Sabtu, 29 Disember 2012

Majlis Aqiqah, Doa Selamat dan Cukur Rambut Alwani.

hai kekawan. lama rasanya tak update blog kesayangan ni. selalunya aku menulis blog di pejabat. selesai programming.. blog ni lah aku buka. tapikan sejak sebulan dua kebelakangan ni.. internet di pejabat selalu sangat kena block. nak baca blog follower dan blog rakan lain kejap lepas..kejap kena block. isshh.. tak faham..tu la salah satu punca aku lambat update citer terkini hiburan sensasi. nak update kat rumah??? hehehehe... baik aku main ngan adik (lagi la tak sempat).

23 Dis = 9 Safar 1434, kami sekeluarga telah buat majlis aqiqah dan doa selamat anak2 di kampung. aku dah lama berniat nak buat majlis ni sebelum masuk tahun 2013. orang tua2 kata kalau dah berniat baik kena buat cepat2 kalau tak... ada benda tak baik akan berlaku. kebetulan 2 minggu sebelum majlis alwani tak sihat. mula2 tu demam selsema selepas pulang dari klinik kesihatan check up tuk 5 bulan. teruk jugak la ragam dia. maklumlah..5 bulan pertama sihat walafiat..tetiba demam. lepas baik demam, alwani sakit mata pulak..(tak tau jangkit dari sapa.abg kakak dia ada kat kg...pengasuh dia ok aje) . lepas baik sakit mata, batuk + demam lagi. mak aku terus pesan..baik buat cepat majlis tu. kesian kat adik.. kejap sihat kejap tak sihat. maka denga itu kami pun terus melaksanakan majlis yang meriah ini. sepanjang majlis berlangsung alhamdulillah alwani tak demam cuma batuk ada lagi sikit. dia pun tak meragam. macam faham2 aje itu memang majlis untuk dia.

syukran jazillan ilaAllah atas keizinanNya majlis aqiqah, doa selamat dan cukur rambut alwani berjalan dengan lancar. para jemputan tak putus2 datang. hidangan juadah untuk tetamu pun mencukupi. alhamdulillah. jom kita lihat gambar2 sepanjang majlis yang meriah ini.


 majlis dimulakan dengan memuji Ilahi dan keagungan Nabi s.a.w

 alwani tenang di dalam buai.

 masa untuk gunting jambul.

 rilek aje adik. good girl kan.

semua makcik nak pegang adik.

 cak!! ayah..

baca doa untuk si kecil diikuti doa selamat.

 ibu turut mengaminkan doa2 buatmu sayang.

 lunch time. 

 bagi susu ibu yg diperah as lunch.

 bergambar dengan unties and cousins.

 bersama nenek tersayang. my MIL

 get ready to shave time.

 five of us. happy family

my new look.

majlis aqiqah ini sebagai tanda kesyukuran kami kepada Allah dengan kehadiran Alwani menambahkan lagi kecerian kami sekeluarga. mudah-mudahan majlis ini diberkati dan dirahmati Ilahi. alhamdulillah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan