Selasa, 21 Februari 2012

Aku sedang diuji oleh Nya.

Allah Maha Besar 3X. ketika ini aku diuji lagi. ujian demi ujian yg datang dr Maha Esa. aku tetap bersyukur..sbb aku telah dipilih olehNya. hanya pdNya jua aku luahkan segala yg terpendam di hati dan cucuran air mata adalah satu kelegaan kurniaan Ilahi. keletah anak2 juga amat menceriakan hidup. walau apa pun... hidup mesti diteruskan. think +ve and enjoy the life.



Rabu, 15 Februari 2012

Perginya seorang insan yg amat disayangi ramai.

seminggu slps majlis aqiqah dan doa selamat, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kematian kakak sulung mak iaitu pn Salasiah a.k.a maknyah pada 12/2/2012. kami semua amat sedih dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditmptkan bersama insan2 yg beriman dn solleh. terlalu bnyk jasa dn pertolongan yg diberikan sepanjang hayat beliau. kepada ahli keluarga arwah, tabah dan bersabarlah atas ujian Allah sesungguhnya Allah amat menyanyangi arwah. sama2lah kita sedekahkan al-fatihah.


Selasa, 14 Februari 2012

Aqiqah dan doa selamat.

sempena cuti sambutan maulidur rasul yg lepas, ky tlh buat aqiqah tuk adeena dan aku plak buat doa selamat memandangkan kesihatan diriku bertambah baik. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. adeena pun tak meragam semasa marhaban dan selawat dilaungkan. team marhaban diketuai makcik aku sendiri iaitu pn sabariah a.k.a cikbei  dn photographer plak mr.joe a.k.a my husband. alhamdulillah selamat sudah majlis yg dirancang.





Jumaat, 3 Februari 2012

Goodbye to Totty.

Pada tahun 2008, dlm perjlnan balik ke puchong dr pahang, kami telah singgah ke giant batu caves. (kami pernah tinggal di pinggiran batu caves dan giant adalah pasaraya terdekat kat situ). saja aje kami singgah tuk window shopping. masa tu ada 1 booth jual novel2 dan kat sebelahnya ada booth akuarium. masa tgh belek2 novel tetiba aiman berlari2 dapatkan aku sambil memegang anak tortoise sebesar saiz 20sen. dia punya nak sgt..smpi menangis2 kat booth akuarium tu. nak tak nak terpaksa gak la beli 2 ekor (1 aiman, 1 juna) + bekas + makanan. bertambahlah 'ahli' dlm keluarga aku. huhuhu...

totty (kiri) dan tutty ketika berusia 1 thn lebih.

kalau kami balik kg atau pergi bercuti yg mengambil masa lebih 3 hr, totty dn tutty akan kami bw bersama. paling jauh tmpt yg kami bw ialah masa bercuti ke penang. hehehe...tortoise pun mkn angin. itu masa kecik. bila besar sket (diaorg tak blh lps bwh titi merah dlm bekas), barulah kami berani tgglkan. tak susah pun jaga totty tutty ni.

suatu hari, pd pertghan thn 2011, tutty sakit... mula2 tak perasan dia sakit..dlm kolam dia asyik berjemur aje dan tak makan2. bila turunkan dia masuk dlm air...bdn dia terapung sebelah bdn. bwk tutty gi klinik haiwan terdekat, tp doktor kat situ bkn pakar tortoise. dia ada suggestkan kat 1 klinik ni sbb kat situ mmg ada specialist tortoise. dok tu kata mmg tutty x sihat sbb mata dia kuyu dan slow beri respon. dok bg injection n antibiotik. tutty dibekalkan ubat dan aku diajar cara utk beri dia mkn. 3 hr lepas rawatan..tutty ada tunjukkan perubahan sket...dia dh blh berenang dn bdn hampir keseluruhannya tenggelam dlm air... aku terus bg dia ubat dn suapkan mkn. masuk hr ke 7...masa nak bg mkn..tutty tak bg respon. diam aje...mata tak berkedip dn tiada pergerakan. anak2 dh mula sedih. aku pun sedih jugak. sehari lps tu...tutty sah telah mati. anak2 mula nangis (aku pun nangis gak tp cover sket ler ngan anak2). husband pujuk anak2 dan kami pun balut tutty dan tanam dia disekitar kawasan rumah. kini tggllah totty sendirian.


 totty - dulu sebesar saiz 20 sen..kini..dia semakin sihat dan aktif.

tanggal 22/1/2012, aku dan suami berpakat untuk lepaskan totty di kawasan tasik. tp anak2 membantah. sayang katanya. masa nak balik ke pahang, totty kami bawa sekali. ingat nak lepaskan kat kg aje. tnya ma ngan abah mana ada parit sbb nak lepaskan totty, dgn spontannya ma kata cuba tnya jiran sebelah. rupa2nya jiran ma (cik odah) tu ada buat kolam kecil. dlmnya 2 meter gitu. kat dlm kolam tu ada 2 ekor ikan keli + 2 ekor tortoise. cik odah pun bg keizinan. dgn senang hatinya anak2 setuju tuk lepaskan totty ke dlm kolam tu. alhamdulillah...lps ni, klu balik kg..blh jumpa totty lg. 

Khamis, 2 Februari 2012

Gold Coast, Morib

Lastweek, aku merancang tuk gi ziarah adik yg baru melahirkan anak ke 6 di senawang. ajak fadil a.k.a farouk (adik lelaki tunggal) pergi sekali. dia plak ngan wife dia rancang nak gi taman tema air kat morib. ajak aku ngan ky skali . apalagi...kami setuju aje. hehehe.. lepas ziarah, borak2  dn lunch kami pun bergerak ke morib resort. sesampai kat sana jam 5.30 ptg. resortnya ok. cantik dan bersih. anak2 dh sibuk ajak main air. disebabkan taman tema tu close jam 7 mlm...kami tangguh ke esok pg sj main air. sebagai gantinya.. jakuzi tlh dijadikan 'kolam renang'. hahaha..

 view dr balkoni bilik.




 imran ditemani ayahnya. tak ingat nak balik langsung.

breakfast dulu sblm main air. peace..


tercapai jugak la hasrat anak2 nak tidur kat resort. alhamdulillah...semuanya berjalan seperti yg dirancang dan diizinkan Allah Taala. amin.

Orang baru.

Since ogos 2011 - jan 2012 mak dan abah telah menerima 3 org ahli keluarga baru. first, Aaron pd 31/8/2011 jatuh pd hari raya aidilfitri ke 2 dan dilahirkan secara normal. then Nur Addeena Safiyya pd 11/12/2011 dan yang terbaru Nur Alya Eryna pd 19/1/2012. dua2 lahir ikut 'tingkap'. aku pun tumpang gembira sbb dpt anak2 buah yg begitu manja ngan keluarga makngah & pakngahnya. 

Aaron kini berusia 6 bulan. berat ketika lahir 4 kg lebih... pecah rekod dlm keluarga.

 deena kini berusia sebulan lebih.

eryna.. berusia 2 minggu.

syukur ke hadrat Ilahi semua ibu dan anak2 dalam keadaan sihat.

Rabu, 25 Januari 2012

CNY 2012

Cuti CNY baru2 ni mmg amat menyeronokkan. kami sekeluarga balik kg di Felda Tersang 3 sbb dh dekat 2 bulan tak balik kg. kami bertolak dr rumah jam 11 pg (sabtu)...sepnjg jln ok...tiba saje di gombak jln nak masuk ke karak jalan dh mula slow smpi tol gombak. pastu jln kejap lancar kejap slow. eemm... itulah penangan bila dpt cuti umum. takde jln yg tak jem. akhirnya, kami selamat juga smpi ke kg halaman lebih kurang jam 5 ptg (huhuhu...selalunya ambil masa 3 jam perjlnn aje).

sampai2 aje kat kg, tgk adik ipar yg tinggal di kelantan pun balik jugak. tu yg meriahnya. dpt berkumpul dan mcm2 yg diborakkan. hari ahad plak, adik2 ipar ngan ma abah gi hosp temerloh ziarah adik abah sakit. kami tak pergi sbb kesihatan diriku ni tak mengizinkan. ada jiran plak buat kenduri kahwin so.. kami pi la menjamu selera kat situ. petang plak kami bawak anak2 gi mandi sungai.  w/pun air sg naik dn agak deras arusnya...mandi tetap mandi dgn pengawasan ayahnya. seronok sgt anak2 dpt mandi.

lepas mandi, kami pun minum petang dekat gerai sebelah sungai tu aje... menu paling best adalah BAKSO. ya Allah... sedap sungguh la. serius...mmg sedap.

 kat gerai inilah ada menyediakan bakso yg sgt sedap.

 juna dan syafikah pose atas meja sblm meja terbalik..hehehe..

 posing ayu gitu

temankan acik dan makteh gi kenduri kahwin kawan acik di Raub.

Minggu akhir tahun 2011.

pejam celik pejam celik...tup tup dh nak habis tahun 2011. macam2 suka dan duka telah aku tempohi selama ini. syukur alhamdulillah... berkat kesabaran serta doa2 yg dipohon aku dapat juga mengatasi segala permasalahan dan ujian dari Ilahi. sekarang ni pun masih bertahan menjalani ujian Nya. semoga dipermudahkan olehNya.

hujung tahun ni juga perancangan percutian sempena cuti sekolah anak2 juga tergendala dan terpaksa ditunda ke tahun depan disebabkan masalah kesihatan yg masih 50-50 lg. kesian juga kat anak2. tp syukur mereka faham yg ibu sekarang ni kurang sihat. nasib baik la opis maklong ada extra tiket wayang citer MI:Ghost Protocol... w/p citer org dewasa tp diaorg enjoy terutama sekali ayah dia la. sabar ye anak2 ibu tersayang... insyaAllah apabila kesihatan ibu stabil..kita gi vacation ye. saaaayang anak2 ibu.



Rabu, 28 Disember 2011

Anak-anak yg amat disayangi.

hampir sebulan lebih anak2 bercuti sekolah. syukur kpd Allah dan tahniah buat anak2 ibu yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. pelajaran aiman ada peningkatan yg baik. semua subjek sek keb dapat 5A 5B. sek agama dapat jayyid jiddan. syukur kpd Allah. tp tula kan... nakalnya..hanya kami sekeluarga sj yg tahu. klu keluar rumah nak gi shopping complex..dia tak suka sedondon...pastu klu suka kat 1 t-shrit tu...asyik t-shrit tu aje yg dia nak pakai...baju raya yg kita beli sekali aje dia pakai... bygkan...betapa geramnya ngan peel dia ni. meminati makanan western (kopakebana poket ibu ayah..huhuhu...)...suka permainan bola sepak dan 'giler PS2' (pasni masuk kotak seprt dlm MOU) ..dlm nakal2 aiman ni...ada 1 sifat yg kami kagumi iaitu aiman disukai oleh kanak2 kecil. dia pandai melawak dan suka beralah dgn adik2 sepupu dia yg majoritinya berusia bwh 3 thn. ibu dan ayah doakan along menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.


juna plak... dr segi akademi dia ada peningkatan. dah boleh membaca, mengeja, menulis, mengira dan mengaji. seorg yg suka menari...meminati diana daniel, lisa surihani dan stacy. sukakan permainan barbie doll. tak ngam ngan along dia... bijak berbicara..ada hati nak jadi pelakon (oh!! tidakkk..) dah ada sifat rajin membantu ibu di dapur..



kepada anak2 ibu... doa2 demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kalian tidak pernah lengkak dari hati ibuayah. semoga diperkenankan oleh Nya. amin.

Isnin, 5 Disember 2011

Cuti Awal Muharram..balik kampung...

Lama sangat rasanya tak update blog ni. ikutkan banyak benda sepatutnya dimasukan dlm blog ni...tetapi... memandangkan kesihatan tidak mengizinkan bersawang ler blog den ni. eemm.. sekarang ni pun tak sihat sepenuhnya lagi.. sempena awal muharram yg lepas, aku dan anak2 telah bercuti panjang.kami balik kg di Kg Gajah. aku mmg apply AL untuk merehatkan diri yg kurang sihat ini. seronok sgt...iye la kan.. dapat rasa masakan emak tersayang. anak2 pun belajar benda baru seperti berkayuh basikal, pergi ke dusun, naik motor keliling kg dan macam2 lg. musim buah durian dan rambutan dh macam pesta buah dah gayanya...tepi2 jln dan kat pasar pun memanjang aje org jual durian. alhamdulillah... puas menikmati buah2an tempatan. sebelum balik puchong..kami singgah ke bndr Teluk Intan. beli keperluan untuk persekolahan anak2. syukur ke hadrat Ilahi semua urusan dipermudahkanNya. dan segala kesukaran yg dihadapi dapat dilalui dgn tenang dan redha. syukran ya Allah.


Khamis, 27 Oktober 2011

Konvo juna - ceria 2011

Syukur alhamdulillah... dengan izinNya, aku dapat menikmati keindahan alam ini dan diberi kesempatan untuk aku mendidik anak2 kesayangan. 16 Oct lepas, sekolah tadika juna telah mengadakan hari konvokesyen. ramai yang kata awalnya konvo. tp bg aku cepat atau lambat hari konvo pasti diadakan. dan itu menunjukkan juna akan melangkah ke alam persekolahan yg sebenar dlm bbrp bulan saja lg.

Majlis konvo yg cukup ringkas tetapi amat menghiburkan. telatah anak2 kecil yg comel2 sungguh menghiburkan. juna terlibat dgn catwalk, muzikal teater bawang putih bawang merah dan 2 jenis tarian. gembira melihat keletah anak2 di atas pentas dan terasa hiba/sebak memandang anak2 sedang meningkat usia (menunjukkan peningkatan usia diriku ni..huhuhu..) 

Ibu sentiasa berdoa agar anak2 ibu sentiasa di bawah perlindungan Ilahi dan menjadi insan yg soleh dunia dan akhirat.

 di belakang pentas bersama sahabat2.

 terlibat dgn catwalk.

 tarian dr lagu tamil. 

tarian lagu 'oh my darling.. i love you'

 bersama ibu dan along.

 bersama ayah tersayang.

bakal profesional generasi akan datang.


Jumaat, 7 Oktober 2011

Kelahiran yang dinantikan

Ramai kawan2ku telah melahirkan zuriat masing2. syukur alhamdulillah...semuanya selamat. ada juga yang sedang membilang hari untuk menyambut orang baru dalam kehidupan mereka. ada yang melahirkan secara normal dan ada juga melalui pembedahan atas sebab2 yang telah ditentukan Allah. Tersentuh hati bila melihat wajah2 comel yang mula mengenal dunia yg fana ini. Ibu dan ayahlah yang akan mendidik anak2 ini menjadi insan yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang.

Kesempatan memegang bayi2 ini, sempat juga aku berdoa agar diri ini diberi peluang untuk menikmati dan merasai sakit ketika hendak melahirkan hingga selamat melahirkan zuriat sendiri pula. Mudah2an diperkenankan oleh Nya. amin.

 aiman ketika usia 8 bulan.
 
julnar ketika usia 3 bulan.

anugerah dari Ilahi.


Rabu, 28 September 2011

Info Kesihatan : Penyakit tiroid


Tiroid buat janin terencat

Apabila berbicara mengenai penyakit tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tahukah anda tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada bahagian itu?

Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Pun begitu, ia dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.

Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga. Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasanya menyerang wanita berbanding lelaki.

"Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini. Kebanyakan masyarakat pula masih tidak  mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain. Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pra-matang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya." 

Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak  mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta berbahaya. Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya  sekitar 5 hingga 10 peratus.

Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom hipertiroid
  • Hilang berat badan
  • Kerap buang air besar
  • Sering berpeluh
  • Berdebar
  • Menggeletar
  • Penglihatan terjejas
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis
  • Bertambah selera makan

Rawatan hipertiroid
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan.

Apakah hipotiroid?
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik disamping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Simptom hipotiroid
  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan.

Hipotiroidisme kongenital
Biasanya ia berlaku dikalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis serta lewat tumbesaran. Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Rawatan
Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon.

Kedudukan kelenjar tiroid.

sumber dari : Metro Ahad, 21 Ogos 2011

Hukum membaca al-Quran ketika uzur (haid).

Ilmu untuk dikongsi bersama.

S : Apakah hukumnya jika wanita yang dalam keadaan haid membaca al-Quran, zikir dan seumpamanya?

J : Seorang yang dalam keadaan haid disebut bahawa dia tidak boleh mengerjakan solat, berpuasa, mendiami masjid dan tawaf. Jika dia membaca al-Quran yang sedikit seperti menegur anak yang sedang membacanya adalah harus. Begitu juga membaca tafsiran daripada al-Quran diharuskan. Jika membuka al-Quran dan membaca sebahagian besar seolah-olah keadaan sudah suci, tidak dibolehkan. Berzikir dengan bacaan al-Quran yang sudah dihafal dan zikir lain adalah harus ketika sedang dalam haid.



sumber dari Anda musykil, Dr Mashitah Jawab, keluaran MA

Rabu, 21 September 2011

Jamuan raya.

