Genap umur Alwani 6 bulan 21 hari. sepanjang tempoh itu juga aku berjaya memberi susu ibu sepenuhnya pada si manjaku sorang ni. syukur alhamdulillah.... rutin mengepam di pejabat tetap diteruskan walaupun kadang-kala terpaksa berkejar2 dengan masa. ditambah lagi sekarang ni Alwani tak nak makan bubur nasi (susu ibu lagi sedap kot..). aku pun tak lepas mengamalkan petua2 untuk banyakan air susu. dalam banyak2 petua tu tak semua sesuai dengan kita... so, try an error la ye kekawan.
budak kecik tak mau makan... cute la tu..
Ini antara menu yang aku amalkan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF.
1. Teruskan pam BF walaupun kita bekerja.
3 bulan yang lalu... hasil perahan cukup membanggakan. sekarang 10oz ke 13oz saja. syukran ya Allah.
2. Air rebusan longan kering.
** longan kering ni boleh beli di kedai2 ubat cina atau kedai runcit bangsa cina (kedai melayu jarang ada jual). cuci bersih longan kering tu (sukatan ikut suka la... kalau nak buat simpanan rebus la banyak2.. kalau setakat untuk 1 hari minum.. ambil dalam 10-15 biji pun dah cukup.) lepas cuci dan selawat atas Nabi rebus dalam periuk dengan sukatan air 3-4 gelas (pandai2 la agak yer..). rebus hingga longan tu kembang seperti laici la rupanya. sebelum tutup air tu letak la gula sikit baru sedap rasanya. boleh diminum masa suam atau sejuk.
3. Minum Milo O.
** ada juga orang kata minum milo pun air susu banyak. milo o + biskut crackers... my peberet tau ... wallah.
4. Minum air soya.
** minum air soya seminggu 2-3 kali. yang penting... nawaitu jangan lupa!
5. Makan sayur kacang panjang/ulam pegaga.
** sayur ni pun boleh banyakkan air susu (makcik dari indonesia yang bagi tau ni base on pengalaman dia.)
6. makan supplement food (multivitamin)
7. Milk booster - RTC
** RTC - remidi homeopati untuk menambah susu ibu keluaran Eraedar Sdn Bhd. kemam saja. ada milk booster yang lain.. tapi aku ambil yang ini sebab masa mengandungkan juna dulu aku amalkan set salindah. alhamdulillah..khasiatnya seperti yang diperkatakan orang ramai.
nilah rupanya RTC
rakan2 blogger boleh cuba kaedah2 di atas. dan boleh share kalau ada cara lain untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti BF. selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan