syukur alhamdulillah... anak ibu dah boleh bertateh. dapat la dalam 6-7 tapak ke hadapan. dah pandai sekarang ni kalau ibu kata 'stand up' ... bersungguh-sungguh dia berdiri. minggu ni balik perak. tak sabar nak tunjuk kat opah la tu.
perkembangan terkini Alwani :
- pandai nak bersalaman dengan orang jika sebut word 'Salam'.
- pandai babai orang.
- suka buat muka .. sambil tayang gigi yang ada 2 batang sj tu.
- pandai letak tapak tangan di telinga sambil sebut 'ataahhhh..' (cakap guna hp la tu konon2nya).
- sangat suka lagu Sayang nyanyian Shae.
- solid food... yang wajib masih lagi bubur nasi as main menu. yang lain tu boleh ... tapi tak galakkan sangat. risau perut dia meragam pula nanti. so far setakat ni dia ok saja.
- syukur alhamdulillah... umur 10 bulan setengah masih minum susu ibu sepenuhnya. Ya Allah.. Ya Tuhan ku... aku memohon agar diperbanyakkan susu ku ini untuk anak ku sebagai amanah dari Mu. Amin.
wassalam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan