Rabu, 20 Jun 2012

Percutian ke Taiping - Ipoh, Day 1.

Sempena cuti sekolah baru2 ni, aku dan en suami bercadang untuk pergi bercuti. tak kira la ke mana saja asalkan jauh dari kota la kononnya. pastu saja ajak adik-beradik yg lain. tak sangka lak dpt sambutan. kami sepakat untuk bercuti sekitar negeri perak iaitu taiping-ipoh. siap ada itenary lg. nasib baik la dapat homestay + hotel untuk menginap w/pun disaat-saat akhir.

Kami gerak pd 31 Mei malam ikut plus h/way. berkumpul di R&R sg. buluh. disebabkan jarang ikut h/way... tak disangka2 jalan teramat la sesak (semua org bandar nak balik kg kot..maklumlah cuti sekolah dah start). bila dah masuk h/way mana ada jln u-turn. nak tak nak redah juga le. mak dan adik dh sampai awal2 lg. mereka gerak dr kg gajah. alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah pakcik di kg sg air  putih, taiping jam 415 pg.  sampai2 aje terus loading barang + bentang toto/tilam then terus zzzzzzzzzzz....

Keesokan paginya destinasi pertama kami, kg warisan... makan mee udang. ya Allah.. syukur ke hadrat Ilahi sbb keinginan kami utk makan mee udang tercapai juga akhirnya. sebelum ni, tak sempat nak mkn mee udang sbb kena tahan di rumah cousin mak. dinner kat situ. so.. tak merasa la mee udang masa tu. kali ni... memang tak toleh kiri kanan la menghadapkan mee udang. mmg sedap sgt.

mee udang superb.

aiman tak makan mee udang sbb tgh demam. xde selera.

Lepas lunch mee udang, kami gi checkin di homestay mesra taiping. 1 malam harganya RM180. ok la kan. rumahnya pun cantik, bersih dan luas. sapa2 nak ke taiping dan overnight kat sana boleh la call no. ni ...


living n dining

kitchen.

3 bedroom. yg ni bedroom no.2

kebetulan pula hujan masa ni...so, kami semua ambil kesempatan berehat2 dan bg anak2 kecil ni tidur. petang tu juga kami ke Zoo Taiping. kebanyakkan haiwan di sini tidak terlalu disekat pergerakan mereka. contohnya.. ada spesis burung ni (tak ingat namanya) mereka dibiarkan bebas berada di atas pokok dlm kawasan zoo. kalau tak mendongak mmg tak perasan akan burung2 ni. siap bersarang2 lagi. ada spesis monyet ni pun tak bersangkar. jarak dengan laluan org awam adalah dikelilingi tasik buatan. dalam tasik tu pulak bermacam2 jenis ikan ada. seronok juga la berjalan2 dlm kawasan zoo ni. kita layan gambar2 ye...

 terlihat bbrp ekor ikan arapima yg bebas berenang dlm tasik. besarnya..

jalan2 cari haiwan..

tyco dan ayah tengok beruang.
  
 posing kejap. my mom, ky n my daughter.

bergambar kenangan sebelum keluar.

adriana dan imran tidur. kena ambil gambar juga sbbnya nnt tnya "kenapa ari takde?"

 Ju's family.

manjanya kerbau tu ngan ky. hik..hik..hik..

 badak pun badak la.. asalkan boleh tunggang.. yeehaa.. aaron, juna, adan & aiman

saat yg dinanti2kan oleh anak2. time tu toys.

Selesai aktiviti di zoo taiping... kami semua mencari tempat untuk melegakan tekak yang kehausan. orang yg dah pernah jejalan ke taiping kata Cendol Bismillah is the best. so, on gps then kami pun cari ler...punya la banyak kedai cendol bismillah.. pusing punya pusing.. akhirnya jumpa juga la cendol bismillah yg dok org perkatakan. mmg sedap dan bertambah2 la jawapnya. then kami ingat nak pekena Doli Keuy Teow. ramai yang mengatakan doli keuy teow ni sangat terkenal di taiping. tapi sayangnya masa kami pergi kedai tu tutup sempena cuti bday agong. eemmm....takde rezeki ler.



Dinner - saat yang dinanti2kan. ayahchik (abg mak) a.k.a pak megat nak bawa kami semua dinner di suatu tempat yg istimewa. kami tak tahu di mana.. follow aje le dari belakang. jarak perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. sempat la lelap sekejap masa otw tu. celik aje mata taw2 dh smpi.. hihihihi.. eating time..


 perlu lalu jambatan untuk ke tempat makan. terapung2 restoran ni.

 semetara menunggu hidangan sampai.. kita borak2 la dulu.

tyco dan ibu. tak habis2 ngan The Cars.

Antara menu yg dihidangkan adalah : ketam goreng 3 rasa, kari ikan pari dan ikan bawal, sotong goreng kunyit, sayur campur, siakap sweet sour, udang goreng tepung dan ada bbrp menu lain. buah oren dan orange juice + sky juice.

Syukur alhamdulillah... semua rezeki yg dihidangkan telah habis licin dimakan oleh kami2 yg kelaparan. ni sebahagian aksi orang yang kekenyangan.

 aaron dan pakngah jalan2 sekitar atas jambatan.

 amy posing gedik dgn pak megat.

 abg nazli n my mom tergelak mendengar celoteh antara ky dgn anaknya.

pak megat with his best friend.

Tamatlah sudah day 1 trip kami. selesai dinner kami bersalam2an dan ucapan terima kasih kepada pak megat dan keluarga serta sahabat2 beliau yang telah sudi memberi tunjuk arah dan memberi cadangan lokasi2 menarik untuk dilawati. apa lagi...jom balik homestay.. kita tidur zzzzzzzzzz..... (get ready to day 2.. )



3 ulasan:

  1. menarik :-) thanks for sharing. homestay mesra di taiping ni nampak luas. masa puan stay kt situ, brapa org muat ye? sedang mencari2 homestay ni. terima kasih atas info.

    BalasPadam
  2. terima kasih sudi singgah blog sy. masa tu kami 3 family. 9 dewasa 7 kanak2. homestay ni pun luas.

    BalasPadam
  3. jarak dari zoo taiping ke air terjun brp minit?

    BalasPadam