Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian. didoakan kalian sihat sejahtera serta tenang jiwa dan berbahagia bersama-sama yang tersayang. untuk makluman uols .. semalam = 16 Jun, it my birthdate. ehemmm.... usia dah meningkat lagi. syukur alhamdulillah.. sepanjang perjalanan hidup ini, aku sentiasa diuji oleh yang maha Esa. dan setiap ujian yang diberikan terhadapku dapat aku tempuhi dengan redha. syukran ilaAllah. syukran ila usrotun yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan. juga kepada teman-teman yang sudi menghiburkan diriku. Terima kasih kepada semua yang telah wished Happy Birthday to me dan mendoakan yang terbaik buat diri ini. syukran. ok.. jom sambung citer aktiviti cuti sekolah.. yeeaaaahaaaa!!!!
me with Alwani
Kenduri di Taiping.
Part 2 aritu stop sampai celebrate birthday our kids Aiman dan Juna. 2 Jun pula kami pergi ke jemputan di Lambor Kanan (sepupu mak) dan terus ke Taiping (sepupu kita yang kahwin). kami berkonvoi 5 biji kereta dan sepanjang perjalanan cuaca redup. alhamdulillah... kami selamat sampai ke destinasi di tuju dalam cuaca hujan renyai2. bila hujan perut pun lapar. jumpa meja kosong terus duduk dan bergilir2 ambil nasi minyak. alhamdulillah... sodap ayam masak merah kenduri ni. lama juga kami singgah maklumlah jarang jumpa. macam2 citer diborakkan. lepas asar kami gerak balik. tapi sebelum tu kami singgah di Mee Udang Mak Jah (MUMJ). perghh... memang terlalu ramai orang makan kat situ. mula2 ingat ada kenduri kahwin... rupa2nya pelanggan MUMJ. kami pun pergi juga join berpusu-pusu sebab nak rasa mee udang yang hangat diperkatakan orang ramai sampi masuk newspaper. ini pendapat kami tentang kelazatan mee udang mak jah... yang lain tu terpulang la. tekak masing-masingkan. kesimpulannya.... MUMJ takde la sedap sangat. biasa-biasa aje. kami ada pergi satu gerai mee udang sebelum ni kat taiping juga.... yang ni memang sedap dari yang MUMJ ...lokasinya... kedai MUMJ tepi jalan besar kan... you all masuk dalam sikit... kedainya tepi parit kecil dan macam gerai kopi fizikalnya. kedai ni kawan kepada my uncle yang punya dan beroperasi dari pagi hingga tengahari saja. klik sini
Lepak di Changkat Lada
Balik dari taiping, en suami terus gerak balik Puchong. aku dan anak2 tinggal. memang saja ambil cuti seminggu nak rehat2 di kampung halaman. adikku yg tinggal di senawang N9 pun turut beristirehat di kampung. riuh rumah mak dengan suara cucu-cucunya. kejap2 gelak... kejap2 menjerit keseronokan... kejap2 nangis..kejap2 sunyi (yg ni mesti gaduh ler... merajuk .. taknak kawan dengan orang ni la...orang tu la..) kejap2 suara opah dia bising.. hehehe... seronok anak-anak dapat berkumpul ramai2. aktiviti kami di kampung.... celik mata aje ... makan + watching tv + borak2 + usik/main dengan si kecil Alwani dan Erena + tidur + makan + borak2 dan macam2 lagi. eemm... bestnya kalau lepak-lepak macam ni tapi $$$$ masyukkk aje.
aktiviti paberet adik. abg rayyan monitor. hehehe..
suka enjut buai.
penat main... rest time zzzzzzzzzzz
suka enjut buai.
penat main... rest time zzzzzzzzzzz
Memang best sangat rest di kampung halaman. siapa ada kampung??? let share ur story vacation in hometown. :)
*** gambar2 upload kemudian. externel drive tertinggal... huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan