Isnin, 5 Disember 2011

Cuti Awal Muharram..balik kampung...

Lama sangat rasanya tak update blog ni. ikutkan banyak benda sepatutnya dimasukan dlm blog ni...tetapi... memandangkan kesihatan tidak mengizinkan bersawang ler blog den ni. eemm.. sekarang ni pun tak sihat sepenuhnya lagi.. sempena awal muharram yg lepas, aku dan anak2 telah bercuti panjang.kami balik kg di Kg Gajah. aku mmg apply AL untuk merehatkan diri yg kurang sihat ini. seronok sgt...iye la kan.. dapat rasa masakan emak tersayang. anak2 pun belajar benda baru seperti berkayuh basikal, pergi ke dusun, naik motor keliling kg dan macam2 lg. musim buah durian dan rambutan dh macam pesta buah dah gayanya...tepi2 jln dan kat pasar pun memanjang aje org jual durian. alhamdulillah... puas menikmati buah2an tempatan. sebelum balik puchong..kami singgah ke bndr Teluk Intan. beli keperluan untuk persekolahan anak2. syukur ke hadrat Ilahi semua urusan dipermudahkanNya. dan segala kesukaran yg dihadapi dapat dilalui dgn tenang dan redha. syukran ya Allah.


2 ulasan: