Rabu, 28 Disember 2011

Anak-anak yg amat disayangi.

hampir sebulan lebih anak2 bercuti sekolah. syukur kpd Allah dan tahniah buat anak2 ibu yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. pelajaran aiman ada peningkatan yg baik. semua subjek sek keb dapat 5A 5B. sek agama dapat jayyid jiddan. syukur kpd Allah. tp tula kan... nakalnya..hanya kami sekeluarga sj yg tahu. klu keluar rumah nak gi shopping complex..dia tak suka sedondon...pastu klu suka kat 1 t-shrit tu...asyik t-shrit tu aje yg dia nak pakai...baju raya yg kita beli sekali aje dia pakai... bygkan...betapa geramnya ngan peel dia ni. meminati makanan western (kopakebana poket ibu ayah..huhuhu...)...suka permainan bola sepak dan 'giler PS2' (pasni masuk kotak seprt dlm MOU) ..dlm nakal2 aiman ni...ada 1 sifat yg kami kagumi iaitu aiman disukai oleh kanak2 kecil. dia pandai melawak dan suka beralah dgn adik2 sepupu dia yg majoritinya berusia bwh 3 thn. ibu dan ayah doakan along menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.


juna plak... dr segi akademi dia ada peningkatan. dah boleh membaca, mengeja, menulis, mengira dan mengaji. seorg yg suka menari...meminati diana daniel, lisa surihani dan stacy. sukakan permainan barbie doll. tak ngam ngan along dia... bijak berbicara..ada hati nak jadi pelakon (oh!! tidakkk..) dah ada sifat rajin membantu ibu di dapur..



kepada anak2 ibu... doa2 demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kalian tidak pernah lengkak dari hati ibuayah. semoga diperkenankan oleh Nya. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan