Khamis, 21 Jun 2012

Percutian ke Taiping - Ipoh, Day 2.

Hari ke 2 percutian, kami telah meneruskan perjalanan ke Ipoh dan menginap di Lost World Hotel. Anak2 tak sabar nak masuk water theme park. Lepas check in, kami rehat kejap. memandangkan waktu tamat masuk water theme park tu jam 6 ptg, kami buat keputusan utk keluar jalan2 cari makan dan pusing2 sekitar bandar Ipoh saja. Fadil's family lepas check in terus pergi jemputan perkahwinan sahabatnya dekat kawasan situ juga. jom lihat apa aktiviti kami pd hari ke 2 bercuti. yeezza..

 kenangan di depan lobi hotel.

 upin & ipin. betul..betul..betul..

 dugaan buat anak2 di depan pintu masuk water theme park. kita ambil gambar dulu la ye anak2.

 suka sangat juna tu.

percaya tak kami lunch kat kedai Yong Suan?? percaya la ye.

 inilah dia Nasi Ganja. lauk yg ringkas tapi sedap. hanya boleh didapati di kedai makan Yong Suan.

 nasi ganja ni dimasak oleh India Muslim. tokeh kedai hanya jual air minum saja. kedai ni juga digelar sebagai Kedai 1 Malaysia sebab pelbagai kaum telah menjamu selera di sini.

 baby seat buatan sendiri. tidak dijual di kedai2.

 punyalah setia staff2 kat situ menemani kami makan. sebenarnya mereka tu tgh tgk Ila main Ipad. tak pernah tgk Ipad kot?? takpe..sekurang2nya kami telah perkenalkan pd mereka apa itu Ipad. hehehe..

sementara tunggu fadil's family sampai kami posing dulu.. peace yo!!

Petang tu kami semua pakat pergi ke padang tempat sultan perak main polo iaitu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. kaum ibu duduk saja sambil makan pisang goreng. kaum bapa pula memantau aktiviti anak2 yang bebas ke sana ke mari. aktiviti bebas ni bagus sangat sebab semuanya berjaya mengeluarkan peluh yg baik tuk kesihatan (nak harapkan senaman di rumah mmg tak buatnya..huhhu..).

temankan anak2 main.

 dari temankan anak2..org dewasa yang bermain bola.

 mereka ni mmg kaki bola. pantang berjumpa mesti main bola. dua2 ni mmg ada talent.

 
 "saya suka aktiviti bebas di sini. mummy tengok dr jauh aje..tak marah pun.. yess!" Aaron.

 duduk2 saja sambil ngunyah pisang goreng.

 duduk2 saja sambil borak.

Aaron : "imran.. nak main ?"
Imran : "tak leh.."

Punyalah seronok bermain di padang ni sampai waktu pun dah menginjak ke senja. kami pun bergerak balik ke hotel dan aktiviti yang amat dinanti2kan akan kami lakukan malam ini. sebelum tu singgah beli makanan tuk dinner di restoran Sabar Menanti (depan stadium hoki). memang kena sabar la menanti order kita siap.. huhuhu..

Inilah tempat yang ditunggu2 oleh anak2. hehehe.. mereka tak tau yg tempat ni airnya panas. air sejuk esok kita main ye. sebelum basah sempat la ambil bbrp keping gmbr tuk kenang2an.

 cecah saja kaki dlm kolam air ni mmg panas. bila lama2 sikit dan badan dan boleh terima suhu panas ni rasa ok. macam mandi air suam. anak2 pun blh swimming lagi. mmg terbaik lah.

sedikit info untuk perkongsian, di sini ada beberapa peringkat tahap kepanasan mengikut kolam2 yang telah disediakan. ada satu kolam tu..mmg panas sgt. ada sorang dua aje yg sanggup masuk dlm tu. nak tahu betul ke tak, meh le ke Tambun.

lepas mandi sauna ni, badan sungguh terasa segar dan 'sedap' la orang tua2 kata. tidur malam pun lena.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan