Setiap awal Jun anak2 akan sibuk bertanya "hari ni hari jadi juna ke ibu?" "hari jadi along dah lepas ke ayah?" "tak sabar juna nak tunggu 2 Jun" dan macam2 lagi la ayat pertanyaan yg diajukan. ibu dan ayah mana yang tak ingat tarikh2 di saat menanti kelahiran insan kecil yang comel. Dengan izin Allah maka pada 1 Jun 2002 lahirlah anak ayah ibu yg diberi nama Muhammad Jumani Aiman (yang diberkati mutiaraku yang bertuah) dan 2 Jun 2005 lahirlah puteri ayah ibu yg diberi nama Julnar Afrina (bunga putih kemerah2an). Percayalah anak2ku, setiap saat dan ketika kalian tidak pernah hilang dari ingatan ayah ibu malah setiap saat dan ketika doa2 yang terbaik kami berikan buat kalian. Ibu Ayah amat MENYAYANGI MU selamanya.
Semasa percutian day 1 ketika menunggu hidangan dinner sampai, kami telah buat kejutan buat anak2. macam biasa ler... potong kek. alhamdulillah... anak2 sangat seronok dan rasa diingati sempena hari jadi mereka.
Happy Birthday Aiman & Juna 1st & 2nd June.
be a good khalifah my dear.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan