Rabu, 25 Februari 2015

SMIP - Pilihan kami

Ini cerita lama tapi nak share juga la.Cerita mengenai anak teruna sorang ni yang semakin meningkat dewasa Jumani Aiman. Tahun 2014 kecoh dengan soalan peperiksaan UPSR bocor dan semua calon kena repeat paper. Dapat tahu saja kena repeat paper dan jadual exam dilanjutkan ramai anak-anak ini rasa down sangat termasuklah Aiman. Memang nampak sangat kekecewaan pada raut wajahnya. Dia yakin boleh dapat A subjek Matematik tup-tup kena repeat semula. Orang yang terbabit dalam pembocoran soalan UPSR telah dibebaskan tanpa syarat.So... siapa yang salah?? murid-murid?? takpe la. kat dunia ni bolehlah uols terlepas dari hukuman. kat akhirat besok tanggung sendiri la. 

As parent, kami bagi kata-kata semangat dan tidak terlalu menekan Aiman untuk lebihkan/memanjangkan masa study. Anggaplah ia ketentuan Allah dan pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku. Ibu ayah terima saja keputusan UPSR nanti. Yang penting Aiman jangan tension dan banyakkan doa dalam solat agar semuanya dipermudahkan.

Alhamdulillah... keputusan UPSR tidak mengecewaan ibu ayah 2A2B1C dan keputusan PSRA - Jayyid. Takpe along... ini baru permulaan dalam menghadapi peperiksaan besar. Ada banyak lagi yang along kena tempuhi. Belajar dari kesilapan dan perbaiki kelemahan diri. Ibu ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu ayah.


Kami memang berhajat nak hantar aiman ke sekolah berasrama. Tujuannya supaya dia boleh berdikari dan mendalami ilmu agama. Anak-anak zaman sekarang dah expert dalam bab-bab IT. Aiman memang pandai bab-bab ni. download, upload, create video, games tu, games ni dll. so... bila pandai IT ni .. kenalah pandai dan tahu ilmu agama juga. barulah seimbang dunia dan akhirat.

SMIP pilihan terakhir untuk aiman dan dia pun setuju. sekolah ini ada sediakan asrama untuk pelajar-pelajar dari luar daerah. Nak masuk SMIP kena jalani ujian bertulis dan interview. Kami pun last minute dapat tahu pasal ujian ni.. kalau dah rezeki.. lewat daftar pun masih boleh diterima. Markah ujian aiman pun tinggi. alhamdulillah.Bermulalah zaman sekolah menengah berasrama untuk aiman. As ibu, 3 hari sebelum  hantar ke SMIP, ibu dah berhujan airmata. huhuhhuhu...siapa tak sayang anak weiii... nakal macamana pun.. tetap anak... anak yang dikandung dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Ibu Ayah doakan along be strong di sana dan belajar agama sebaik mungkin. seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Kami sayang dan rindu Along.. 






1 ulasan: