Isnin, 30 Mei 2011

Terima ujian dari Maha Pencipta.

Bismillahirrahmannirrahim... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


29 Mei 2011 jam 7.15 mlm, kegembiraan kami dengan kedatangan saudara-mara dari kampung ke rumah kami bertukar kejadian buruk yang tidak disangka-sangka. hajat kami untuk menjamu selera di rumah sepupu tidak jauh dari rumah kami tidak sempat kami rasa. ketika hendak meletakkan kereta di lot parking rumah sepupu tu... sebuah honda C100 dengan lajunya telah merempuh kereta wiraku. ya Allah... dentuman yg amat kuat membuatkan aku dan suami terkejut dan trauma. mamat motor tu luka dibawah buku lali dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. yang tak puas hati tu... mamat tu kata kami yg langgar dia. padahal dia yg bawa motor dgn laju siap weng2 lg...sambil mengorat sepupu aku yg baru smpi td. kejadian ini boleh dielak jika 1) mamat tu bawa laju tp tidak toleh belakang (dgn tujuan nak mengorat anak dara org).. dia blh nmpk ada kete nak parking kat depan. 2) bawa motor dengan kelajuan sederhana sbb itu kaw perumahan.  kami bersyukur sbb anak2 tak kuar dr kete masa tu.

Sesungguhnya :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku redha......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan