Dugaan Allah buat si kecil ibu Alwani, selepas disuntik Hipetatis B (umur 6 bulan) di klinik minggu lepas malam tu Awani terus demam. ingatkan demam sebab kena cucuk. rupa2nya demam campak ruam. campak ruam tu keluar hari ke 2 selepas baik dari demam. almaklumlah..dah lama tak beranak kecil... tak terfikir pun akan demam campak ni.
firstly lihat ruam tu masa nak mandikan adik. ada tanda ruam sebesar ibu jari dan satu lagi sebesar kuku ibu jari di bahagian belakang badan. dibahagian muka ada juga tanda ruam tapi ingatkan kesan dari digosok-gosok matanya tu. aku pun terus saja mandikan adik sedangkan pantang orang demam campak ni tak boleh mandi. hihihi.. memang tak ingat langsung. patut la dia asyik merengek aje. petang tu kami pergi ke Bandar Bukit Raja Klang (rumah adik) sebab mak ada kat situ... adik terus peluk opah dia macam rindu sesangat. tak lepas pelukan dia. citer ngan mak pasal ruam tu..terus mak kata ini campak. sian adik... selalunya orang bagi minum air kelapa untuk cepatkan campak tu keluar.. tapi kami bagi minum air zamzam (air kelapa kompem tak minumnyer...). lepas tu sapukan air zamzam satu badan (sambil2 tu selawat dan doa supaya campak tu cepat keluar dan cepat baik. jangan lap tau.. tekap sikit boleh la). aku ulang la sehari 3 kali sapu air zamzam. dengan izin Allah.. malam tu bintik2 merah dah mula keluar dengan banyaknya sekitar kepala, muka dan badan. esoknya lagi banyak keluar memenuhi muka, seluruh depan dan belakang badan, tangan, peha dan betis. rengeknya memang memilukan. gatal la tu. nak kurangkan gatal.. ada petua orang tua2 dulu.. ambil daun semambu (pokok daun semambu ni kalau nak senang.. pergi ke Taman Warisan Putrajaya... keliling taman tu semuanya pokok daun semambu. upah la orang yang sapu sampah kat situ tolong panjatkan dan ambil daunnya). kemudian blend dan campurkan dengan bedak sejuk. pastu simpan dalam peti ais. then boleh la sapu ke badan anak. in shaa Allah ia boleh kurangkan kegatalan dan ketidakselesaan anak2 yang demam campak. Alhamdulillah... hari ni bintik2 merah dah banyak hilang menunjukkan tanda2 nak pulih. amin.
saya adalah kesayangan ayah, ibu, along,kakak dan mereka2 yang mengenali saya.
note:gambar tengah demam tak boleh disertakan kerana en suami tidak memberi keizinan. tak comel katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan