Khamis, 27 Oktober 2011

Konvo juna - ceria 2011

Syukur alhamdulillah... dengan izinNya, aku dapat menikmati keindahan alam ini dan diberi kesempatan untuk aku mendidik anak2 kesayangan. 16 Oct lepas, sekolah tadika juna telah mengadakan hari konvokesyen. ramai yang kata awalnya konvo. tp bg aku cepat atau lambat hari konvo pasti diadakan. dan itu menunjukkan juna akan melangkah ke alam persekolahan yg sebenar dlm bbrp bulan saja lg.

Majlis konvo yg cukup ringkas tetapi amat menghiburkan. telatah anak2 kecil yg comel2 sungguh menghiburkan. juna terlibat dgn catwalk, muzikal teater bawang putih bawang merah dan 2 jenis tarian. gembira melihat keletah anak2 di atas pentas dan terasa hiba/sebak memandang anak2 sedang meningkat usia (menunjukkan peningkatan usia diriku ni..huhuhu..) 

Ibu sentiasa berdoa agar anak2 ibu sentiasa di bawah perlindungan Ilahi dan menjadi insan yg soleh dunia dan akhirat.

 di belakang pentas bersama sahabat2.

 terlibat dgn catwalk.

 tarian dr lagu tamil. 

tarian lagu 'oh my darling.. i love you'

 bersama ibu dan along.

 bersama ayah tersayang.

bakal profesional generasi akan datang.


Jumaat, 7 Oktober 2011

Kelahiran yang dinantikan

Ramai kawan2ku telah melahirkan zuriat masing2. syukur alhamdulillah...semuanya selamat. ada juga yang sedang membilang hari untuk menyambut orang baru dalam kehidupan mereka. ada yang melahirkan secara normal dan ada juga melalui pembedahan atas sebab2 yang telah ditentukan Allah. Tersentuh hati bila melihat wajah2 comel yang mula mengenal dunia yg fana ini. Ibu dan ayahlah yang akan mendidik anak2 ini menjadi insan yang bakal memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang.

Kesempatan memegang bayi2 ini, sempat juga aku berdoa agar diri ini diberi peluang untuk menikmati dan merasai sakit ketika hendak melahirkan hingga selamat melahirkan zuriat sendiri pula. Mudah2an diperkenankan oleh Nya. amin.

 aiman ketika usia 8 bulan.
 
julnar ketika usia 3 bulan.

anugerah dari Ilahi.