakukan sonotron. rilek jer alwani. kuat macam ibu dia..hehehe..
 

Oppss... lupa nak bagitau status alwani sekarang. syukur alhamdulillah, lepas 2 kali buat rawatan sonotron alwani kini sihat sepenuhnya. kahak tu keluar melalui najis (banyak giler keluar. masa sonotron hingus yang keluar.) doktor pesan... kalau bayi/kanak2 kecil yang tak pandai nak buang kahak.. mandikan mereka dengan AIR SUAM (jangan mandikan dengan air biasa/paip sebab nanti lambat baik.) lagi satu.. boleh buat tepukan percussion bagi melonggarkan kahak. baca kat sini cara tepukan percussion.

bentuk tapak tangan untuk buat tepukan percussion.

note : mungkin ada teknik rawatan lain yang kami tidak tahu selain dari rawatan sonotron. walau apa pun dan bagaimana cara sekali pun teknik rawatan yang ada ia boleh dipraktikkan selagi tidak memudaratkan bayi/kanak2.  :)
.

Sabtu, 29 Disember 2012

Majlis Aqiqah, Doa Selamat dan Cukur Rambut Alwani.

hai kekawan. lama rasanya tak update blog kesayangan ni. selalunya aku menulis blog di pejabat. selesai programming.. blog ni lah aku buka. tapikan sejak sebulan dua kebelakangan ni.. internet di pejabat selalu sangat kena block. nak baca blog follower dan blog rakan lain kejap lepas..kejap kena block. isshh.. tak faham..tu la salah satu punca aku lambat update citer terkini hiburan sensasi. nak update kat rumah??? hehehehe... baik aku main ngan adik (lagi la tak sempat).

23 Dis = 9 Safar 1434, kami sekeluarga telah buat majlis aqiqah dan doa selamat anak2 di kampung. aku dah lama berniat nak buat majlis ni sebelum masuk tahun 2013. orang tua2 kata kalau dah berniat baik kena buat cepat2 kalau tak... ada benda tak baik akan berlaku. kebetulan 2 minggu sebelum majlis alwani tak sihat. mula2 tu demam selsema selepas pulang dari klinik kesihatan check up tuk 5 bulan. teruk jugak la ragam dia. maklumlah..5 bulan pertama sihat walafiat..tetiba demam. lepas baik demam, alwani sakit mata pulak..(tak tau jangkit dari sapa.abg kakak dia ada kat kg...pengasuh dia ok aje) . lepas baik sakit mata, batuk + demam lagi. mak aku terus pesan..baik buat cepat majlis tu. kesian kat adik.. kejap sihat kejap tak sihat. maka denga itu kami pun terus melaksanakan majlis yang meriah ini. sepanjang majlis berlangsung alhamdulillah alwani tak demam cuma batuk ada lagi sikit. dia pun tak meragam. macam faham2 aje itu memang majlis untuk dia.

syukran jazillan ilaAllah atas keizinanNya majlis aqiqah, doa selamat dan cukur rambut alwani berjalan dengan lancar. para jemputan tak putus2 datang. hidangan juadah untuk tetamu pun mencukupi. alhamdulillah. jom kita lihat gambar2 sepanjang majlis yang meriah ini.


 majlis dimulakan dengan memuji Ilahi dan keagungan Nabi s.a.w

 alwani tenang di dalam buai.

 masa untuk gunting jambul.

 rilek aje adik. good girl kan.

semua makcik nak pegang adik.

 cak!! ayah..

baca doa untuk si kecil diikuti doa selamat.

 ibu turut mengaminkan doa2 buatmu sayang.

 lunch time. 

 bagi susu ibu yg diperah as lunch.

 bergambar dengan unties and cousins.

 bersama nenek tersayang. my MIL

 get ready to shave time.

 five of us. happy family

my new look.

majlis aqiqah ini sebagai tanda kesyukuran kami kepada Allah dengan kehadiran Alwani menambahkan lagi kecerian kami sekeluarga. mudah-mudahan majlis ini diberkati dan dirahmati Ilahi. alhamdulillah.