Mesti ibu-ibu kat luar sana tercari-cari susu formula apa yang terbaik untuk bayi kita selepas susu ibu kan?? actually sebelum tulis post ni Alwani dah campur minum susu ebm + susu formula di rumah pengasuh. masa umur dia cecah setahun. penerimaan Alwani dgn susu formula ni pun ok. minum aje tak menolak (tu pasal lupa nk update dlm blog.. hehehe). kalau nampak ibu dia je baru dia tolak susu botol. tak kira la ebm or fm. first fm ibu bagi Alwani susu BIO-LAC keluaran era edar marketing. bagi ibu2 yang memang cukup2 2-3 bulan bg BF pada bayi boleh cuba bagi susu ini. struktur susu tu pun cair seakan-akan susu ibu.
Susu BIO-LAC - telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu biokimia (BTS) yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran, menjadi sumber nutrisi utama kepada bayi dan menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan.
Sebab apa ibu ambil susu bio-lac ni???... sebab masa Aiman baby dulu pernah bagi dia makan Growell. ketika mengandungkan Juna pula memang ambil set Salindah + Growell. memang berkesan produk-produk keluaran eraedar ni. tu pasal takde rasa was-was nak guna produk ni. RTC pun ambil until now iaitu remidi tambah susu badan. ok.. sambung citer Alwani tadi... susu BIO-LAC ni guna sebungkus aje... pastu guna susu lain plak... hehehehe.. sj suka tukar2 sambil google apa yg terbaik untuk si comel kita. susu fm kedua Alwani ialah.... iLHAM
Kononnya
taknak bagi anak susu lembu ler.. susu iLHAM ni sama seperti susu biasa cuma kelebihannya
dari segi terapi ayat A-Quran disamping khasiat tambahan seperti kurma, kismis,
badam, ginko dan maca. struktur susu masih seakan-akan warna susu ibu. pernah suatu hari tu sediakan susu iLHAM untuk Alwani yg tetiba
merengek tapi mata pejam. bagi dia minum susu tu jam 730 mlm. tapi biasa la.. bila
tau ibu dia ada... 1oz sj dia minum. so yg baki tu biarkan aje la dlm botol
smpi esok hari jam 630 pg. yang bestnya... struktur susu tu yang dah dekat 12jam masih cair mcm mula2 bancuh. takde pembentukan lemak susu macam susu yg dh basi. wahh... rasa best plak guna susu ni. tapi biasala ... cukup sebungkus guna, Alwani minum susu lain plak. hehehehe... ibu dia suka tukar2... yang ni baru 2 hari minum. so far tiada alahan atau penolakan. Aiman dan Juna pun tak pernah minum susu ni... jeng..jeng..jeng... google punya google... terjumpa la susu kambing Karihome.
Susu kambing ni menurut kajian pakar pemakanan bayi/kanak2.. adalah susu ke 2 terbaik selepas susu ibu dan minum susu kambing adalah sunnah kerana Nabi junjungan kita mengamalkan minum susu kambing. khasiat susu kambing juga menyamai khasiat susu ibu. so.. susu kambing ni bagus la untuk bayi. bukan untuk bayi sj... juga untuk orang dewasa. antara lain kelebihan susu kambing ialah :
- kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah. Ia dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
- membantu menguatkan tulang dan gigi.
- kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
- sangat sesuai untuk ibu mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak.
- mencantikkan kulit dan merawat penyakit.
- menguatkan sistem immunisasi paru-paru dan bersifat anti-arthritis
- menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
- amat disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.
- susu kambing juga dapat membantu memulihkan gastrik, ulser perut, penyakit kuning, insomnia, heoatitis A, migrain, gout, buah pinggang, kencing manis dan membantu mencegah kanser.
wokey... lega rasa hati pabila Alwani dpt terima semua susu kat atas ni. in the same time susu ebm masih dibekalkan kepada pengasuh. susu fm ni just as backup memandangkan hasil ebm dh tak semeriah dulu. hasil carian ibu lagi tentang susu kambing ni... dengan izin Allah... ibu terjumpa 1 lagi produk susu kambing buatan tempatan ditambah dengan 8 pemakanan sunnah iaitu habatussauda, delima, kurma, madu, zafaran, zaitun, buan tin dan kismis. susu ni first time dengar iaitu .. Susu Tepung Kambing Asli MiQaLiciuos yang pertama di Malaysia. Ia dikilangkan di Intan Biotech Sdn Bhd dan milik sepenuhnya oleh bumiputera melayu dan beragama Islam. lepas ni susu Karihome akan digantikan dengan susu ni pulak.
Syukur alhamdulillah... dapat juga jumpa fm untuk Alwani. ada 3 jenis tu . pasni boleh la rotate susu takde la budak comel tu jemu.
Harga susu di pasaran :
1. Bio-Lac - RM23
2. iLHAM - RM48.90
3. Karihome - RM49.90 (harga ikut tuan kedai)
4. MiQaLicious - RM42.90
Harga susu di pasaran :
1. Bio-Lac - RM23
2. iLHAM - RM48.90
3. Karihome - RM49.90 (harga ikut tuan kedai)
4. MiQaLicious - RM42.90