Salam Jumaat kepada pembaca setia. syukur alhamdulillah, nak masuk suku tahun pertama 2011 ini banyak juga perancanganku dipermudahkan Allah. yang paling aku harap2kan ialah menjalani rawatan terapi ayat2 Al-Quran di syifa al-hidayah sg pusu gombak pada 6 april depan. ini kerana aku akan menjalani radioterapi kali ke-2 pada 18 april ini di SJMC. kesan sampingan dr radioterapi kali ini akan aku hadapi dgn tabah based on experience on first treatment last year. tak sabar nak sembuh sepenuhnya. insyaAllah. doakan ye kawan-kawan.
1 April @ april fool... masih ada yang tidak tahu asal usul perkataan ini dan masih ramai umat Islam mengamalkannya. diharap penerangan di bawah ini dapat dijadikan pengajaran buat diri kita dan seluruh umat Islam.
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~ ~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~
Pada abab ke-8 Masehi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang sangat maju dan tidak disenangi oleh orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam, yang membunuh wanita dan kanak-kanak.
Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dengan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga turut dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada menjadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.
TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut-ikut dengan 1 April ini dengan mengenakan dan mentertawakan orang lain. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu yang memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~ ~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~
renung-renungkan dan selamat beramal.
renung-renungkan dan selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan