Khamis, 29 Mac 2012

Iras wajah siapa??

Pagi ni tetiba saja nak tengok gambar2 lama yg ada dlm external harddisk. lihat wajah anak2 dr bayi hingga ke usia skrg (aiman 10thn dan juna 7thn) membuatkan diriku tersenyum bahagia. syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yg baik dan diberi perlindungan kpd anak2 tersayang. mari kita lihat..wajah anak2 mirip kepada ibu atau ayah dia. gambar ni masa usia anak2 9 dan 6 thn.


Selasa, 27 Mac 2012

Bowling di IOI Mall Puchong

Aktiviti hujung minggu buat anak2 kali ini adalah bermain bowling. dr pagi asyik dok tnya "kita tak keluar ke ibu?". kesian tgk wajah2 sugul anak2ku..kami pun pakat la bawa gi IOI Mall Puchong. parking dekat ngan eskelator jusco mall. turun2 aje...nampak pusat bowling. tengok tak penuh kami pun daftar la untuk anak2. 2 games setiap seorang. 1 game rm6. ok la harga tu..nak gembirakan anak2. dari segi corak permainan....aiman menunjukkan peningkatan dari segi teknik balingan. juna pula asyik masuk longkak aje. tp tak kisah la..asalkan mereka happy. habis bermain, kami gi shopping la kejap. almaklum la..ada jusco sale. :) . Comel tinggal kat rumah. dia pun dah mula nak bermain. seronok tengok Comel yg sememangnya coomelll sangat.

 aktiviti di pagi hari.. drawing.

 ada bakat.

sudah pandai baling bola dengan gayanya.

score board.

Sedapnya menu jemputan kahwin..

Sabtu lepas dapat jemputan kahwin adik tunggal lelaki (birasku) di semenyih. majlis kenduri tu dibuat di rumah pengantin sendiri iaitu pasangan Raja Norikhwan dan Rinie Fazalina. pasangan pengantin yg sama cantik dan sepadan kedua-duanya. apa yg bestnya adalah menu dia...nasi arab/nasi putih + ayam goreng rempah + acar timun + kari dal dan yg paling sedap sekali daging masak opor. menu lain...bihun sup, laksa, bubur pulut hitam, aiskrim ada..satay..tapai..puding dan ice blended. eemm..bnykkan menu dia..semua bedal. alhamdulillah..rezki dari Allah.

juna menulis kata2 ucapan kepada kedua mempelai.

Khamis, 22 Mac 2012

Siapa COMEL ?

Suatu petang ahad yang damai, beberapa orang kanak2 sedang leka bermain bola sepak. asyik sungguh mereka bermain sambil bergelak ketawa. bila agak kepenatan mereka akan berhenti seketika. sambil duduk dan berborak tiba2.... seorg uncle berbangsa cina memanggil2 kanak2 tadi sambil menunjuk ke suatu arah dipenjuru bangunan rumahnya. kanak2 ini tertnya2..kenapa uncle tu?? mereka dengan senang hati pergi ke arah uncle itu yang seolah2 memerlukan bantuan. sebaik smpi saje di situ...uncle minta kanak2 td mengambil seekor anak kucing yg ditinggalkan ibunya. simpati sungguh melihat keadaan anak kucing itu. kedua2 matanya tertutup rapat disebabkan himpunan tahi mata yg telah keras dan bernanah. anak kucing tu tak bersuara langsung. mungkin dia dlm ketakutan dan kebingungan. kanak2 td sibuk berkejaran ke sana ke sini dgn niat dihati ingin mencari ibu kucing. tapi hampa... mlm kian menjelma. salah seorg dr kanak2 itu td dengan penuh rasa simpati telah membawa anak kucing itu balik ke rumahnya tanpa pengetahuan ibubapa. iye la..camna nak bg tahu... ibu ayah keluar pergi ke taman kinrara. kanak2 itu bernama Aiman.

