Jumaat, 15 Januari 2016

Salam Tahun 2016

Bismillah hirrahmannirrahim... syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati perjalanan kehidupan bersama insan-insan tersayang.
 
Wow!! lama sungguh tidak kemaskini blog Indahnya Hidup Ini. Sedih pula rasanya bila kisah suka duka sepanjang tahun 2015 tak dapat nak dikongsi bersama. Takpe la .. dah ketentuan Nya... ada sebab lama tak update. Kita tutup cerita lama dan kita buka cerita baru di tahun 2016 (walaupun dah masuk separuh bulan Jan.. hihihih.)
 
Anak-anak dah mula persekolahan sesi baru. Aiman pun dah bertukar sekolah. Masa form 1 belajar di SMIP tinggal di asrama. Form 2 belajar di SMKPU1 (KAA=Kelas Aliran Agama). Sebab apa Aiman tukar sekolah??? sebab..... kewangan tak mengizinkan. Semua orang tahukan keadaan ekonomi sekarang ni. so.. ikut kemampuan la. Dapat kelas KAA pun kami dah cukup bertuah. Alhamdulillah.
 
Julnar macam tahun-tahun sebelum ni...tiada perubahan cuma tahun 5 dia dapat naik kelas. Lega rasa hati kami sebab exam mid term last year ada subjek bertanda merah. So... kami pesan pada juna... exam akhir tahun ibu tak nak ada merah. hehehehe... anak perempuan kot... rajin sikit la.
 
Alwani ... dia ni mulut makin petah berbicara. Abang kakak pergi school.. dia pun nak ke school juga. Pesan pada alwani... kalau nak pergi school tak boleh pakai diapers.. so, kami pun train dia guna training pant. Petua nak ajar anak ke tandas mudah saja cuma parents kena bersusah payah sikit la. kena rajin bangun cebokkan anak.
 
Petuanya.. bawa anak ke tandas sejam sekali. buang atau tak itu lain cerita. anak tak nak atau anak kata tak nak buang... bawa saja tujuannya untuk membiasakan diri anak ke tandas. sambil-sambil tu ajar/bagitau bahaya duk lama-lama dalam tandas. Kemudian boleh dipanjangkan dari sejam ke sejam setengah. Untuk perjalanan jarak jauh macam balik kampong.. bawa anak ke tandas sebelum keluar rumah. Sepanjang perjalanan tetap bawa anak ke tandas. singgah la mana-mana public toilet. Dan jangan lupa standby diaper dalam beg/kereta if emergency (tak sempat ke toilet/jalan sesak/public toilet penuh dll). Tapi kena terangkan juga sebab apa anak kena guna diaper dalam keadaan emergency. tujuannya agar anak tidak keliru kejap tandas.. kejap diaper. Malam hari untuk permulaan tidur pakai diaper kemudian parents bawa anak membuang dahulu sebelum masuk tidur.  Begitulah cara kam train alwani. Alhamdulillah... bebas diaper dan jimat. hihihi.
 
Azhad.... si busuk ibu.. si kecik ibu... si tenet ibu... memang anak ibu. Dia sangat berbeza 'peel' nya compare abang dan kakak masa bayi. Azhad ni dia nak ibu sentiasa berada dengannya. walaupun dia dah kenyang dan nak tidur... ibu mesti berada disebelahnya. Memang dia bagi ibu dia rehat saja. Pernah kami suami isteri berkomunikasi dengan bahasa isyarat sebab ... azhad walaupun dia dah tidur...jika terdengar suara ibu pasti terjaga dan menangis nak bersama ibu. lagi satu... azhad suka hisap ibu jari.. hehehehe... sweet memori sungguh.
 
Tumbesaran azhad normal. Alhamdulillah sihat. demam, selsema dan batuk tu biasalah. sekarang umur dah 11bulan setengah. laju jer dia merangkak dan sekarang dah pandai berdiri dan lepaskan tangan. azhad lambat merangkak...dia dapat duduk dulu then berdiri berpapah kemudian baru merangkak. Masih breastfeed dan campur susu kambing mummylicious. Di rumah pengasuh 1 Tupperware susu share dengan alwani. syukur sangat-sangat... rezeki kami lebih kepada rezeki anak-anak dan kesihatan. tahun 2015 anak-anak jarang sakit. syukur sangat. Alhamdulillah.
 
Perniagaan Alwani Baby Land sekarang ni lebih kepada jualan Susu Kambing Mummylicious dan terbaru Susu Kambing Habib. Kami berhajat nak buat sales baki barangan yang ada. InsyaAllah... nanti war-warkan dalam page FB.
 
Semoga Allah merahmati dan merestui perjalanan hidup kami sekeluarga... Indahnya Hidup Ini... tata