Khamis, 21 Februari 2013

Adik dah pandai duduk

Tengahari tadi lupa pula nak call Atok bertanya khabar anak2. maklumlah as programmer bila ada idea memang laju aje tangan ni nak meng'coding' program. insyaAllah anak2 ibu ok di sana. doa buatmu tak pernah dilupakan. amin.

ni nak citer pasal si cilik Alwani. umur dah masuk 7 bulan. solid food tak nak makan lagi.. merangkak pun tak gerak2 . tup-tup dah boleh duduk.. kusss semangat.. terkejut ibu ayah dik ooiii... takut sakit pinggang yg lembut lagi tu. mula-mula dia duduk katak masa umur 6 bln. uols tau tak duduk katak macamana??? sila lihat gambar di bawah ...

*

*

*

*

*

*

orang panggil ini duduk style katak tp cute ..

peringkat duduk katak dah berjaya... siap stand sebelah tangan lagi tu.. lepas tu lagi banyak aksi dia duduk. bila dah banyak gaya duduk tu ibu ayah takde la risau sangat sebab alwani duduk tanpa bantuan dari orang lain. sekarang ni dah nak berpaut pada sofa pulak dah... amboi-amboi-amboi.. cepat jalan adik ni nanti. satu aje ibu minta... cepat2 la adik nak makan solid food ye... risau sbb produktiviti EBM kejap naik kejap menurun.


 stylo tak gaya saya?

 'ada gaya gymnastik tak ayah"

my princess

p/s:kawan2.. jom shopping di Alwani Baby Land.

Alwani jadi model

Alwani jadi model???  kenapa?? tak percaya???

Bismillah sebagai pembuka bicara dan alhamdulillah ucapan syukur ilaAllah atas kurniaanNya kerana anak bongsu kami Alwani telah dipilih menjadi model. selama 7 tahun menanti, kehadirannya membawa keceriaan dan kebahagian kepada kami sekeluarga. kehadirannya juga telah membuka pintu hati kami untuk menjalankan perniagaan atas talian (bisnes online) bagi keperluan bayi, kanak-kanak dan keperluan ibu-ibu. maka dengan itu wujudnya Alwani Baby Land.

hehehe.. baik punya intro. kawan2 blogger.. sekiranya anda tercari-cari barangan keperluan anak-anak dan keperluan diri sendiri jangan segan2 untuk singgah ke fan page FB kami  Alwani Baby Land (jangan lupa LIKE ye.) semua barangan jualan kami pada harga yang amat berpatutan dan kerkualiti. sekarang ni kami tengah mencuri2 masa untuk create website. terima kasih kepada sahabat2 dan kenalan2 yang telah sudi membeli barangan dari kami dan memberi sokongan positif dan kata2 semangat untuk meneruskan bisnes ini.  lai...lai...lai....

 aksi si model cilik

 model ni dah pandai press button sound.

headband yang amat selesa untuk dipakai.

mari kawan2.. jom kita shopping di Alwani Baby Land. terima kasih kerana sudi membeli dengan kami.

Rabu, 6 Februari 2013

Alwani tak mahu solid food lagi..

Genap umur Alwani 6 bulan 21 hari. sepanjang tempoh itu juga aku berjaya memberi susu ibu sepenuhnya pada si manjaku sorang ni. syukur alhamdulillah.... rutin mengepam di pejabat tetap diteruskan walaupun kadang-kala terpaksa berkejar2 dengan masa. ditambah lagi sekarang ni Alwani tak nak makan bubur nasi (susu ibu lagi sedap kot..). aku pun tak lepas mengamalkan petua2 untuk banyakan air susu. dalam banyak2 petua tu tak semua sesuai dengan kita... so, try an error la ye kekawan.

budak kecik tak mau makan... cute la tu.. 

Ini antara menu yang aku amalkan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF.
1. Teruskan pam BF walaupun kita bekerja.

3 bulan yang lalu... hasil perahan cukup membanggakan. sekarang 10oz ke 13oz saja. syukran ya Allah.

2. Air rebusan longan kering.
** longan kering ni boleh beli di kedai2 ubat cina atau kedai runcit bangsa cina (kedai melayu jarang ada jual). cuci bersih longan kering tu (sukatan ikut suka la... kalau nak buat simpanan rebus la banyak2.. kalau setakat untuk 1 hari minum.. ambil dalam 10-15 biji pun dah cukup.)  lepas cuci dan selawat atas Nabi rebus dalam periuk dengan sukatan air 3-4 gelas (pandai2 la agak yer..). rebus hingga longan tu kembang seperti laici la rupanya. sebelum tutup air tu letak la gula sikit baru sedap rasanya. boleh diminum masa suam atau sejuk.

3. Minum Milo O.
** ada juga orang kata minum milo pun air susu banyak. milo o + biskut crackers... my peberet tau ... wallah.

4. Minum air soya.
** minum air soya seminggu 2-3 kali. yang penting... nawaitu jangan lupa!

5. Makan sayur kacang panjang/ulam pegaga.
** sayur ni pun boleh banyakkan air susu (makcik dari indonesia yang bagi tau ni base on pengalaman dia.)

6. makan supplement food (multivitamin)

7. Milk booster - RTC
** RTC - remidi homeopati untuk menambah susu ibu keluaran Eraedar Sdn Bhd. kemam saja. ada milk booster yang lain.. tapi aku ambil yang ini sebab masa mengandungkan juna dulu aku amalkan set salindah. alhamdulillah..khasiatnya seperti yang diperkatakan orang ramai.

nilah rupanya RTC

rakan2 blogger boleh cuba kaedah2 di atas. dan boleh share kalau ada cara lain untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF. selamat mencuba.