Isnin, 26 Januari 2015

Opening new year yang penuh dugaan

Salam sejahtera sahabat semua. Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar...
 
Pembukaan tahun 2015 kali ini memang pelbagai dugaan Allah nak uji hamba-hambaNya. Hujung tahun 2014, banjir terburuk melanda Pantai Timur. Adik ipar tinggal di Kg Lati Pasir Mas juga terlibat dengan banjir. Habis tenggelam kereta kancil dia. Barangan dalam rumah pun habis semua rosak. Kami hanya mampu berdoa dari jauh agar saudara-saudara seIslam dan mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah banjir ini tabah dan kuat hadapi ujian ini.
 
Masuk tahun baru.. tahap kesihatan mak mertua (Ma) bertambah buruk. 5 Jan 2015, ketika Ma nak timbang berat badan sebelum buat dialisis... tetiba Ma rebah. Cepat-cepat nurse kat situ tolong papah Ma dan bawa ke wad kecemasan. Doktor telah buat sehabis baik untuk bantu Ma... akan tetapi Allah lebih mengasihi Ma. Ma telah dijemput Ilahi pada 5 Jan 2015 jam 3.40 petang. Abah yang hantar dan teman Ma memang terkejut teramat sangat. Mana taknya... on the way abah ke wad kecemasan untuk lihat Ma, sesampai saja di situ Doktor kata Ma tidak dapat diselamatkan. Allahuakbar...
 
Sejujurnya kami juga terkejut sebab cuti awal tahun hari tu kami sempat balik kampung. 5 hari di kampung Ma memang duduk saja atas wheelchair dia. Tidur pun atas wheelchair dia. Ma tak boleh baring sebab katanya sesak nafas. Kami layan semua kehendak Ma. Ma nak makan burger Malaysia ... en suami usahakan. Ma nak makan ikan sungai en suami dan adiknya berusaha untuk dapatkan ikan sungai. Aku yang tak pernah siang ikan sungai pun dah pandai siang.. (hehehehe nak interprem jugak). Aku as chef sepanjang cuti di kampung. Biras aku pula tukang ambil order apa yang Ma nak makan. Takde la sedap mana masakan yang dihidangkan. Tapi cukup menggembirakan apa yang kita hidang habis dijamah seisi keluarga. Kami juga sempat hantar Ma buat rawatan dialysis. Syukur sangat sebab apa yang arwah hajatkan dapat kami penuhi.
 
Kami sentiasa doakan arwah Ma agar ditempatkan bersama insan-insan terpilih dan tenang di sana. We will always miss u mom .. Al-Fatihah .
 

 Alwani bersama arwah nenek.




Tiada ulasan:

Catat Komen