Selasa, 15 April 2014

Cacing pada kanak-kanak.

CACING... OH TIDAK!!!!!

2 minggu lepas pengasuh Alwani bagitau yang Alwani berak berair. nak kata salah makan... kami yang lain semuanya ok. tapi dalam dia cerry berry tu... alwani tetap aktif dan lasak. so, kami pantau aktiviti dia sepanjang masa. demam takde, batuk selsema pun takde. so, kami beranggapan dia salah makan dari sumber yang tak diketahui (boleh ke camtu ibu dia pk.. hermm). masuk hari ke 5, Alwani dah mula kurang makan. asyik nak susu ibu saja. sampai luka ibu dia punya totttt... yang paling ketara sekali alwani tak mahu makan nasi. kalau disuap ada la 3-4 suap saja. haa... kat sini ibu dia dah rasa semacam. sebabnya alwani dah pandai minta nasi kalau dia nak makan. 'abu.. acik..nak acik'  abu=ibu. sedih sangat masa ni... dia pun dah tak aktif... asyik tengok tv upin ipin sepanjang masa.
 


 

 
malam tu juga pergi klinik, biasa la doktor bagi ubat batuk/selsema dan serbuk untuk normalkan najis (kena bancuh dulu). agak-agak uols la... nak ke budak setahun minum air bancuhan serbuk tu??? nurse suruh letak dalam makanan pun tak menjadi.. pelik sungguh rawatan cara tu. tak puas hati sebab ubat banyak keluar dari masuk mulut, kami pergi sekali lagi klinik yang sama tapi doktor lain pula. kami terangkan pada doktor simptom-simptom sakit alwani dan doktor tu angguk-anguk kepala jer. eh... dalam hati ni rasa geram pula. dah habis citer baru doktor kata maybe ada cacing dalam usus. puncanya mungkin dari persekitaran yang tidak bersih seperti berjalan tidak berkasut, kutip sesuatu kemudian masuk ke dalam mulut, tangan kotor dan mungkin juga dari haiwan peliharaan. bukan kanak-kanak saja yang boleh dijangkiti cacing, orang dewasa dan haiwan pun boleh dijangkit cacing. cacing pun ada banyak jenis.. yang alwani ni tak tau la jenis apa. doctor tak bagi ubat sebab ubat semlm ada lagi cuma ada tambah 1 lagi ubat iaitu ubat cacing ZENTEL. Tak terlintas pun difikiran alwani kena serangan cacing dalam usus. kesian anak ibu. memang lesu saja badan dia.  :(



orang dulu2 ada pesan... kalau nak bagi makan ubat cacing JANGAN ketika bulan mengambang penuh. sebabnya masa bulan mengambang penuh, cacing sedang aktif untuk pembiakan. bagi makan ubat cacing pun tidak berkesan. sibuk la ibu dia mendongak ke langit dengan harapan bulan tidak muncul huhuhu... maka dengan itu selamat sudah upacara bagi makan Zentel kepada Alwani. syukur Alhamdulillah masuk hari ke 2 Alwani berselera makan dan aktif semula. yeaa!!!

ikutkan jadual temujanji klinik kesihatan kerajaan ubat cacing diberi pada anak-anak ketika usia 2 tahun. macam kes Alwani ni terpaksa la bagi makan awal. kena ingat tarikh sebab cukup 6 bulan kena bagi lagi makan ubat cacing.

 
~~~ carilah penawar selagi ia tidak memudharatkan anda ~~~

4 ulasan:

  1. kami baru bagi anak makan ubat cacing minggu lepas sbb umor dia dah 2 tahun..tp selera dia memangkurang sekarang ni

    BalasPadam
  2. ye ke... mudah-mudahan anak cepat sembuh dan selera makan back to normal. insyaAllah...

    BalasPadam
  3. Klau anak batok boleh k bgi mkn ubat cacing??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wallahu'alam... boleh kot... gapkan masa dgn ubat batuk

      Padam