Khamis, 12 Mei 2011

Aktiviti2 sebelum admit di SJMC.

Sabtu 16 April, 2 hari sebelum treatment, aku dan en suami telah merancang untuk membawa anak2 berjalan2 di sekitar Putrajaya sj. First place kami lunch di mana ye.. lupa lak nama sbnr bangunan tu. sapa yg duk area persint 2,3 dan 4 mesti tahu la tempat tu. bangunan tu bersebelahan tasik dengan masjid sultan mizan a.k.a masjid besi. not bad la menu dia. kami order nasi goreng cendawan + nasi lemak ayam masak merah & goreng rempah + lempeng kelapa + minuman panas. sedap tp nasi ciput aje. antara kenangan yg sempat dirakamkan :

 

menu pertama sampai.... semuanya tak sabar2 nak makan..

Lepas makan dan solat zohor, kami terus ke alamanda...satu2nya shopping complex di putrajaya... anak2 seronok sbb ingat nak bawa gi tgk wayang.. tup..tup... masuk pusat bowling... lama sgt dah tak main bowling ni. anak2 pun seronok. sejujurnya... selepas ketiadaan tiroid ni.. tahap kecerdasan aku turut berkurangan. aku cepat letih, penat dan tidak berdaya melakukan aktiviti2 lasak (yg bnyk memerlukan tenaga). 6 kali balingan aku dh surrender. dah tak larat nak baling bola. anak2 lah yg tolong balingkan terutama skali juna..

 anak2 tercinta.. ibu amat sayang kamu berdua.

 gaya pelapis bowling negara..

gaya si pemain cilik.

lepas main bowling... aktiviti membaca plak.

syukur alhamdulillah... gembira melihat anak2 bergelak ketawa dan bergurau-senda dgn ayah dan ibu. insyaAllah ada masa terluang kita akan lakukan aktiviti lain plak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan