Rabu, 28 September 2011

Info Kesihatan : Penyakit tiroid


Tiroid buat janin terencat

Apabila berbicara mengenai penyakit tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tahukah anda tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada bahagian itu?

Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Pun begitu, ia dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.

Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga. Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasanya menyerang wanita berbanding lelaki.

"Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini. Kebanyakan masyarakat pula masih tidak  mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain. Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pra-matang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya." 

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak  mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta berbahaya. Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya  sekitar 5 hingga 10 peratus.

Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom hipertiroid
  • Hilang berat badan
  • Kerap buang air besar
  • Sering berpeluh
  • Berdebar
  • Menggeletar
  • Penglihatan terjejas
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis
  • Bertambah selera makan

Rawatan hipertiroid
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan.

Apakah hipotiroid?
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik disamping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Simptom hipotiroid
  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan.

Hipotiroidisme kongenital
Biasanya ia berlaku dikalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis serta lewat tumbesaran. Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Rawatan
Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon.

Kedudukan kelenjar tiroid.

sumber dari : Metro Ahad, 21 Ogos 2011

Hukum membaca al-Quran ketika uzur (haid).

Ilmu untuk dikongsi bersama.

S : Apakah hukumnya jika wanita yang dalam keadaan haid membaca al-Quran, zikir dan seumpamanya?

J : Seorang yang dalam keadaan haid disebut bahawa dia tidak boleh mengerjakan solat, berpuasa, mendiami masjid dan tawaf. Jika dia membaca al-Quran yang sedikit seperti menegur anak yang sedang membacanya adalah harus. Begitu juga membaca tafsiran daripada al-Quran diharuskan. Jika membuka al-Quran dan membaca sebahagian besar seolah-olah keadaan sudah suci, tidak dibolehkan. Berzikir dengan bacaan al-Quran yang sudah dihafal dan zikir lain adalah harus ketika sedang dalam haid.



sumber dari Anda musykil, Dr Mashitah Jawab, keluaran MA

Rabu, 21 September 2011

Jamuan raya.

Masih di bulan Syawal. ramai yg ambil kesempatan semasa cuti Hari Malaysia utk buat rumah terbuka (cuti direct 3 hari... seronok sangat.. alhamdulillah). biasanya jarang jemputan open house ni tak pergi...makan free kan...pastu bermacam2 aneka juadah disediakan. office aku pun tak ketinggalan buat jamuan raya pada 15/9 di dewan Balora Perdana. ini adalah tahun pertama aku turut meraikan jamuan raya di office w/pun aku dh 2 thn di jabatan ini. tahun sebelum tu ...aku perlu menjalani rawatan radioterapi...kena dok dlm wad. huhuhu... masa ni sedih sgt...dn rasa perit menjalani rawatan mematikan mood raya tahun 2010. ok la tu.. itu kisah lama..sekarang kita happy2kan diri di bulan syawal yg mulia ini...

 dapat duit raya.




 menikmati keenakan kopi sebenar...

 jemputan dari Heitech Padu.. bersama teman gelak ketawa... Musalmah.

teman seperjuangan... Rafizah, Fatima & Haslinda Rohaizat

kak fizah suruh ambil gambar lagi sebab brooch dia tak mengerlip..layankan jer.




Khamis, 15 September 2011

Salam AidilFitri buat semua..

Syukur alhamdulillah...selesai sudah umat Islam melaksanakan ibadah puasa dan kini sedang bergembira meraikan Syawal yang dinanti2kan. Tahun ni first raya balik raub. semua adik-beradik husband balik. tahun ni keluarga mentua telah bertambah ahli keluarga.. nik muhammad shariman, 1 thn cucu ke 4 abah ngan ma serta menantu dr johor, aza. meriah sangat dengan tema raya warna purple. seperti tahun seblm2 ni.. menu di pagi raya adalah nasi himpit + kuah lodeh + rendang ayam & daging. lepas bersalam2an mohon kemaafan dari abah, ma, suami tersayang, adik2 ipar, biras2 dan anak2 kesayangan kami beraya ke rumah saudara mara terdekat.

di pagi 1 syawal

kami 4 beranak

 manis2 belaka..

minta maaf ngan along

buah hati ibu dn ayah.be a good khalifah.

Raya ke 2 kami semua bertolak ke temerloh ziarah kubur arwah tok,ma dan sedara mara yg telah kembali ke rahmatullah. pastu kami beraya ke rumah mak2 sedara yg ramai sgt dok kat temerloh ni. alhamdulillah..semuanya dalam keadaan sihat2 belaka.

perjalanan ke Temerloh.

 bersihkan kawasan kubur arwah ma dan saudara yang lain serta bacaan doa.

 posing kejap..

aksi bebas depan rumah makwe. sungai kat belakang tu adalah Sungai Pahang.

Raya ke 3.. hehehe... hari yg ditunggu2.. hari perjalanan balik ke kampung halaman ku di Changkat Lada, Kg Gajah, Perak. kali ni en husband nak ikut jalan ke simpang pulai. masuk naik cameron highlands...sempat gak la singgah di kaki bukit cameron beli buah tangan tuk keluarga di kampung. perjalanan kali ni seronok sebab aku tak 'mabok' huhuhu.. 

 nan and wife pun nak gerak balik ke Sg Sibol Johor. kebetulan hijau..
Raya ke 4 - 5... kami sekeluarga gi beraya ke umah mak2 ngan pak2 sedara sekitar Changkat Lada, Lambor Kanan, Tapah dan Mambang Diawan.

 cucu main bunga api..

 opah plak pinjam bunga api tuk bakar ranting2 kering.hehehe.. kelakar la mak ni..

 rayyan tgk aje kakak2nya main... anak omak ni.. manja ngan semua org.

 aktiviti mlm bersama sepupu2..

anak2 makngah... anak ibu merajuk ngan ari..berebut mainan..

Raya ke 6 gerak balik ke home sweet home... Bdr Bkt Puchong 2. Syukur alhamdulillah...sepanjang perjalanan pergi dan balik selamat semuanya.

Raya 2010
Last year boleh lak lupa nak update raya dlm blog.. citer sket la ye..raya tahun 2010 kami sambut ala kadar saja sbb aku baru lepas operation pd minggu ke 2 ramadhan. tiada yg baru...kuih pun x beli. syukur alhamdulillah...mak masih ada tuk menjaga aku. itulah pengorbanan seorg ibu dan doa2 utknya tidak pernah lengkang dari mulutku ini. w/pun keadaan kesihatan yg x mengizinkan sgt..raya tetap raya... terima kasih suamiku sayang kerana bnyk membantu dn memahami keadaan diriku hingga ke saat ini. kita tgk gambar2 raya 2010 di Changkat Lada, Perak.

 mohon keampunan dr mak yg sangat2 tercinta.

 kuning diraja.

 open house di rumah mak maksu. sedap sgt juadah yg dihidangkan.

 along, tokcu (baju merah), uda dn pak anjang.

mak dn adiknya..makcik yg sgt sporting.. makdah

ni gambar dkt umah makwe di temerloh.

with my hubby yg plump.