Masih di bulan Syawal. ramai yg ambil kesempatan semasa cuti Hari Malaysia utk buat rumah terbuka (cuti direct 3 hari... seronok sangat.. alhamdulillah). biasanya jarang jemputan open house ni tak pergi...makan free kan...pastu bermacam2 aneka juadah disediakan. office aku pun tak ketinggalan buat jamuan raya pada 15/9 di dewan Balora Perdana. ini adalah tahun pertama aku turut meraikan jamuan raya di office w/pun aku dh 2 thn di jabatan ini. tahun sebelum tu ...aku perlu menjalani rawatan radioterapi...kena dok dlm wad. huhuhu... masa ni sedih sgt...dn rasa perit menjalani rawatan mematikan mood raya tahun 2010. ok la tu.. itu kisah lama..sekarang kita happy2kan diri di bulan syawal yg mulia ini...

 dapat duit raya.




 menikmati keenakan kopi sebenar...

 jemputan dari Heitech Padu.. bersama teman gelak ketawa... Musalmah.

teman seperjuangan... Rafizah, Fatima & Haslinda Rohaizat

kak fizah suruh ambil gambar lagi sebab brooch dia tak mengerlip..layankan jer.




Khamis, 15 September 2011

Salam AidilFitri buat semua..

Syukur alhamdulillah...selesai sudah umat Islam melaksanakan ibadah puasa dan kini sedang bergembira meraikan Syawal yang dinanti2kan. Tahun ni first raya balik raub. semua adik-beradik husband balik. tahun ni keluarga mentua telah bertambah ahli keluarga.. nik muhammad shariman, 1 thn cucu ke 4 abah ngan ma serta menantu dr johor, aza. meriah sangat dengan tema raya warna purple. seperti tahun seblm2 ni.. menu di pagi raya adalah nasi himpit + kuah lodeh + rendang ayam & daging. lepas bersalam2an mohon kemaafan dari abah, ma, suami tersayang, adik2 ipar, biras2 dan anak2 kesayangan kami beraya ke rumah saudara mara terdekat.

di pagi 1 syawal

kami 4 beranak

 manis2 belaka..

minta maaf ngan along

buah hati ibu dn ayah.be a good khalifah.

Raya ke 2 kami semua bertolak ke temerloh ziarah kubur arwah tok,ma dan sedara mara yg telah kembali ke rahmatullah. pastu kami beraya ke rumah mak2 sedara yg ramai sgt dok kat temerloh ni. alhamdulillah..semuanya dalam keadaan sihat2 belaka.

perjalanan ke Temerloh.

 bersihkan kawasan kubur arwah ma dan saudara yang lain serta bacaan doa.

 posing kejap..

aksi bebas depan rumah makwe. sungai kat belakang tu adalah Sungai Pahang.

Raya ke 3.. hehehe... hari yg ditunggu2.. hari perjalanan balik ke kampung halaman ku di Changkat Lada, Kg Gajah, Perak. kali ni en husband nak ikut jalan ke simpang pulai. masuk naik cameron highlands...sempat gak la singgah di kaki bukit cameron beli buah tangan tuk keluarga di kampung. perjalanan kali ni seronok sebab aku tak 'mabok' huhuhu.. 

 nan and wife pun nak gerak balik ke Sg Sibol Johor. kebetulan hijau..
Raya ke 4 - 5... kami sekeluarga gi beraya ke umah mak2 ngan pak2 sedara sekitar Changkat Lada, Lambor Kanan, Tapah dan Mambang Diawan.

 cucu main bunga api..

 opah plak pinjam bunga api tuk bakar ranting2 kering.hehehe.. kelakar la mak ni..

 rayyan tgk aje kakak2nya main... anak omak ni.. manja ngan semua org.

 aktiviti mlm bersama sepupu2..

anak2 makngah... anak ibu merajuk ngan ari..berebut mainan..

Raya ke 6 gerak balik ke home sweet home... Bdr Bkt Puchong 2. Syukur alhamdulillah...sepanjang perjalanan pergi dan balik selamat semuanya.

Raya 2010
Last year boleh lak lupa nak update raya dlm blog.. citer sket la ye..raya tahun 2010 kami sambut ala kadar saja sbb aku baru lepas operation pd minggu ke 2 ramadhan. tiada yg baru...kuih pun x beli. syukur alhamdulillah...mak masih ada tuk menjaga aku. itulah pengorbanan seorg ibu dan doa2 utknya tidak pernah lengkang dari mulutku ini. w/pun keadaan kesihatan yg x mengizinkan sgt..raya tetap raya... terima kasih suamiku sayang kerana bnyk membantu dn memahami keadaan diriku hingga ke saat ini. kita tgk gambar2 raya 2010 di Changkat Lada, Perak.

 mohon keampunan dr mak yg sangat2 tercinta.

 kuning diraja.

 open house di rumah mak maksu. sedap sgt juadah yg dihidangkan.

 along, tokcu (baju merah), uda dn pak anjang.

mak dn adiknya..makcik yg sgt sporting.. makdah

ni gambar dkt umah makwe di temerloh.

with my hubby yg plump.