Sabtu, 15 Disember 2012

AFF 2012

Demam AFF Suzuki Sport 2012 bagi pasukan Harimau Malaya dah reda. walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Malaysia kami tetap berbangga dengan pemain-pemain bola sepak negara atas usaha keras yang mereka lakukan. yang tak bagusnya adalah pengadil  bertugas dari korea (entah apa nama dia tah) pada malam itu tidak profesional langsung. memang geram sesangat bila dia layangkan kad merah kepada Fadhli Shas yang tak bersalah (tula mata sepet kasi besau la.).

ok2...habis dah citer tak puas hati. sebenarnya nak citer pasal aiman. ayah dia buat kezutan gitu. on that weekend actually kami kat raub. tetiba en suami ajak balik awal (pelik lak..biasanya selagi hari cerah dia buat derk aje bila ajak gerak balik kl.. aku lagi suke..balik awal hik..hik..hik..). kata en suami nak tengok bola kat stadium. otw balik...hway memanjang jem (semua org nak gi stadium jugak kot). sepanjang perjalanan  dlm kereta aiman tanya : "kenapa kita balik awal ayah". ayah jawab : " ayah nak tengok bola kat stadium dengan kawan2 ayah".. tetiba aiman senyap... "sampai hati ayah tak ajak aiman"... huhuhu...kelakar tgk muka dia masa ni. sesmpi kl (aku dgn anak2 dara dok rumah KY) ayah pun ajak la aiman gi tengok bola kat stadium walaupun masa tu games dh bermula. terus dia buka bonet cari baju harimau malaya. (kat kg dia rasa pelik camna jersi bola dia ada dlm beg baju..hik..hik..hik...ayah dia punya keje la ni). happy sangat tengok dia gembira.tertunai sudah janji ayah kepada si anak untuk melihat aksi bola sepak di stadium dan tercapai sudah hasrat aiman nak masuk stadium. nampak gayanya... ayah dah ada kawan tuk cakap pasal bola di rumah dan tak berseorangan tengok games di malam hari. alhamdulillah.

 anak2 gembira, ibu ayah pun turut gembira.
 
 games tamat.. aiman melawat kawasan stadium.

 like father like son.

jersi kesayangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan