Jumaat, 31 Mei 2013

taaateh.. setapak lagi.

 

syukur alhamdulillah... anak ibu dah boleh bertateh. dapat la dalam 6-7 tapak ke hadapan. dah pandai sekarang ni kalau ibu kata 'stand up' ... bersungguh-sungguh dia berdiri. minggu ni balik perak. tak sabar nak tunjuk kat opah la tu.

perkembangan terkini Alwani :
-   pandai nak bersalaman dengan orang jika sebut word 'Salam'.
-   pandai babai orang.
-   suka buat muka .. sambil tayang gigi yang ada 2 batang sj tu.
-   pandai letak tapak tangan di telinga sambil sebut 'ataahhhh..' (cakap guna hp la tu konon2nya).
-   sangat suka lagu Sayang nyanyian Shae.
-   solid food... yang wajib masih lagi bubur nasi as main menu. yang lain tu boleh ... tapi tak galakkan sangat. risau perut dia meragam pula nanti. so far setakat ni dia ok saja.
-   syukur alhamdulillah... umur 10 bulan setengah masih minum susu ibu sepenuhnya. Ya Allah.. Ya Tuhan ku... aku memohon agar diperbanyakkan susu ku ini untuk anak ku sebagai amanah dari Mu. Amin.

wassalam .



      

Jumaat, 17 Mei 2013

Doktor glamor - masterchef 2

aik??? post kat bawah ni boleh pula lupa nak post. takpe la.. harap sudi membacanya. tq.

Hari ini, ada temujanji di Hospital Putrajaya (HP). setiap 2 bulan sekali mesti pergi sana untuk rawatan susulan. since 2009 lagi asyik dok berulang ke sana saja. nak buat macam manakan. dah Allah bagi penyakit kena redha la. dah tertulis dari azali lagi. beruntung tau... sebab Allah sayang pada kita Dia uji  kita dengan penyakit yang orang lain takut untuk terima/tanggung. kiranya termasuk dalam kategori critical illness. sakit apa????  eemmm... not ready to story. nanti la ye.
 
Perjalanan ke HP kenderaan tak banyak. trafik lancar. nak parking pun senang sebab banyak kosong lagi. selalunya memang kena pusing 2-3 kali nak cari parking. dari tempat parking di seberang jalan sana nun... berjalan kaki pula untuk ke HP. macam pelik sikit sebab macam tak ramai orang. tenang...suara kanak2 kecil pun tak seriuh seperti sebelum2 ni. eemm...???? cam pelik la pula kan. selalunya ramai patient di kaunter pendaftaran. ok la tukan ada perubahan positif. bagus3.
 
Yang sebenarnya nak citer pasal doktor yang aku jumpa tadi. bila no naik... terus pergi ke bilik doktor. dalam hati kata "macam pernah jumpa doktor ni... tapi di mana ya ??" dalam soal jawab antara doktor dengan patient... dalam kepala dok fikir kat mana jumpa doktor ni. selesai rawatan.. aku minta timeslip.. tengok nama doktor tu.. Nur Shahida Wahab. haaa... sah.. memang sah... ni doktor shahida yang masuk program realiti masak-memasak Masterchef musim 2. hehehe.. seronok sangat macam jumpa artis gitu. sebelum ni pernah berselisih dengan dr.shahida tapi hari ni... dia pula yang rawat kita. orangnya manis, cantik, lawa, lemah lembut dan pandai masak. boleh dikategorikan as doctor celebrity. comel-comel-comel.
 
Dr Nur Shahida bt Wahab. 
 
psstt..psstt..  jom shopping di ABL. tq 


Alwani genap usia 10 bulan

Cepat betul masa berlalu. tau-tau hari ini usia adik dah 10 bulan. syukran ilaAllah atas nikmat kurnianNya adik membesar seperti bayi-bayi yang lain. ye la.. dulu masa pegnenkan adik... kesihatanku amat membimbangkan pihak hospital. alhamdulillah... semuanya selamat.
 
sedikit perkembangan Alwani
- sekarang ni dah boleh berdiri dan kawal/imbang badan semasa berdiri. boleh bertepuk tangan lagi.
- dah boleh sebut/panggil AYAH (jeles ibu tau..)
- dah pandai nak main gadjet ibu ayah (hp ibu dia pernah baling terus masuk dalam mangkok maggi sup. huhuhu...until now cannot connect usb)
- kalau nak telefon opah kena on speaker. sebab Alwani suka bunyi ringtone.
- Alwani TIDAK SUKA orang ambil apa saja yang dia pegang. kalau tak dia punya menangis macam kena apa lagi.
- sekarang mandi kena dalam 'kolam kecik' sambil main buih. kalau tak nangis (itu aje la modal dia.. nangis)
- solid food dah macam2 jenis boleh makan. mashroom sup pun dia suka.
- suka lepak/main dengan kakak dan abang. gelak macam orang besau dah bunyinya.
- suka campak barang yang dia pegang. 
- suka tarik kain ibu yang tengah solat.
- pantang tengok ibu pakai tudung mesti dia minta dokong.
- boleh dikategorikan 'telinga nipis' (ayah borak dalam tepon kat balkoni pun dia blh dengar.... aduiya..)
- seorang yang sangat pemalu dengan orang luar.
- seorang yang amat dirindui, disayangi IBU AYAH ALONG dan KAKAK JUNA.
 
apa lagi erk??? eemmm.... cukup la tu. yang lain tu rahsiaaaa..
 
 

alwani suka sangat toy ni. siap menari lagi tau.

 stop music... cepat2 dia tepuk.
 
 with cousin Nur Adeena Safiyya.
 
salam perkenalan. hahaha... nasib baik Adeena tak nangis.
 
ibu ayah tetap doakan along, kakak dan adik sentiasa dipayungi rahmat Ilahi. sihat, gembira, bahagia, berjaya dunia akhirat dan dilindungi Ilahi walau di mana saja anak2 ibu dan ayah berada. amin. LOVE YOU ALL FOREVER. 
 
 
p/s:kawan-kawan teruskan memberi sokongan kepada Alwani Baby Land ye. tq

Selasa, 7 Mei 2013

05052013 ... Hari mengundi seMalaysia.

5.5.2013 - tarikh yang amat mendebarkan buat diriku saat jumlah undian diumumkan. ini kali kedua aku melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia buat negara tercinta. PRU-13 kali ini juga buat pertama kalinya petugas SPR mencalit cari para pengundi sebagai tanda tiada pengundi hantu yang nak tumpang memangkah. no..no..no.. kami rakyat Malaysia tak benarkan okey..
 
 kami 3 beradik mengundi di tempat yang sama.
 
cantik enai dijari kami kan??
 
Alhamdulillah.. keputusan rasminya semua orang dah tahu dah. no need to explain here. lega rasa hati sebab pemimpin negara masih milik orang Islam. itu yang penting sekali. tapi agak kecewa juga sebab jumlah undi sedikit merosot dan bangsa lain yang banyak menang kerusi dun/parlimen. takpe-takpe... next election kita tukar.
 
Selesai mengundi kami semua lunch di WangsaWalk. seronok anak2 bergurau senda sesama mereka. alwani pulak malu sokmo.

Alwani tunduk malu ketika didokong uda.
 
en suami mengundi di Felda Tersang. good job darling.
 
ok.. sila abaikan masalah handphone tak boleh upload gambar ye.. my en suami dah sent gambar. sekian. hihihi..
 
buat masa sekarang ni gambar tak boleh nak post sebab my handphone takleh nak detect usb port. ini semua gara2 si comel Alwani telah membaling handphone ibu dia dan masuk terus ke dalam mangkok mee maggi Aiman. huhuhu... bertuah punya baby kan. tunggu en suami transfer gambar to pc then i'll post it later.
 
ok untuk post kali ini... jangan lupa singgah dan membeli-belah di Alwani Baby Land tau. tq

Jumaat, 3 Mei 2013

1 Mei 2013 - G.I Joe

1 Mei adalah hari cuti umum sedunia buat semua mereka2 yang bekerja termasuk diriku ini. walaupun sehari aje cuti ia perlu dimanfatkan sebaik-baiknya. dan dengan itu... en suami telah book tiket movie G.I Joe. yes!!! iloike u. my favorite actor Bruce Willis pun ada dalam movie tu. thank you darling. nanti belanja lagi ye. (hehehe... senyum sampai ke telinga tau.. haha)
 
G.I Joe punya pasal... semua anak2 kena tengok jugak. citer ni xde adegan kissing2 tau. tu pasal bawa anak2 sekali. more action and funny. Alwani ??? alwani pun  kena ikut juga (bertuah punya ibu..). show time start jam 3.35 pm (sempat la solat zohor + lunch di rumah) sampai di IOI ngam2 jam 3.30. full seat juga rupanya. ingatkan citer di akhir2 tayangan ni orang tak ramai rupa2nya... haa.... ambik ko.dah la bawa baby. dalam hati punya la berdoa agar adik tak meragam. fuh!!! mmg termakbul doa.. alwani tak meragam sangat. alhamdulillah..still under control... hehehehe... en suami saja yang terlebih risau. :) 
 
alwani tidur dengan lenanya


Oblivian ni pun best. dah keluar cinema pun alwani masih lena.

psst..psst.. jom beli barangan bayi di ABL. tq

Jeng.. jeng..jeng..

Jeng.. jeng.. jeng... itulah tajuk untuk entry pos kali ini. apa yang jeng.. jeng.. jeng ??? hahaha.. adalah... eemm.. banyak benda nak coretkan kat sini al-maklumlah... kesibukan melanda. lastweek kena join kursus PHP & MySQL 3 hari... habis kursus.. sambung buat kerja hakiki. hujung minggu pula balik Kg Gajah (seronok sangat dapat balik kampung jumpa mak dan makan masakan mak. sayangggg mak). Selang sehari lepas pulang dari kampung Alwani demam pulak.
 
Demam alwani tak teruk sangat cuma yg panasnya adalah di bahagian kepala. orang tua2 kata kalau kepala yang panas itu tandanya anak nak kena demam selsema. betul la tu. hingusnya laju saja turun. as a mother, macam biasa... gunakan NoseFrida untuk keluarkan lendiran di dalam hidung dan selalu sapukan balm pada dada, belakang badan dan hidung (dari atas dahi antara dua kening sapu hingga bawah hidung). balm yang kami selalu gunakan adalah Himalaya Cold Balm. balm ni memang sangat sesuai untuk bayi/kanak. dah dua kali beli dah. bau dia pun sedap dan ia diperbuat dari himpunan herba2. Alhamdulillah.. Alwani dah semakin sihat. hingus pun dah takde.
 

Disebalik demam selsema... rupa2nya alwani demam nak berdiri rupanya. semalam dia berdiri siap bertepuk tangan lagi. Alhamdulillah...


p/s:kawan2 jom singgah n shoppping di Alwani Baby Land. tq