Memaparkan catatan dengan label didik anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label didik anak. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

~~ Doa munajat ~~

Salam Jumaat al-barakah kepada semua yang sudi singgah ke blog kesayangan saya ini. Hari ini saya nak berkongsi tentang doa munajat yang sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkannya. 

Kelebihan doa munajat ini adalah :
     * dapat menguatkan daya ingatan untuk menghafaz (pelajar)
     * nasihat/kata yang baik boleh diterima walaupun seseorang itu berhati keras
     * diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka
     * diberikan rezeki yang halal.

Dengan mengamalkan doa ini, mudah-mudahan anak-anak yang degil akan lembut hati apabila kita menasihatinya. Kita  juga digalakkan memperbanyakkan berselawat ke atas nabi sambil diniatkan dalam hati dipermudahkan segala urusan harian.

Doa munajat ini sumbangan ihklas dari Ustazah Norhafizah bt Musa ketika memberi tazkirah sempena Maulidur Rasul 1435H di JPN Putrajaya. Selamat beramal !!

"Ilahi.. Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku, maka muliakanlah aku dengan kekuatan hafazan dan kefahaman sehingga aku dapat menghafaz dan memahami segala apa yang aku dengar dari ilmu dan Quran. Dan muliakanlah aku dengan suara yang lunak merdu supaya/sehingga sesiapa yang mendengar kata-kataku/bacaanku/suaraku, maka bertambahlah syahdu/tersentuh/cair (menjadi sebab musabab mendapat hidayah) walaupun dia seorang yang berhati keras.

Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah aku rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"  Aamiinn...



Rabu, 21 Ogos 2013

Panduan terbaik mendidik anak lelaki.

Hari ini nak berkongsi ilmu dengan semua berkaitan cara/kaedah mendidik anak lelaki. Pepatah ada mengatakan " menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang lembu". mesti korang pernah dengarkan. sebenarnya... menjaga anak lelaki juga tak senang seperti yang disangka. memiliki seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja ni pun pening kepala dibuatnya. so... meh kita amalkan panduan yang diberikan oleh Dr Harlina Siraj.



surah Taha ayat 1-5

surah Taha ni.. elok baca ketika anak-anak dah tidur. lagi mudah ketika bayi.. sambil susukan anak tu baca surah Taha then tiupkan diubun-ubun kepala anak. nak tiuppada pasangan pun boleh asalkan niat yang baik2 saja. so.. jom kita amalkan baca surah Taha since anak-anak kita masih kecil dan praktikkan panduan dari Dr Harlina Siraj. insyaAllah dipermudahkan urusan kita dalam mendidik anak-anak mengikut sunnah dan ajaran agama tercinta iaitu ISLAM.

Sekian panduan untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

 p/s : LIKE, SHARE n BUY with ABL