Jumaat, 13 Julai 2012

Kitab suci Al-Quran.

Syukur alhamdulillah, kelmarin Juna dengan rasminya telah diizinkan oleh Ustazah Nisa untuk mengaji al-Quran. gembira tak terkata anak ibu ini sampaikan tak mahu berkongsi kitab dengan along dia (belum berkesempatan beli lagi..sabar ye sayang). untuk memberi semangat kepadanya, semalam kami telah pergi ke kedai buku tanpa pengetahuan juna untuk membelikan kitab al-Quran untuknya. balik dari kedai tengok dia dah tidur. sempat la ayahnya tulis kata-kata semangat dan sebagai kejutan bila Juna bangun pagi nanti. dan ternyata... Juna terkejut dan senyum sokmo. rajin-rajin mengaji ye sayang. we love you so much.