Jumaat, 21 Ogos 2015

2015 - my new baby

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada readers. Semoga sihat dan gembira selalu walau di mana saja uols berada.
 
Untuk makluman readers... ahli keluarga kami telah bertambah dengan kehadiran seorang putera pada 9/2/2015. Alhamdulillah. Itu sebabnya blog kesyanganku ini lama tak update. Antara sebabnya ialah.. sepanjang proses mengandung, tiada mood nak update blog.  Awal-awal pegnen memang mabuk agak teruk sebab moorning sickness dan gastrik. Anak-anak sebelum ni masa mengandungkan mereka.. hilang mabuk pegnen hilang juga gastrik tapi mengandung yang ini pula makin berlarutan gastriknya sampailah usia kandung masuk 8 bulan. Haaaa.... uols bayangkanlah betapa seksanya.. kurang makan .. gastrik.. lebih makan pun gastrik... satu lagi tak boleh pandang pc lama-lama. Buka jer blog ni... rasa pening dan nak muntah. uish...memang rasa lain sangat pegnen kali ni. Syukur Alhamdulillah... akhirnya aku selamat melahirkan baby boy dengan berat 3.33kg.
 
 
 muka tembam... gemukss
 
tunggu ayah sampai nak balik rumah dah.. yeay!!

 kali pertama jejak ke rumah disambut oleh Alwani. Alhamdulillah alwani tidak ada rasa cemburu malah amat sayang dengan adiknya. first word alwani.. "alala..comelnya baby.."
 
 lena tanpa berbedung.
 
usia 7 hari.. ayah cukur rambut baby. Alhamdulillah.

 lebih selesa tidur meniarap
 
belum sampai umur sebulan dah lasak tidurnya
 
 
usia 2 bulan.. wajah baru lepas khatan di klinik najwa shah alam.

alwani jaga adik. sehari lepas khatan dah ok.. Alhamdulillah..

first time ayah bawak jejalan ke sunway pyramid.


sayang kamu berdua... kalian amat istimewa. kalian membesar dalam rahim ibu dan selamat dilahirkan dengan sempurna walaupun ibu mu ini pesakit kanser. syukur Alhamdulillah..Allah Maha Pelindung.


terima kasih en suami. Jasa mu tetap ku kenang walaupun diriku ini kekadang cepat sentap.. huhuhuhu  peace!!


Rabu, 25 Februari 2015

SMIP - Pilihan kami

Ini cerita lama tapi nak share juga la.Cerita mengenai anak teruna sorang ni yang semakin meningkat dewasa Jumani Aiman. Tahun 2014 kecoh dengan soalan peperiksaan UPSR bocor dan semua calon kena repeat paper. Dapat tahu saja kena repeat paper dan jadual exam dilanjutkan ramai anak-anak ini rasa down sangat termasuklah Aiman. Memang nampak sangat kekecewaan pada raut wajahnya. Dia yakin boleh dapat A subjek Matematik tup-tup kena repeat semula. Orang yang terbabit dalam pembocoran soalan UPSR telah dibebaskan tanpa syarat.So... siapa yang salah?? murid-murid?? takpe la. kat dunia ni bolehlah uols terlepas dari hukuman. kat akhirat besok tanggung sendiri la. 

As parent, kami bagi kata-kata semangat dan tidak terlalu menekan Aiman untuk lebihkan/memanjangkan masa study. Anggaplah ia ketentuan Allah dan pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku. Ibu ayah terima saja keputusan UPSR nanti. Yang penting Aiman jangan tension dan banyakkan doa dalam solat agar semuanya dipermudahkan.

Alhamdulillah... keputusan UPSR tidak mengecewaan ibu ayah 2A2B1C dan keputusan PSRA - Jayyid. Takpe along... ini baru permulaan dalam menghadapi peperiksaan besar. Ada banyak lagi yang along kena tempuhi. Belajar dari kesilapan dan perbaiki kelemahan diri. Ibu ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu ayah.


Kami memang berhajat nak hantar aiman ke sekolah berasrama. Tujuannya supaya dia boleh berdikari dan mendalami ilmu agama. Anak-anak zaman sekarang dah expert dalam bab-bab IT. Aiman memang pandai bab-bab ni. download, upload, create video, games tu, games ni dll. so... bila pandai IT ni .. kenalah pandai dan tahu ilmu agama juga. barulah seimbang dunia dan akhirat.

SMIP pilihan terakhir untuk aiman dan dia pun setuju. sekolah ini ada sediakan asrama untuk pelajar-pelajar dari luar daerah. Nak masuk SMIP kena jalani ujian bertulis dan interview. Kami pun last minute dapat tahu pasal ujian ni.. kalau dah rezeki.. lewat daftar pun masih boleh diterima. Markah ujian aiman pun tinggi. alhamdulillah.Bermulalah zaman sekolah menengah berasrama untuk aiman. As ibu, 3 hari sebelum  hantar ke SMIP, ibu dah berhujan airmata. huhuhhuhu...siapa tak sayang anak weiii... nakal macamana pun.. tetap anak... anak yang dikandung dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Ibu Ayah doakan along be strong di sana dan belajar agama sebaik mungkin. seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Kami sayang dan rindu Along.. 






Isnin, 26 Januari 2015

Opening new year yang penuh dugaan

Salam sejahtera sahabat semua. Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar...
 
Pembukaan tahun 2015 kali ini memang pelbagai dugaan Allah nak uji hamba-hambaNya. Hujung tahun 2014, banjir terburuk melanda Pantai Timur. Adik ipar tinggal di Kg Lati Pasir Mas juga terlibat dengan banjir. Habis tenggelam kereta kancil dia. Barangan dalam rumah pun habis semua rosak. Kami hanya mampu berdoa dari jauh agar saudara-saudara seIslam dan mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah banjir ini tabah dan kuat hadapi ujian ini.
 
Masuk tahun baru.. tahap kesihatan mak mertua (Ma) bertambah buruk. 5 Jan 2015, ketika Ma nak timbang berat badan sebelum buat dialisis... tetiba Ma rebah. Cepat-cepat nurse kat situ tolong papah Ma dan bawa ke wad kecemasan. Doktor telah buat sehabis baik untuk bantu Ma... akan tetapi Allah lebih mengasihi Ma. Ma telah dijemput Ilahi pada 5 Jan 2015 jam 3.40 petang. Abah yang hantar dan teman Ma memang terkejut teramat sangat. Mana taknya... on the way abah ke wad kecemasan untuk lihat Ma, sesampai saja di situ Doktor kata Ma tidak dapat diselamatkan. Allahuakbar...
 
Sejujurnya kami juga terkejut sebab cuti awal tahun hari tu kami sempat balik kampung. 5 hari di kampung Ma memang duduk saja atas wheelchair dia. Tidur pun atas wheelchair dia. Ma tak boleh baring sebab katanya sesak nafas. Kami layan semua kehendak Ma. Ma nak makan burger Malaysia ... en suami usahakan. Ma nak makan ikan sungai en suami dan adiknya berusaha untuk dapatkan ikan sungai. Aku yang tak pernah siang ikan sungai pun dah pandai siang.. (hehehehe nak interprem jugak). Aku as chef sepanjang cuti di kampung. Biras aku pula tukang ambil order apa yang Ma nak makan. Takde la sedap mana masakan yang dihidangkan. Tapi cukup menggembirakan apa yang kita hidang habis dijamah seisi keluarga. Kami juga sempat hantar Ma buat rawatan dialysis. Syukur sangat sebab apa yang arwah hajatkan dapat kami penuhi.
 
Kami sentiasa doakan arwah Ma agar ditempatkan bersama insan-insan terpilih dan tenang di sana. We will always miss u mom .. Al-Fatihah .
 

 Alwani bersama arwah nenek.