Minggu lepas kami balik kampung di Raub. Selalunya kalau balik kami borak-borak dan bergotong-royong di dapur. lagi seronok kalau semua adik-beradik ada. memang riuh rumah macam ada kenduri gamatnya. kami sampai jam 3 petang hari sabtu. lepas rehat + minum ... angin bertiup kuat dan hari pun agak mendung. tup tap tup tap...hujan lebat pun mencurah2 dari langit. teringat masa zaman kanak2... kalau hujan lebat dan takde guruh seronok mandi hujan. apa lagi... suruh anak2 tukar baju...then minta izin ayah tuk mandi hujan... seronok bangat anak2. ibu ayah pun tumpang seronok tengok gelagat anak2 first time mandi hujan. Tok Aki siap bagi tugas lagi.. suruh tadah air hujan dalam bekas tadahan. lama gak anak2 main hujan dari selebat2 hujan... renyai.. lebat balik... renyai.. pujuk ajak gi pasar sabtu baru nak naik rumah. best sangat moment hari tu. Alwani ???... hehehe... dia merenung jauh tengok abang + kakak mandi hujan. sian adik...
minah ni sibuk nak mandi sungai. nah kau.. mandi hujan siap posing lagi.
tadah air ye along. tugasan dari Tok Aki.
nak peace juga.
tetamu tak di undang dok kat betis aiman.
Petang tu kebetulan kaklong fadyla dari Kota Bharu nak gi UiTM SA (ambil anaknya) singgah rumah jap. sempat la borak2 + dinner sama. dipeluk ciumnya Alwani. seperti biasa Alwani malu2 + segan sambil bibir cebik. hahaha... cute sgt masa ni.
juna, alwani dan aisyah.
ini aktiviti wajib ayah pada anak2nya. tampung anak dengan sebelah tangan. i loike..
dalam banyak2 shot.. yang ni paling ok. alwani takut kena tinggal.
berat hati kami nak gerak pulang ke puchong. tinggal abah dengan ma berdua saja. kami tetap berdoa agar abah ma sihat dan bahagia selamanya. abah.. ma.. nantikan kepulangan kami lagi ye. love you all forever.
note : dapatkan keperluan anak2 anda hanya di Alwani Baby Land.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan