Jumaat, 17 Mei 2013

Doktor glamor - masterchef 2

aik??? post kat bawah ni boleh pula lupa nak post. takpe la.. harap sudi membacanya. tq.

Hari ini, ada temujanji di Hospital Putrajaya (HP). setiap 2 bulan sekali mesti pergi sana untuk rawatan susulan. since 2009 lagi asyik dok berulang ke sana saja. nak buat macam manakan. dah Allah bagi penyakit kena redha la. dah tertulis dari azali lagi. beruntung tau... sebab Allah sayang pada kita Dia uji  kita dengan penyakit yang orang lain takut untuk terima/tanggung. kiranya termasuk dalam kategori critical illness. sakit apa????  eemmm... not ready to story. nanti la ye.
 
Perjalanan ke HP kenderaan tak banyak. trafik lancar. nak parking pun senang sebab banyak kosong lagi. selalunya memang kena pusing 2-3 kali nak cari parking. dari tempat parking di seberang jalan sana nun... berjalan kaki pula untuk ke HP. macam pelik sikit sebab macam tak ramai orang. tenang...suara kanak2 kecil pun tak seriuh seperti sebelum2 ni. eemm...???? cam pelik la pula kan. selalunya ramai patient di kaunter pendaftaran. ok la tukan ada perubahan positif. bagus3.
 
Yang sebenarnya nak citer pasal doktor yang aku jumpa tadi. bila no naik... terus pergi ke bilik doktor. dalam hati kata "macam pernah jumpa doktor ni... tapi di mana ya ??" dalam soal jawab antara doktor dengan patient... dalam kepala dok fikir kat mana jumpa doktor ni. selesai rawatan.. aku minta timeslip.. tengok nama doktor tu.. Nur Shahida Wahab. haaa... sah.. memang sah... ni doktor shahida yang masuk program realiti masak-memasak Masterchef musim 2. hehehe.. seronok sangat macam jumpa artis gitu. sebelum ni pernah berselisih dengan dr.shahida tapi hari ni... dia pula yang rawat kita. orangnya manis, cantik, lawa, lemah lembut dan pandai masak. boleh dikategorikan as doctor celebrity. comel-comel-comel.
 
Dr Nur Shahida bt Wahab. 
 
psstt..psstt..  jom shopping di ABL. tq 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan