Salam Jumaat semua, didoakan sahabat-sahabat yang sudi singgah ke Indahnya Hidup Ini sentiasa dirahmati serta dipayungi rahmat Ilahi selamanya. Hari ni nak sambung citer aktiviti cuti sekolah lagi (mood tengah rajin update blog.. hehehe).
Balik kampung !!!!!
5 Hari selepas aiman pergi kem syahdu, kami balik perak sebab ada 3 jemputan kenduri kahwin + 1 jemputan majlis pertunangan dalam masa 2 hari. memang ku nantikan jemputan2 ini sebab dah lama sangat nak makan nasi minyak kenduri kahwin. hik..hik..hik.. sib baik tak mengandungkan.... tapi tak sempat nak bergambar sbb Alwani tidur. photographer a.k.a en suami nak pangku alwani. lagi pun tujuannya nak makan jer.. hihihihi.. sambil2 tu berborak dengan sedara-mara.
Hari pertama jemputan - 1 Jun, selesai 2 jemputan kami pun merewang ke Tesco Manjung. ada sebab masuk tesco ni sebenarnya. tarikh 1 Jun adalah birthday Aiman yg ke-11 dan Juna on 2 Jun yg ke-8. as usual kami buat surprise untuk mereka. pakat la kami adik-beradik bersama biras2. cari punya cari.. dapat la tempat kosong di CocoCafe. agak strategik juga tempatnya kebetulan ada 4 meja kosong. sambil order air... kami pun pergi cari kedai kek Secret Recipe (tak ingat nama kek tapi sedap... iloke). dah dapat kek.. cari paper plate, spoon and some snack for anak2 sedara. seronok tengok gelagat anak2 buah yang keriangan bila tengok kotak kek. ibu ayah pun happy dapat hiburkan anak2 hari tu. aiman dan juna dah semakin remaja. mereka pun tak kisah kalau tak potong kek atau tak dapat gift. tapi dengan cara ini, kami dapat gembirakan hati anak2. alhamdulillah. ibu ayah doakan agar kalian menjadi anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. amin.
Happy Birthday anak-anak ibu.
semua tak sabar nak tiup lilin.
be a good khalifah. amin.
orang yang paling excited.
ni yang sempat snap. yang lain sorry ye...
habis makan kek... perut pun dah kenyang... hari pun dah gelap...kami pun bertolak balik ke rumah mak. esok ada 2 jemputan lagi. ada aktiviti juga tau. nnt sambung part 3 pula.
sekian.. have fun!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan