Salam ukhwah semua.. nak bgtau ni.. sekarang Alwani dah genap 11 bulan. cepat sungguh masa berlalu. rasa macam baru saja lagi berpantang dengan budak comel ni. Sehari sebelum sesi persekolahan di buka minggu lepas, Alwani diserang demam panas. rupa-rupanya tonsil dan tekak dia bengkak.
Demam kali ini memang agak teruk sebab si comel Alwani tak mahu makan dan tak mahu minum susu. sehari sebelum demam.. perasan juga kenapa bila suapkan bubur nasi dia buka mulut pastu luehkan semula bubur tu. susu ibu pun sikit sangat dia hisap. kesian anak ibu ni. menangis sepanjang hari dan nak berpegang sepanjang masa. touching sungguh hati ibu melihatnya.
Hari kedua bawa pergi checkup. doc kata tonsil bengkak. antara puncanya bengkak ialah berjangkit dengan orang yang batuk/selsema atau dari kotoran/habuk yang ada pada apa yang bayi pegang kemudian masuk mulut (orang tua2 kata mengutip). iye kot... sebab tengah laju merangkak... apa yang terlekat di tapak tangan terus mulut (ini kes ibu tak nampak... klu nampak kompem ibu tegah). maka dengan itu... Alwani perlu telan ubat demam, antibiotik dan selsema. banyak susah ooo nak bagi budak kecik ni makan ubat. bersilat ibu dibuatnya. kalau berdua dengan en. suami ok sikit la. now.. alhamdulillah... selepas dua hari demamnya dah ok cuma selsema dan batuk ada lagi. selera makan dan menyusu still down. lega sikit hati ibu dek.
Sekarang ni minta bantuan mak untuk jaga Alwani sebab anak bongsu pengasuh demam chikcen pox. risau gak nak hantar adik. dah la baru baik demam kang tak pasal2 demam lagi. manja la adik dok ngan opah. tateh makin laju.. dh pandai tunjuk baby carrier kalau nak tido. pandai dah nak ajak main.
dah baik demam terus swimming .. lalala..
opah dan along pun swimming juga.
dah pandai minum guna sippy cup.
Ibu ayah doakan adik, abang dan kakak sihat dan sentiasa dilindungi Ilahi selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan