Khamis, 9 Jun 2011

Percutian 2011 (Langkawi - Timah Tasoh Lake - Padang Besar - Wang Kelian-Satun,Thailand).

Alhamdulillah... sememangnya hidup ini amat indah jika kita pandai menguruskan masa dan aktiviti yang berfaedah selaras dengan tuntutan agama seimbang dunia dan akhirat. dengan izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, perancangan kami utk bercuti ke Langkawi pd 27 Apr - 1 May akhirnya menjadi realiti. kali terakhir kami sampai di Langkawi adalah pd tahun 2006. masa tu kami pergi naik keretapi dan balik naik AirAsia.

masa ni juna berusia 1 tahun.

aiman dengan gayanya yg 'macho'.

sambung balik citer percutian.... Kakak sulung aku a.k.a KY bertolak lebih awal lg sbb tak sabar2 katanya (alasansss..). Kami pula bertolak dari puchong jam 12 tgh mlm dan berkumpul di petronas dekat tropicana d'sara (tepi h/way nkve). cukup aje korum (aku with my family + fadzil's family + pian's family) kami meneruskan perjlnan ke kuala perlis. sepanjang perjlnan semua kend dibekalkan walkie-talkie. tujuannya memudahkan perbualan jarak jauh (utk hilangkan ngantuk) dan supaya jarak kami tidak berjauhan. maklumlah nak jalan jauh..risau ada yang tersesat. syukur alhamdulillah, sepanjang perjalanan semuanya ok dan kami selamat smpi di jeti Kuala Perlis jam 8 pg. selepas sarapan, kami pun ke jeti tuk perjalanan seterusnya.... Pulau Langkawi. penginapan kami adalah di Tanjong Malie Resort.

antara gambar kenang2an...

 ahli rombongan ke Langkawi. lokasi : Underwater World

penguin ni tgh bermain dgn juna.. so clever..

ni kat kaki gunung everest.. kami semua berkulit tebal... huhuhu...

 Gua Kelawar

dlm gua ni punya la gelap...dah mcm treasure hunt pulak.. mana taknya nak keluar dr gua ni kena lalu denai smpi terbongkok2 melalui terowong kecil dan bertangga.. nasib baik semuanya ok. kemudian kami ke Fish Breeding Farm.

 breakfast dalam bot..

 aiman dan anak pian (lupa dh namanya) memerhatikan pekerja sedang beri ikan pari makan.

 pian mencuba beri ikan pari makan.

fadzil pun nak cuba jugak.

 hehehe...berani jugak diriku ini memegang belangkas hidup.. geli..

MIB

 kat kolam ni adalah sejenis ikan yg pandai 'menyumpit' mknn. amazing..

 merasa jugak aiman bawa bot.

 menikmati kesegaran angin udara ketika naik bot.

habis pusing satu pulau kami cari port utk lunch dan terus ke Padang Matsirat, Beras Terbakar.

the next day, kami ke Dayang Tasik Bunting,Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah. cuaca masa di pantai terlalu panas. sempat juga anak2 bermandi laut. akhir sekali masa utk shopping...

 peace yo..

Dayang bunting.


 Beras Basah Island

 boleh plak bot lalu masa org tgh mandi.. dekat sgt tu...

anak2 mandi sepuas hati...

menunggu ahli yg lain tak habis2 shopping terutama KY.

antara menu dinner kami selepas di mangrove river and shopping. pilihan lauk sblm masak. dah siap masak terus makan tak sempat nak ambil gambar.lapar...

colourfull fish.





hari nak balik ke jeti, kami sempat singgah ke Cable Car dan Dataran Lang.


 orang kuat harapan kami.

 queue tuk naik cable car.

 view yang sangat indah..subhanaAllah..

jambatan gantung.

 
 sungguh dingin dan menyamankan.

Dataran Lang

 ular yg sama masa aiman berumur 3 tahun..

perkhidmatan troli besar ni mmg bagus. dia angkat brg2 dr tepi jln sampai atas feri dan dia jaga sampai owner brg naik feri. terima kasih abg din.

Timah Tasoh Lake.
Turun dari jeti, kami meneruskan perjalanan keTimah Tasoh Lake. kami sampai dah lewat malam pun. so, tak sempat nak posing2 kat situ. keesokkan harinya kami terus ke Wangkelian (sempadan Perlis/Thailand).
 ambil gambar dulu sblm check out.

resortnya cantik dan harganya pun ok.

Wangkelian-Thailand.
Pertama kali sampai sini mcm kehairanan seketika sbb terlalu ramai manusia sambil memikul pelbagai jenis barang. toto, tikar, kereta mainan yg besar tu pun org pikul dan mcm2 lagi. sebenarnya terdapat 2 kawasan tmpt belian barangan iaitu di Wangkelian dan Thailand. jarak antara kedua2nya tidak jauh. org M'sia masuk Thailand beli brg thailand... org Thailand masuk wangkelian beli brg m'sia. mana murah?? eemm.. no comment.. mmg murah.. kami berhajat nak ke wangkelian lagi sbb keadaan cuaca yg mula dh gerimis tak mengizinkan kami cuci mata lebih lama. suasana di Wangkelian-Thailand : -


 lepas beli terus pikul.. harganya pun murah



selamat sudah percutian kami untuk tahun 2011. percutian yg menggembirakan. disamping menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan