Rabu, 20 Julai 2011

Dinner - yee mee sizzling.

Selasa lepas, menu dinner kami  sekeluarga adalah mee sizzling (permintaan dari along). so.. dengan bahan2 yg dah sedia ada...aku pun bertukar jd chef.... ceewaahhh... seblom tu bahan2nya adalah :  

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 2-3 sanggul (gulung)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2  ---- blh guna yg dh blended, yg potong2 tu tumis aje sekali
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan  ------ masak aritu guna minyak masak aje sbb xde minyak bijan.
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air. (ikut la.. nak kauh bnyk atau sedikit.)
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. (klu kuah tak likat bancuh lg air tpg jagung). 
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Selamat mencuba.

 lazat...

 berselera sungguh dua beranak menikmati hidangan.

juna control ayu...

Hajat yang ditunaikan.

Pd 25hb Jun lepas, aku dan keluarga telah pergi ke pasaraya mydin usj. mmg lama jugak la kami kat sana. beli barang keperluan dan kehendak. lepas solat magrib kami terus ke Seri Kembang tuk ambil barang yg officemate husband order. lewat malam baru kami pulang ke puchong. keesokan harinya, masa nak mesin baju..tetiba baru perasan...rantai tangan emas hilang.. uuwwaaa.... terkejut dn sedih sesgt... siap call untie kat seri kembangan minta dia simpankan klu jumpa...aku geledah semua beg cari pun still x jumpa2. ngadu ngan husband..dia kata SABAR. cari punya cari..aku pun reda yg rantai tgn tu mmg bukan hak milikku lagi.

10hb Julai, cincin nikah aku plak hilang... aduhhh... bertambah2 sedih lg.. yg aku perasan last time aku tanggal 2 bentuk cincin di umah adik di bdr bkt raja, klang (umah fadil) dalam beg galas. esoknya masa nak gi office, aku cari la dlm beg tu..yg jumpa 1 bentuk aje... aku pun pelik gak...call adik suruh dia simpan klu jumpa. 2 hari cari... mmg sah takde..cicir kat mana x tau la..so berganda2 la kesedihan yg aku tanggung masa tu. kuasa Allah swt.. tergerak hati ini utk buat solat hajat. solat hajat ni yg utamanya mohon tuk sembuh sepenuhnya penyakit yg aku hidap ini dan mohon diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan urusan di dunia dn di akhirat. akhir sekali aku mohon jika ada rezkiku tuk jumpa rantai tangan dn cincin..permudahkanlah ia. amin. 

Dengan kuasa Allah dengan tidak diduga oleh aku, suami dan anak2... pd 16hb Julai, waktu tengahari, selepas balik dari sign report card juna... juna telah menjumpai cincin nikah ku di parking lot umah kami. dia ingat cincin mainan...bila dia tgk betul2 dia kata " ibu!!!! juna dah jumpa cincin ibu... " ya Allah... rasa nak menjerit aje masa tu.. aku bersyukur sangat2. rezeki berpihak kpd ku. mmg gembira sangat. alhamdulillah.

Keesokkan harinya, kami bercadang nak ke senawang ziarah adik (noor) yg tgh 'mabok' anak ke 5. masa dlm perjalanan ke sana... satu keajaiban Tuhan berlaku sekali lg. ya..kali ni anak sulung ku aiman pula yg jumpa rantai tangan di bawah seat penumpang sebelah driver. ya Allah...aku betul2 tak sangka dengan izin Allah semua yg hilang dah dapat semula selang 1 hari sa. kuasa Tuhan... untuk makluman semua.. kereta tu telah dihantar tuk servis + cuci (luar dn dalam). husband siap tgk org tu buat kerja.. mana lah tau tetiba jumpa plak rantai tgn tu...so, sekarang sudah lengkap barangan kesayangan ku.. Syukur Alhamdulillah..



Jumaat, 8 Julai 2011

Kek lagi..

Salam Jumaat pembaca setia semua. kegembiraan petang semalam membuatkan aku terlebih rajin sudah. selepas siap masak tuk dinner lebih kurang jam 730 mlm, aku terus sediakan bahan2 tuk buat kek. 15 - 20 minit siaplah bancuhan kek dan sedia utk dimasukkan ke dlm oven. sambil tunggu kek siap dibakar, kami sekeluarga pun makan malam dengan penuh rasa kesyukuran. aiman sampai 3 kali tambah (ibu dia masak sodap la tu.. hehehe). elok2 aje habis dinner (meja dah siap kemas) adik ipar aku pun sampai. dia bawa souvenir tuk anak2 ku dan buah strawberry. baru balik dr honeymoon di cameron highlands. so, dia tetamu pertama yg rasa kek tu.. panas lagi tu... diaorg kata sedap.. hehehe.alhamdulillah..menjadi juga. ini hasilnya...

 tinggal separuh dah..

en suami kata.. "eem.. sedapnya.. esok buat polkadot laks" tq ling.

note : raya tahun ni buat biskut dan kek raya sendiri... insyaAllah..

Khamis, 7 Julai 2011

Alahai anakku Aiman.

aiman..aiman... aiman bermaksud bertuah dan aku berharap dan berdoa agar tuahnya sentiasa berpanjangan. first day school last monday..tah apa yg dia main masa waktu PJ...sampai rumah petang tu dah terjengkot2. aku ingatkan takde la serius sgt. mlm tu just sapu minyak gamat dan berharap esok back to normal. dah nama pun manusia.. kita hanya merancang dan Allah lah yg menentukannya. the next day keadaan aiman agak teruk sampaikan nak turunkan kaki dari katil ke bawah pun dah terjerit2 mengadu sakit. ayahnya buat biasa2 aje...tolong mandikan dan sapukan ubat pada kaki yg sakit. lepas breakfast, aku dan en suami sepakat untuk hantar aiman ke klinik tuk pemeriksaan lanjut. doktor noorbila kata otot paha kakinya krem. dia nasihatkan aiman jangan banyak bergerak dan makan + sapu ubat yg diberikan. dapat 1 hari MC. elok gak doktor bg MC sbb kelas 3 Zamrud berada di tingkat 2. susah pulak aiman nak turun naik tangga nnt. syukur alhamdulillah, keesokan harinya aiman boleh bergerak w/p ada rasa sakit sikit. itu pengajaran buat anakku aiman agar sentiasa beringat supaya berhati-hati walau apa pun yang kita lakukan demi kesihatan yang berkekalan di masa akan datang.

aiman sedang digoda oleh mak uda. hahaha..



Gembiranya saya petang ini..

syukur alhamdulillah... petang ni aku rasa gembira sangat dan rasa nak ketawa aje.. hahahaha.... akhirnya programming ku yg sejak minggu lepas dapat petang ni baru siap dgn jayanya.. siapa yg guna easytrieve language pasti tahu kadang2 error nya tak dipamerkan...dan kadang2 hanya tertingga satu working storage aje output yg dihasilkan tidak betul... syukur ke hadrat Ilahi.. akhirnya aku berjaya. yaaahhoooo....... alhamdulillah. nextweek present kat bos then discuss ngan owner business.


sesungguhnya Allah akan menduga hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. sabar, tabah dan redha dalam menempuhinya pasti memperolehi penyelesaiannya.

note :  dakwat merah tu la yg tertinggal masa nak fetch... huhuhu...