mmg bertuah la Aiman ni sungguh bertuah. smpi sj di rumah...belum sempat buka kasut terus aiman tnya "ibu...ibu jangan marah ye. aiman bw anak kucing balik...kesian..mak dia xde. aiman takut dia mati..tu yg aiman bw balik. kita jaga dia ye ibu.."  dlm hati kami menjerit...oh! tidak!!!!!... sapa nak jg kucing tu...mkn minum dia camna??? kami tak kata apa...marah pun tidak.. melihat raut wajah aiman.. kami tahu niatnya baik.. lepas solat magrib aku pun lap mata anak kucing tu.. mmg kesian tgk.. pastu tak bersuara2.. tak tahu la brp hari tak menyusu. tgh2 mlm tu... aku pasang telinga kot2 ada ibu kucing mencari anaknya yg hilang...tp smpi ke hari ini  senyap aje. ini bukan anak kucing pertama aiman bw balik. seblm ni ..bw balik anak kucing sbb terjumpa kat car park. takut kena langgar katanya. tp tgh mlm tu aku bw turun sbb dgr ngauman si ibu kucing. 

keesokan hari (pagi), rutin sprt biasa...anak2 ke sekolah. aku dan husband kerja. tp dlm hati aku ni tak tenang. sbb terkenangkan anak kucing kat rumah tggl seekor jer. tghari tu, aku ajak husband bw anak kucing ke klinik berhampiran rumah (citivet animal clinic). doktor tu cuci mata kucing tu dan beri susu. baru sebln usianya (jantan). perut kucing tu kembong + selsema. mata pula dijangkiti kuman. dok tu ajar cara nak feeding  + cara titiskan ubat mata + cara nak bg kucing tu buang air (baru tahu yg anak2 haiwan ni ibunya yg tolong buangkan najis (jilat)). selesai rawatan, aku tinggalkan anak kucing tu kat klinik minta doktor pantau kesihatannya. ptg seblm jam 7 mlm kami ambil semula. kos rawatan xde la mahal sgt. ubat + susu + daycare = RM75. anak kucing tu juna dan aiman sepakat namakannya COMEL.

 mencari2 susu ibu.

 kena bedung dulu..senang nak suapkan susu.


 penat mengiau..comel pun senyap..sampai tertidur.


 comel beritahu "mata saya dah boleh buka."

 tempat tidur.bekas ketika totty & tutty kecil dulu.

 melihat wajah2 insan yang membantunya.

 mengiau2 rindu kat ibu dia.

hari ni genap 4 hari kami menjaga Comel. mlm ke 2 hari tu.. kami dh jumpa ibu kucing (warna sama ngan Comel dan breast dia mcm lepas susukan anak). ibu kucing tu usha dr jauh aje..then datang rapat sket ngan Comel. tak smpi jarak 4'... ibu kucing tu lari. eemmm... melepasss. tak tahu la berapa lama kami akan menjaga comel.

Manusia adalah mahkluk ciptaan Allah yang amat istimewa kerana dikurniakan akal untuk berfikir. haiwan juga dikurniakan akal, tetapi haiwan tidak boleh berfikir. sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini kami sekeluarga akan cuba menjaga Comel sebaik mungkin dan sentiasa berdoa agar Allah ketemukan Comel dengan ibunya.

Kepada suami tersayang... terima kasih kerana beri kerjasama yang amat baik sekali.



Rabu, 14 Mac 2012

Cuti sekolah - A'Famosa

Sekarang ni musim cuti persekolahan. biasalah anak2 pun bertanya nak bawa berjalan ke mana cuti kali ni. ikutkan perancangannya kami nak hntr aje anak2 balik kg. biarkan mrk rasa dan lalui cara hidup dikampung. belum sempat nak suarakan hajat dihati pada mak..tau2 mak dh smpi kat KL. rupa2nya KY kena outstation ke Kedah selama 4 hari.so, minta bantuan mak tuk tgkkan anak kecilnya yg baru nak masuk usia 3 bln (Adeena). masa kat kedah, KY call ajak gi a'famosa. sbb opis dia ada buat family day. dia ajak pun sbb minta tlg tgkkan Adeena. kami okey sj bak kata pepatah.. orang mengantuk disorongkan bantal. hehehe...blh lah bwk anak2 gi bercuti sekali. KY sewa 1 banglo. dlm banglo tu ada 4 bilik. kami pun pakat ajak adik-beradik yg lain.alhamdulillah..semua kami 4 beradik tiada halangan dn berkumpul la kami semua kecuali adik yg bongsu sbb tarikh tu bertindih ngan majlis tahlil arwah FIL dia.


setiap banglo ada swimming pool.. tp tak dibnrkan buat bbq (tp kami buat jugak..huhuhu).

pg sabtu lepas breakfast, kami pergi ke Animal World. tiket kami beli sekali ngan pakej masuk ke Cowboy Town + coupon lunch. not bad gak la price dia...maybe musim cuti sklah kot. semuanya naik harga. ini sebhgn gmbr2 utk tatapan teman2.




 tgh tgk animal show.. best..

 habis show..blh ambil gmbr ngan landak... 

 albino snake.

 flamingo.

br lps habis cowboy show.. kelakar jugak la.. budak2 yg paling bnyk gelak.sound syst dia..superb..

 dpt lihat tiger dgn lebih dekat sgt.. seriau..

 tiger feeding

 tiger show...tgh drawing..cantik.

 gajah ni muda dr yg lain..dn dia lah yg sgt aktif.. terhibur tgk gelagatnya.

 bg gajah mkn tebu. en.hubby tgk dr jauh aje ke??...

 tunjuk kat maskot tu..sarah nak ambil gmbr bersama.. maklumlah mata tertutup..huhu..

 tyco(imran) kena tarik ngan dancer ....


 sebhgn dari anak2 buah kesayangan

habis show... next destination...kedai makan...

tmpt mkn ni tak pasti kat mana sbb terlelap masa dlm perjlnn. masakannya ok.sedap kena ngan tekak yg cerewet ni. kami order yg simple2 aje. tetiba aiman kata dia ngantuk nak tidur dalam kereta. ayahnya pun angguk setuju...dan berpesan jangan kunci pintu. lepas habis makan dan bayar bil... wira kami terkunci dari dalam dan aiman dengan nyeyaknya tidur tak gerak2 w/pun bermacam cara kami semua kejutkan. tepuk atap kereta, goyang sekuat hati kereta tu, siap angkat dan lepaskan kereta tu pun dia tak bangun2. ya Allah.. risaukan dia kat dalam kereta tu dengan enjin hidup + aircond on. call hp dia pun dia still tak sedar2 jugak...orang yang makan kat situ pun dari tolong tengok terus membantu..dari 2 orang terus berbelas orang datang nak tolong... 45 minit berlalu...cara terakhir adalah dgn pecahkan cermin kereta.. pinjam tukul besi dgn tokey kedai...belum sempat tukul smpi...tup..tup..pintu berjaya dibuka. alhamdulillah.... kami semua ucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur ujian Allah kali ini dapat ditempohi dengan tenang dan sabar. kami pun terus balik ke banglo .... dan zzzzzzzzzz....

moral of the story... kena bawa kunci pendua, pastikan tingkap dibuka sedikit dan sentiasa beringat. 

aiman bermaksud bertuah.

Jumaat, 9 Mac 2012

Orang baru.

Tanggal 20/2/2012, ma dan abah mertuaku telah menerima cucu baru yg diberi nama Ria Alya. Ria adalah puteri sulung joey dn aza. alhamdulillah, semuanya selamat. to joey n aza..welcome to parents world.

Ria Alya bt Mohamed Juraimi.

Terjawab sudah..

bnyk sebnrnya yg nak diupdate dlm blog ni..tp disbbkan kesibukan membuat programming + keletihan maka bersawang la blog ku ini. ok xpe...di pg Jumaat yg indah ni...ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana segala tugasan di opis telah berjaya dilaksanakan. cuma tggu bos signature surat aje. dan dikesempatan inilah aku meluangkan masa tuk update blog.

firstly, alhamdulillah...kini terjawab sudah akan status SBPA yg asyik dok org perkatakan. maka dengan itu sprt apa yg telah PM smpikan ptg semlm bahawa SBPA telah dibatalkan dan dikekalkan dengan SSM yg asal dan ada penambahbaikan dlm SSM. dan yg paling dinnt2kan adalah kenaikan gaji penjawat awam. semua gred dpt kenaikan gaji masing2 dan yg paling utama adalah bg gred 1-54 dpt kenaikan 13%. tp tu la kan... bila ada kenaikan gaji pasti disusuli kenaikan harga brgan di pasaran. bkn harga brg sj, yuran transit/taska/transport pun ambil kesempatan naikkan yuran. kakitgn swasta pun sepatutnya perlu ada juga kenaikan gaji + bonus. simpati juga dgn mrk ni, kerja lebih 10 thn pun blom tentu dpt kenaikan pangkat/gaji. cth security guard tmptn, tuntutan min gaji rm1000 pun masih ding-dong lg. harap2 ada satu badan yg dpt menjaga kebajikan kakitgn swasta dgn lebih bersungguh2.