Khamis, 17 Oktober 2013

Kulat susu @ thrush

Salam ukhwah kepada pembaca semua. lama tak bersiaran since post weeding anniversary. hehehe... ada masalah teknikal sikit. sekarang dah ok. so, topik kali ini yang boleh dikongsikan bersama ialah oral thrush. orang kampung sebut kulat susu. selalunya ia terjadi disebabkan sisa susu tepung yang diminum anak-anak kecil melekat di sekitar dalam mulut bayi. Alwani pun kena thrush ni. mula-mula tu tak perasan sebab dia selalu masukkan jari ke dalam mulut sambil merengek. kita ingatkan jari dia luka/sakit..... tiup la jari-jari dia. banyak hari alwani berkelakuan macam tu. suatu hari... ketika alwani mendongak pandang ibu dia..... baru la perasan dalam mulut dia sekeliling bibir alwani penuh dengan tompok-tompok putih macam ulser. dia pun tak bagi kita nak tengok. risau tengok thrush tu terus bawa ke klinik. doktor hanya bagi ubat mulut (oral aid) dan ubat antivirus.  lepas 2 hari makan ubat baru nampak kurang tompok-tompok putih tu. nasib baik alwani ni jenis yang tahan sakit. pengasuh kata elok aje di makan dan menyusu. bagi alwani, punca dia kena oral thrush ni sebab selepas minum susu botol dia tak nak sulamkan dengan air masak. dia campak botol air masak walaupun mata dah pejam. bertuahkannn....


Bagaimana thrush berlaku.

‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang dialami oleh ramai bayi kecil. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah keseimbangan hormon bayi belum seimbang apabila bayi mengeluarkan hormonnya sendiri. Ia kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika kita mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit. Kalau atas lidah keputih-putihan itu adalah disebabkan saki-baki susu. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut iaitu lidah, lelangit dan bahagian dalam pipi. Bayi akan rasa sakit jika thrush bengkak dan ini yang menyukarkan bayi untuk makan dan menyusu (botol/BF). Kaedah yang selalu digunakan ialah dengan memasukkan jari yang dibalut napkin atau saputangan yang basah.  Cuba lap/alihkan keputihan dengan lembut. Jika keputihan itu tebal... ia akan meninggalkan luka/berdarah sedikit. Tak perlu jumpa doktor. Berikan saja air masak. InsyaAllah ia akan sembuh. Jika rasa tak yakin nak buat kaedah ini... anda disarankan membawa bayi berjumpa doktor.

Bahayakah thrush jika tidak dirawat.

Belum ada kes kematian akibat jangkitan fungal thrush. Cuma bayi akan mengalami kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu/makan. Ini akan mengakibatkan bayi akan dehidrasi dan demam. Jika demam mencecah suhu 38 darjah dan tanda-tanda keputihan tak berkurangan sebaiknya bawalah bayi ke klinik/hospital. Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman atau selainnya.

Diharap info ini (mak buat pada cucu-cucnya + hasil carian dari google) sedikit sebanyak membantu anda yang tetiba anak tiada selera makan/menyusu. Cuba lihat dalam mulut anak .Jika ada keputihan cuba bersihkan dan beri minum air masak. InsyaAllah dipermudahkan dan anak-anak cepat sembuh, sihat dan ceria.