Jumaat, 2 Ogos 2019

GIGI..
Topik kita hari ini adalah berkenaan dengan GIGI..  Kenapa gigi?? tanpa gigi tak dapatlah kita rasa nikmat makanan. makanya penjagaan gigi amatlah penting dan perlu diamalkan dan dipraktikkan sejak anak-anak kecil lagi. Selain penjagaan gigi kita perlu buat pemeriksaan gigi 2 kali setahun  atau sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Penggunaan ubat gigi yang baik juga membantu menguatkan gigi dan mencegah pembentukan karang gigi.

Hakak nak berkongsi kebaikan dan kelebihan ubat gigi yang kami sekeluarga guna sejak 2 tahun lalu. Memang best guna ubat gigi ni sebab ia menggunakan bahan campuran berteknologi maju, terutamanya Sylodent yang dipatenkan. Sylodent ni adalah ejen pengilat yang lembut dan tidak kasar pada enamel bagi membersihkan gigi serta membantu menghapuskan tanda kotoran harian. Memberus dengan kerap akan membantu menanggalkan plak, memutihkan gigi, memutihkan gigi dan membuatkannya rasa bersih dan licin. Aaaa... tu dia teknologi yang digunakan.

Meh nak tunjuk rupa paras ubat gigi yang telah berjaya mencuri hati kami sekeluarga.. taadaa 👇👇👇


Antara kelebihan glister ni membersih tanpa mengikis kerana mengandungi Hydrate Sylica, mencegah gigi berlubang, kandungan mint menyegarkan nafas, mengekalkan mineral penting dan disaran oleh pakar pergigian. Anak-anak pun suka guna glister.. lagi satu ia sangat sangat sangat menjimatkan. Untuk dewasa glister ni guna sebesar kacang pea saja.. kanak-kanak separuh dari saiz kacang pea.

Ada user ni sanggup buat kajian sendiri nak tahu betul ke jimat guna glister... Nah kau.. dia tunjukkan hasil yang dia dapat 👇..



Hakak syorkan korang cuba guna glister.. memang 👍👍👍.. lagi satukan.. andai tetiba gigi korang sakit boleh sapu glister pada gusi yang berdenyut tu.. pada yang ada gigi sensitif pun boleh sapu glister pada gigi tu... hakak bagi tau sebab memang hakak buat okey.. tak reka cerita.. 1 glister banyak fungsinya.. tak perlu dah nak beli ubat gigi untuk gigi sensitif .. untuk anak beli yang lain.. untuk yang takde masalah gigi beli lain lagi... korang fikirlah sendiri .. Mana nak dapat glister ni?? meh pm hakak 0196418285 😀




Rabu, 17 Julai 2019

Morning all...
Lama sangat hakak tak hadap blog comel hakak ni. sebab apa erkkk 👉👈 ... Biarlah Rahsia bak kata judul lagu DS CT Nurhaliza...

Sebenarnyakannn hari ni a.k.a 17hb Julai adalah hari kelahiran anak hakak yang no 3 .. Julnar Alwani. Dalam blog ni banyak juga cerita dia yang hakak tulis .. seorang anak yang baik, kalau ibu minta tolong jagakan azhad memang boleh diharap.. seorang anak yang berani, boleh berkawan dengan semua orang dan rajin nak bantu ibu di dapur. 

Ibu dan ayah tak pernah putus untuk mendoakan kebahagian, kecemerlangan, kebahagian dan kemewahan Alwani seimbang dunia & akhirat.







Ayah Ibu Along Kakak Juna & Azhad sangat sangat sayangkan kamu Alwani 💖.. Selamat Hari Lahir anak ibu!! 





Selasa, 15 Januari 2019

Happy Birthday sayang ..

Akibat lama sesangat sampai makan tahun blog ni bersawang... baru perasan ada post status draft... birthday azhad rupanya.. ibu nak publish jugak... kenangan kaannn...
________________________________________________________________________________________________________________


Uish... bersawang dah blog kecil ku ini. hehehe.. jom kasi bersih blog comelku ini. sweet moment dari Febuari until Julai punya citer. first step... kasi upload gambar birthday my anak bongsu si Azhad on 9 Feb lepas.. dialah yang paling rapat dengan ibunya. walaupun dah lepas... upload tetap upload .. hihihi..



Mac 2016
Azhad dah pandai jalan. pantang nampak pintu terbuka .. dia sampai dulu.. pandai sebut 'ayah' saja... ibu pun dia panggil ayah..kakak dan abang pun dia panggil ayah... ermmm bangga naw ayahnya..




sampai sini je... hahahaha..







Happy New Year 2019 !!!

Tahun baru kali ni Alwani standard 1.. tahniah anak ibu ayah .. Cabaran untuk Alwani kali ini adalah saiz uniform ... abang kakak tiada masalah sebab selim melim... kali ni si bambam comel ibu belum selim2 lagi.. saiz baju kurung 34, kain 36 dan tudung M & L...  takpe ye Alwani.. ibu, ayah, along, kakak juna, azhad, opah, tok murad, to'ki, nenek, maklong, paklong, maklang, paklang, uda, cikmi, makngah, pakngah, makteh, acik, mak anjang, pak anjang, pokde, mokde dan semua orang suka dan sayangggg sangat dengan kamu... ibu ayah doakan Alwani kekal sihat dan dipermudahkan urusan di sekolah dan melindungimu walau di mana saja kamu berada.. juga berjaya dunia dan akhirat serta menjadi insan yang berakhlak mulia sepanjang hayatmu...