Salam Jumaat al-barakah kepada semua yang sudi singgah ke blog kesayangan saya ini. Hari ini saya nak berkongsi tentang doa munajat yang sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkannya.
Kelebihan doa munajat ini adalah :
* dapat menguatkan daya ingatan untuk menghafaz (pelajar)
* nasihat/kata yang baik boleh diterima walaupun seseorang itu berhati keras
* diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka
* diberikan rezeki yang halal.
Dengan mengamalkan doa ini, mudah-mudahan anak-anak yang degil akan lembut hati apabila kita menasihatinya. Kita juga digalakkan memperbanyakkan berselawat ke atas nabi sambil diniatkan dalam hati dipermudahkan segala urusan harian.
Doa munajat ini sumbangan ihklas dari Ustazah Norhafizah bt Musa ketika memberi tazkirah sempena Maulidur Rasul 1435H di JPN Putrajaya. Selamat beramal !!
"Ilahi.. Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku, maka muliakanlah aku dengan kekuatan hafazan dan kefahaman sehingga aku dapat menghafaz dan memahami segala apa yang aku dengar dari ilmu dan Quran. Dan muliakanlah aku dengan suara yang lunak merdu supaya/sehingga sesiapa yang mendengar kata-kataku/bacaanku/suaraku, maka bertambahlah syahdu/tersentuh/cair (menjadi sebab musabab mendapat hidayah) walaupun dia seorang yang berhati keras.
Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah aku rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" Aamiinn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan