Lepas balik dari kampung (selesai majlis aqiqah & doa selamat) Alwani masih lagi batuk2. kami mula risau batuknya semakin kerap. sebelum jadi parah, kami telah bawa adik ke klinik Dr. Khadzali di Ulu Kelang Ampang untuk rawatan sonotron. rawatan sonotron ni dah lama sebenarnya digunakan untuk merawat penyakit di Malaysia cuma penggunaannya kurang meluas dan tertumpu pada sesetengah penyakit saja. antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini ialah resdung, gout, sakit otot, sakit sendi, asma, stroke, sakit kepala dan beberapa pemyakit fizikal yang ringan seperti terseliuh.
Kami kenal dengan rawatan sonotron ni lebih kurang 10 tahun lepas ketika aiman berumur kurang 1 tahun. aiman dulu masa umur 6 bulan telah disahkan menghidap bronkitis (bronchitis) dan ditahan wad selama 6 hari. ini berikutan batuk yang berterusan. lepas sihat dan keluar hospital aiman batuk semula. on off batuk dia. then member opis lama cadangkan buat rawatan sonotron ni. (dengar sonotron ternganga gak la mulut tu sebab tak pernah dengarkan..hik..hik..hik..). kami pun pergilah ke klinik Dr. Khadzali seperti yang dicadangkan tadi. since dari situlah kami sering gunakan rawatan sonotron sekiranya anak-anak batuk. masa bawa Alwani hari tu.. Dr. Khadzali tersenyum gembira melihat aiman yang pernah dia rawat 10 tahun lepas sihat walafiat. ayat doktor "awak (aiman) semakin membesar.. tapi doktor semakin tua" . terima kasih Dr. Khadzali dengan izin Allah kebijaksanaan doktor dalam bidang ini telah banyak membantu insan2 yang diduga dengan pelbagai penyakit agar dapat sembuh dan sihat semula.
So, sesiapa nak cuba rawatan ini di sekitar Ulu Kelang boleh ke klinik Dr. Khadzali. setiap penyakit ada ubatnya melainkan sakit di saat kematian. berusahalah kita demi untuk mengekalkan tahap kesihatan agar dipermudahkan kita melaksanakan amanahNya dimuka bumi ini.
No.3, Rumah Kedai,
Jalan AU 5C/K,
Ulu Kelang, Ampang
54200 Kuala Lumpur
Tel - 03 4108 3716
Dr Khadzali sedang lakukan sonotron. rilek jer alwani. kuat macam ibu dia..hehehe..
Oppss... lupa nak bagitau status alwani sekarang. syukur alhamdulillah, lepas 2 kali buat rawatan sonotron alwani kini sihat sepenuhnya. kahak tu keluar melalui najis (banyak giler keluar. masa sonotron hingus yang keluar.) doktor pesan... kalau bayi/kanak2 kecil yang tak pandai nak buang kahak.. mandikan mereka dengan AIR SUAM (jangan mandikan dengan air biasa/paip sebab nanti lambat baik.) lagi satu.. boleh buat tepukan percussion bagi melonggarkan kahak. baca kat sini cara tepukan percussion.
bentuk tapak tangan untuk buat tepukan percussion.
note : mungkin ada teknik rawatan lain yang kami tidak tahu selain dari rawatan sonotron. walau apa pun dan bagaimana cara sekali pun teknik rawatan yang ada ia boleh dipraktikkan selagi tidak memudaratkan bayi/kanak2. :)
.