Sabtu, 19 Februari 2011

Astro Fest 2011

12 Feb lepas, suamiku telah membuat kejutan kepada anak2 tersayang. ayahnya kata nak bawa jalan2 tp tak bagitau destinasinya ke mana. aiman siap muncung lg sebab dia ingat nak gi tgk citer khurafat kat ioi mall tp sekadar lalu aje. ayahnya senyum kambing je tgk anaknya merajuk. sampai simpang nak ke kl dia nampak bnyk kanopi putih kat astro dan dia ada kata dh lama tak pergi astro fest. kami iye kan aje. sblm masuk ke parking astro kami singgah di petronas sekejap untuk menunaikan solat asar. selesai solat kami terus masuk ke ruangan parking astro dan tunggu cousin sebab dia yg pegang tiket masuk. sambil tunggu dlm kete kami makan Mcd sat. cuaca mula mendung dan hujan sekejap. dah alang2 smpi, hujan pun kami redah je. kali pertama pergi astro fest pd 2009. mmg bnyk games kat situ dan boleh main banyak kali sbb free. ini sebahagian gambar yg sempat kami rakamkan. astro fest 2009.

 
 bersama pelakon histeria.

 krill sinar fm

 abg api ni tiap2 tahun ada. bau minyak tanah.

aiman dn juna bergambar bersama pelakon kapten boleh (611)

 raja farah

jamal jamaluddin (sinar fm) with his son.

 sarimah ibrahim. masa ni blom divorce lg. 

 aiman begitu bangga dpt bergambar dengan "joe kl drift"

gambar2 kenangan di astro fest 2011.

 charlie's angel

 bersama cousin syazmiera dan syazleen
 
kena ragging dgn s.shahira

 berposing ngan model jemputan astro.

masa utk bermain.

 rumah hantu...takutnya..

 fokus sebelum shoot.

 qalesha.

 anita sarawak. persembahannya mmg bertenaga.

 scha al-yahya. dah la tinggi pakai high heel lg tinggi.

 lisa surihani. orgnya comel and sweet sgt.

 bergelek bersama lisa.

noktah cinta dari hafiz af7. suara mmg superb.

 like father like son.

 slps rock climbing. nak muntah katanya masa kat atas. gayat le tu.

 nak balik dah.

sebahagian goodies yg diperolehi.

gambar2 lain ada dlm FB. kat astro fest ni makan adalah percuma. makan bnyk mana pun takde sapa yg tegur. lebih kurang jam 11 mlm kami bergerak balik ke rumah. syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. anak2 pun seronok dapat bermain dan berhibur dgn artis2 malaysia.

Isnin, 7 Februari 2011

Cuti panjang.

Cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini memang tidak dilepaskan oleh semua kaum di Malaysia untuk bercuti panjang. bagi yang bekerja di wilayah persekutuan boleh cuti selama 9 hari apabila apply AL pada 31/1 dan 2/2. hehehe.... apalagi inilah peluang yg kami nanti2kan. boleh balik kampung mentua dan kampung sendiri. aiman pun cuti direct seminggu. kami rancang balik pahang ahad 30/1 then balik perak rabu 2/2. sebelum tu.. pd 28/1 (jumaat) yang lepas kami ada buat makan2 di club house nilam puri condo. takde sempena apa2 pun cuma nak jamu kawan2 dan bisnes partner husband. menu pun yg simple2 aje. alhamdulillah... semua tetamu yang hadir dapat menikmati juadah yg dihidangkan. ada yg request tiap-tiap bulan buat lagi makan-makan ni. insyaAllah ye kawan-kawan.. ada rezeki lebih dan diizinkan Allah kami akan buat lagi jamuan ringkas ini. kepada yang hadir, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih dan mohon maaf di atas kekurangan yang berlaku.

ok. sambung balik citer cuti nak balik kampung. dah nama pun manusia yg hanya mampu merancang dan Tuhan yg menentukan.. en. suamiku pula demam hari ahad tu isnin baru kebah. demam kena hujan hari sabtu masa pergi servis kereta.hujan non stop until sunday. kami terlupa plak yang juna tak cuti. sekolah dia start cuti 3/2... sempat la juna gi sekolah hari isnin satu hari saja. pastu kami beri dia cuti panjang. hehehe... cikgu dia kata ramai yang tak hadir.. apa lagi kami pun siap2 terus gerak balik pahang keesokkan harinya. perjalanan ok berjalan lancar. syukur alhamdulillah... keluarga mentua semuanya sihat2 belaka. adik2 ipar ku yang lain balik 3/2 malam. sempatlah berbual-bual dan bergurau senda sebelum kami semua bertolak ke perak darul ridzuan. my home town.

sebelum ni kami akan turun balik ke kl dulu bila nak balik perak. dulu pernah sekali ikut tanjong malim tp aku surrender sbb jauh dan bentuk jln yg zig-zag. aku mabuk teruk masa tu.serik dah tak nak ikut jln tu lagi. balik ke perak kali ni kami ikut jalan pintas laluan ke cameron highlands. hanya en.suamiku sj yg tahu jalan ni. aku dok sebelah driver hnya perhatikan kiri kanan laluan yg mmg cantik pemandangannya. kiri kanan hutan maa... aku bertawakal lillahi sbb jalan mmg bengkang-bengkok. lama-lama kepala aku rasa pusing. aku pejamkanlah mata cuba nak lelap la konon2nya. lelap, lelap gak mata tu tp kepala masih pusing2. sampai di lata iskandar, kami rehat kejap di tepi air terjun. hirup udara yg amat segar dan nyaman. juna dah sibuk nak mandi, aiman malu2 tp mahu. mandi manda la anak2ku sekejap. aku plak cuci muka aje ler. seejukkk sgt airnya. ni kalau mandi hilang sakit kepala. sejam kat lata kami teruskan perjalanan dan alhamdulillah... kami selamat sampai depan pintu rumah mak tepat jam 5.45 ptg. disusuli adikku dari senawang 5 minit kemudian.

 anak-anak sedang basahkan badan. airnya mmg tersangat la menyegarkan.

 lepas cuci muka rasa segar skit kepala.

juna beraksi seperti "ayu". watak diana dlm magika.

 sebelum menyambung perjalanan sempat la kami anak-beranak bergambar kenang2an.

 begitu indah ciptaan Allah.

welcome to Lata Iskandar.

kat kg xde buat apa. rehat2 sambil borak2 dan usik anak2 buah. riuh sungguh rumah mak minggu tu. jumaat petang kami semua menghantar sepupu lelaki akad nikah di gopeng. majlis besar hari ahad 6/2/2011 tp kami tak dapat hadir sbb sabtu mlm tu dah bertolak balik ke puchong. ebahagian moment yang sempat dirakamkan oleh jurugambar. 




sememangnya percutian kali ini amat membahagiakan. dapat berkumpul semua adik beradik. anak-anak pun seronok dpt bermain dgn sepupu2nya yg lain. semoga Allah merahmati kehidupan keluarga kita semua. Amin.

Pengalaman baru.

Assalammualaikum semua, dekat sebulan tak update blog ni. macam-macam urusan perlu diselesaikan dan ada pengalaman baru telah diperolehi utk dikongsikan bersama. antaranya : kena bertugas di command center (cc) dan bertugas sebagai pegawai eksekutif pelanggan. dua-dua tugas ni mmg sesuatu yg baru dan yg paling seronok ketika bertugas sbgi pegawai eksekutif pelanggan. tugas ni nampak mudah tp memerlukan pengetahuan yang baik sbb anda di tempatkan di ruang legar lobi JPN dengan memakai tag name bersaiz separuh A4 paper. anda perlu melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan dengan ramah dan berdedikasi. pelanggan bukan shj bertanyakan kaunter2 di JPN tetapi ada juga yg bertnyakan selain drpd urusan JPN. di sinilah anda dpt menilai tahap kemahiran anda dlm membantu mereka2 ini. pelanggan2 ada yang datang dari terengganu, kelantan, org dr luar negara dll dtg ke JPN tetapi atas urusan lain seperti urusan pencen, nak renew lesen yg hilang dan macam2 hal lagi. simpati/kesian bila ada warga emas yg dtg dari jauh tp salah bangunan utk selesaikan sesuatu urusan.  pada saya ia adalah satu kerja amal walaupun tidak seberapa. eemm... rasa puas dan tenang apabila dapat membantu mereka2 yang memerlukan bantuan. alhamdulillah.