Rabu, 16 Januari 2013

Alwani genap usia 6 bulan.

Alhamdulillah... hari ini Alwani genap berusia 6 bulan dan hari pertama diperkenalkan dengan solid food. opkos la bubur nasi. eemmm.... zaman aiman dan juna dulu mereka tak makan bubur nasi. makan nestum, kanji,nestum,kanji sampai la diaorg boleh kunyah makanan yang kenyal sikit. tak tau la sebab apa diaorang tak makan bubur nasi. nak kata salah masak.. macam dah ok. entah la.. memang tekak anak western kot. so..untuk alwani aku nak bagi bubur nasi juga sebabnya.. dua hari lepas ada try bagi alwani makan nestum beras ada la dalam satu sudu. makan memang la makan walaupun tak habis... tapi..besoknya berak-berak. bagi 2 kali aje..pastu stop terus. bila dah kena bagi makan bubur nasi kompem kena bangun awal2 pagikan. sebelum ni pun setiap pagi dah berpeluh..mana nak prepare bekpes tuk anak pergi school..prepare BF ke dalam botol susu.. sekarang kena tambah 1 lagi aktiviti iaitu masak bubur nasi pulak. nasib baik jumpa penyediaan untuk  masak bubur nasi dengan mudah dan cepat dari sahabat blogger cheyan . kredit and thank to cheyan.

tunggu turn nak kena cucuk. berat bertambah dari 7.05kg kpd 7.4kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan