Jumaat, 7 Oktober 2011

Kelahiran yang dinantikan

Ramai kawan2ku telah melahirkan zuriat masing2. syukur alhamdulillah...semuanya selamat. ada juga yang sedang membilang hari untuk menyambut orang baru dalam kehidupan mereka. ada yang melahirkan secara normal dan ada juga melalui pembedahan atas sebab2 yang telah ditentukan Allah. Tersentuh hati bila melihat wajah2 comel yang mula mengenal dunia yg fana ini. Ibu dan ayahlah yang akan mendidik anak2 ini menjadi insan yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang.

Kesempatan memegang bayi2 ini, sempat juga aku berdoa agar diri ini diberi peluang untuk menikmati dan merasai sakit ketika hendak melahirkan hingga selamat melahirkan zuriat sendiri pula. Mudah2an diperkenankan oleh Nya. amin.

 aiman ketika usia 8 bulan.
 
julnar ketika usia 3 bulan.

anugerah dari Ilahi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan