Suatu petang ahad yang damai, beberapa orang kanak2 sedang leka bermain bola sepak. asyik sungguh mereka bermain sambil bergelak ketawa. bila agak kepenatan mereka akan berhenti seketika. sambil duduk dan berborak tiba2.... seorg uncle berbangsa cina memanggil2 kanak2 tadi sambil menunjuk ke suatu arah dipenjuru bangunan rumahnya. kanak2 ini tertnya2..kenapa uncle tu?? mereka dengan senang hati pergi ke arah uncle itu yang seolah2 memerlukan bantuan. sebaik smpi saje di situ...uncle minta kanak2 td mengambil seekor anak kucing yg ditinggalkan ibunya. simpati sungguh melihat keadaan anak kucing itu. kedua2 matanya tertutup rapat disebabkan himpunan tahi mata yg telah keras dan bernanah. anak kucing tu tak bersuara langsung. mungkin dia dlm ketakutan dan kebingungan. kanak2 td sibuk berkejaran ke sana ke sini dgn niat dihati ingin mencari ibu kucing. tapi hampa... mlm kian menjelma. salah seorg dr kanak2 itu td dengan penuh rasa simpati telah membawa anak kucing itu balik ke rumahnya tanpa pengetahuan ibubapa. iye la..camna nak bg tahu... ibu ayah keluar pergi ke taman kinrara. kanak2 itu bernama Aiman.
mmg bertuah la Aiman ni sungguh bertuah. smpi sj di rumah...belum sempat buka kasut terus aiman tnya "ibu...ibu jangan marah ye. aiman bw anak kucing balik...kesian..mak dia xde. aiman takut dia mati..tu yg aiman bw balik. kita jaga dia ye ibu.." dlm hati kami menjerit...oh! tidak!!!!!... sapa nak jg kucing tu...mkn minum dia camna??? kami tak kata apa...marah pun tidak.. melihat raut wajah aiman.. kami tahu niatnya baik.. lepas solat magrib aku pun lap mata anak kucing tu.. mmg kesian tgk.. pastu tak bersuara2.. tak tahu la brp hari tak menyusu. tgh2 mlm tu... aku pasang telinga kot2 ada ibu kucing mencari anaknya yg hilang...tp smpi ke hari ini senyap aje. ini bukan anak kucing pertama aiman bw balik. seblm ni ..bw balik anak kucing sbb terjumpa kat car park. takut kena langgar katanya. tp tgh mlm tu aku bw turun sbb dgr ngauman si ibu kucing.
keesokan hari (pagi), rutin sprt biasa...anak2 ke sekolah. aku dan husband kerja. tp dlm hati aku ni tak tenang. sbb terkenangkan anak kucing kat rumah tggl seekor jer. tghari tu, aku ajak husband bw anak kucing ke klinik berhampiran rumah (citivet animal clinic). doktor tu cuci mata kucing tu dan beri susu. baru sebln usianya (jantan). perut kucing tu kembong + selsema. mata pula dijangkiti kuman. dok tu ajar cara nak feeding + cara titiskan ubat mata + cara nak bg kucing tu buang air (baru tahu yg anak2 haiwan ni ibunya yg tolong buangkan najis (jilat)). selesai rawatan, aku tinggalkan anak kucing tu kat klinik minta doktor pantau kesihatannya. ptg seblm jam 7 mlm kami ambil semula. kos rawatan xde la mahal sgt. ubat + susu + daycare = RM75. anak kucing tu juna dan aiman sepakat namakannya COMEL.
mencari2 susu ibu.
kena bedung dulu..senang nak suapkan susu.
penat mengiau..comel pun senyap..sampai tertidur.
comel beritahu "mata saya dah boleh buka."
tempat tidur.bekas ketika totty & tutty kecil dulu.
melihat wajah2 insan yang membantunya.
mengiau2 rindu kat ibu dia.
hari ni genap 4 hari kami menjaga Comel. mlm ke 2 hari tu.. kami dh jumpa ibu kucing (warna sama ngan Comel dan breast dia mcm lepas susukan anak). ibu kucing tu usha dr jauh aje..then datang rapat sket ngan Comel. tak smpi jarak 4'... ibu kucing tu lari. eemmm... melepasss. tak tahu la berapa lama kami akan menjaga comel.
Manusia adalah mahkluk ciptaan Allah yang amat istimewa kerana dikurniakan akal untuk berfikir. haiwan juga dikurniakan akal, tetapi haiwan tidak boleh berfikir. sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini kami sekeluarga akan cuba menjaga Comel sebaik mungkin dan sentiasa berdoa agar Allah ketemukan Comel dengan ibunya.
Kepada suami tersayang... terima kasih kerana beri kerjasama yang amat baik sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan