Rabu, 23 Januari 2013

Air zamzam vs air kelapa - demam campak.

Dugaan Allah buat si kecil ibu Alwani, selepas disuntik Hipetatis B (umur 6 bulan) di klinik minggu lepas malam tu Awani terus demam. ingatkan demam sebab kena cucuk. rupa2nya demam campak ruam. campak ruam tu keluar hari ke 2 selepas baik dari demam. almaklumlah..dah lama tak beranak kecil... tak terfikir pun akan demam campak ni.

firstly lihat ruam tu masa nak mandikan adik. ada tanda ruam sebesar ibu jari dan satu lagi sebesar kuku ibu jari di bahagian belakang badan. dibahagian muka ada juga tanda ruam tapi ingatkan kesan dari digosok-gosok matanya tu. aku pun terus saja mandikan adik sedangkan pantang orang demam campak ni tak boleh mandi. hihihi.. memang tak ingat langsung. patut la dia asyik merengek aje. petang tu kami pergi ke Bandar Bukit Raja Klang (rumah adik) sebab mak ada kat situ... adik terus peluk opah dia macam rindu sesangat. tak lepas pelukan dia. citer ngan mak pasal ruam tu..terus mak kata ini campak. sian adik... selalunya orang bagi minum air kelapa untuk cepatkan campak tu keluar.. tapi kami bagi minum air zamzam (air kelapa kompem tak minumnyer...). lepas tu sapukan air zamzam satu badan (sambil2 tu selawat dan doa supaya campak tu cepat keluar dan cepat baik. jangan lap tau.. tekap sikit boleh la).  aku ulang la sehari 3 kali sapu air zamzam. dengan izin Allah.. malam tu bintik2 merah dah mula keluar dengan banyaknya sekitar kepala, muka dan badan. esoknya lagi banyak keluar memenuhi muka, seluruh depan dan belakang badan, tangan, peha dan betis. rengeknya memang memilukan. gatal la tu. nak kurangkan gatal.. ada petua orang tua2 dulu.. ambil daun semambu (pokok daun semambu ni kalau nak senang.. pergi ke Taman Warisan Putrajaya... keliling taman tu semuanya pokok daun semambu. upah la orang yang sapu sampah kat situ tolong panjatkan dan ambil daunnya). kemudian blend dan campurkan dengan bedak sejuk. pastu simpan dalam peti ais. then boleh la sapu ke badan anak. in shaa Allah ia boleh kurangkan kegatalan dan ketidakselesaan anak2 yang demam campak. Alhamdulillah... hari ni bintik2 merah dah banyak hilang menunjukkan tanda2 nak pulih. amin.

saya adalah kesayangan ayah, ibu, along,kakak dan mereka2 yang mengenali saya.

note:gambar tengah demam tak boleh disertakan kerana en suami tidak memberi keizinan. tak comel katanya.

Rabu, 16 Januari 2013

Alwani genap usia 6 bulan.

Alhamdulillah... hari ini Alwani genap berusia 6 bulan dan hari pertama diperkenalkan dengan solid food. opkos la bubur nasi. eemmm.... zaman aiman dan juna dulu mereka tak makan bubur nasi. makan nestum, kanji,nestum,kanji sampai la diaorg boleh kunyah makanan yang kenyal sikit. tak tau la sebab apa diaorang tak makan bubur nasi. nak kata salah masak.. macam dah ok. entah la.. memang tekak anak western kot. so..untuk alwani aku nak bagi bubur nasi juga sebabnya.. dua hari lepas ada try bagi alwani makan nestum beras ada la dalam satu sudu. makan memang la makan walaupun tak habis... tapi..besoknya berak-berak. bagi 2 kali aje..pastu stop terus. bila dah kena bagi makan bubur nasi kompem kena bangun awal2 pagikan. sebelum ni pun setiap pagi dah berpeluh..mana nak prepare bekpes tuk anak pergi school..prepare BF ke dalam botol susu.. sekarang kena tambah 1 lagi aktiviti iaitu masak bubur nasi pulak. nasib baik jumpa penyediaan untuk  masak bubur nasi dengan mudah dan cepat dari sahabat blogger cheyan . kredit and thank to cheyan.

tunggu turn nak kena cucuk. berat bertambah dari 7.05kg kpd 7.4kg

Happy New Year 2013/1434.

Syukur kepada Allah s.w.t. atas limpah rahmatNya kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria di awal tahun 2013. kami sekeluarga masih terasa keseronokkan dan keterujaan dengan kehadiran Alwani. tak sabar2 nak bersua muka selepas pulang dari pejabat. along dan kakak juga tak sabar2 nak bermain dengan Alwani selepas pulang dari sekolah. Alwani  seorang yang mudah didekati. seorang yang amat murah dengan senyuman dan tidak banyak ragam. senyuman itulah yang kami sekeluarga tak sabar2 untuk bertemu dengannya. berkat doaku sepanjang mengandungkan Alwani agar ditemukan jodoh dengan pengasuh yang baik, pandai menjaga bayi, boleh bertolak ansur dan tidak berkira telah memudahkan urusan kami untuk menjaga Alwani ketika ketiadaan kami sekeluarga. didoakan Atok (pengasuh) dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi dan dirahmati Ilahi serta dipertingkatkan kesabaran dalam menjaga/mendidik anak-anak yang diamanahkan. didoakan juga semoga Allah memelihara kita semua dari perkara2 yang tidak baik. serta diberikan seribu kebahagiaan dan kerahmatanMu sepanjang tahun 2013/1434. amin.