Syukur kepada Allah s.w.t. atas limpah rahmatNya kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria di awal tahun 2013. kami sekeluarga masih terasa keseronokkan dan keterujaan dengan kehadiran Alwani. tak sabar2 nak bersua muka selepas pulang dari pejabat. along dan kakak juga tak sabar2 nak bermain dengan Alwani selepas pulang dari sekolah. Alwani seorang yang mudah didekati. seorang yang amat murah dengan senyuman dan tidak banyak ragam. senyuman itulah yang kami sekeluarga tak sabar2 untuk bertemu dengannya. berkat doaku sepanjang mengandungkan Alwani agar ditemukan jodoh dengan pengasuh yang baik, pandai menjaga bayi, boleh bertolak ansur dan tidak berkira telah memudahkan urusan kami untuk menjaga Alwani ketika ketiadaan kami sekeluarga. didoakan Atok (pengasuh) dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi dan dirahmati Ilahi serta dipertingkatkan kesabaran dalam menjaga/mendidik anak-anak yang diamanahkan. didoakan juga semoga Allah memelihara kita semua dari perkara2 yang tidak baik. serta diberikan seribu kebahagiaan dan kerahmatanMu sepanjang tahun 2013/1434. amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan