Jumaat, 14 Februari 2014

~~ Doa munajat ~~

Salam Jumaat al-barakah kepada semua yang sudi singgah ke blog kesayangan saya ini. Hari ini saya nak berkongsi tentang doa munajat yang sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkannya. 

Kelebihan doa munajat ini adalah :
     * dapat menguatkan daya ingatan untuk menghafaz (pelajar)
     * nasihat/kata yang baik boleh diterima walaupun seseorang itu berhati keras
     * diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka
     * diberikan rezeki yang halal.

Dengan mengamalkan doa ini, mudah-mudahan anak-anak yang degil akan lembut hati apabila kita menasihatinya. Kita  juga digalakkan memperbanyakkan berselawat ke atas nabi sambil diniatkan dalam hati dipermudahkan segala urusan harian.

Doa munajat ini sumbangan ihklas dari Ustazah Norhafizah bt Musa ketika memberi tazkirah sempena Maulidur Rasul 1435H di JPN Putrajaya. Selamat beramal !!

"Ilahi.. Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku, maka muliakanlah aku dengan kekuatan hafazan dan kefahaman sehingga aku dapat menghafaz dan memahami segala apa yang aku dengar dari ilmu dan Quran. Dan muliakanlah aku dengan suara yang lunak merdu supaya/sehingga sesiapa yang mendengar kata-kataku/bacaanku/suaraku, maka bertambahlah syahdu/tersentuh/cair (menjadi sebab musabab mendapat hidayah) walaupun dia seorang yang berhati keras.

Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah aku rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"  Aamiinn...



Rabu, 12 Februari 2014

~ 2014 : warna warni di awal tahun ~

Salam sejahtera to all readers. belum terlambat lagi kot nak wish happy new year 2014 to my belove friends. hehehe... pembuka tahun 2014 kali ni kehidupan agak sibuk sikit. tapi sekarang dah under control. sebulan lebih tak update blog ni. macam2 cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh itu. tapi takpe.... citer yang indah2 tu kita simpan dalam ingatan dan yang sebaliknya kita ambil iktibar. 

Tahun ni aiman akan menduduki exam UPSR. belum ada perancangan untuk hantar dia tuisyen. sebabnya... 
pertama : nak biasakan dia dengan van sekolah pergi/balik sek. keb dan sra. keluar rumah 645 pagi  keluar rumah hingga jam 600 petang baru dia smpi rumah. nak tengok keadaan dia sempat ke tidak dia nak uruskan diri sendiri dari rumah. so far, alhamdulillah... nakal-nakal dia pun masih boleh dikawal. kalau dia ingkar mmg rotan jawapnya. rotan untuk mendidik... bukan mendera tau. kerjasama dengan pihak van pun penting sebab dia yang ambil/hantar anak kita. kalau anak tak naik van cepat-cepat van call parent. as parent... kita jangan asyik nak komplen aje... kena faham juga la tugas mereka. setakat ni alhamdulillah... van yang kami hire ni sangat ok. tip-top. sikit2 punya hal tu biasa la kan.

kedua : kalau dah sampi rumah jam 6ptg.... semestinya anak2 penatkan... mlm tu la nak tengok homework + mengaji. tuisyen mula jam 8 mlm. usih.... tak boleh tak boleh... kesian anak den. 

Juna - tahun 2014 dilantik sebagai pengawas di sra. suka sangat dia. perancangan perjalanan juna tak banyak beza dari tahun lepas. so far dia ok dan happy nak ke sekolah.

Alwani - masih kekal dengan pengasuh sekarang. walaupun dah ada baby baru pengasuh jaga... alwani tidak rasa cemburu malah suka dengan baby tu. nada tone dia panggil baby sangat manja 'arahh.. arah..' . hehehe... nama baby sarah. 

- dah banyak word dan ayat baru alwani sebut antaranya : 
  * kalau ada barang jatuh --> aa'aaa... ta ta tu (sambil menunjukkan jari telunjuk) - haa haa tak tahu
   * nanak... nanak... --> tak nak... tak nak...
   * tum --> jom sambil sengetkan kepala
   * asik --> nak nasi
   * air --> air masak atau susu badan
   * boboi --> kartun boboi boy
   * pepen --> upin ipin
   * enek..enek.. tibutuk iga -->> nenek nenek si bongkok tiga (versi upin ipin)
   * abu --> ibu
   * naa --> panggilan Juna
   * aban --> abang aiman
   * pahh --> opah
   * eyen --> aaron (sepupu)  
   * abok-abok --> havoc.. havoc.. lagu omputih tu..
   * meh.. --> mari
   * lalan --> jalan keluar rumah
   * acut --> kasut
   * miming --> swimming/mandi
   * yak --> berak
   * totot --> kentut, dll

sweet sangat anak-anak kecil bila sebut semua word tu. hehehe..

 muka copy/paste.. sama tak??

 JJCM

 tak cukup dua tangan, dalam mulut pun penuh.


 acut..

 beli motorbike kat mydin usj. tq ayah..

 letih beraya... 

 mandi di sg lentang... 

 nak juga guna spoon+fork

 sopannya dik cara duduk tu... huhuhu..

 raya ke 2 - baju yg ibu jahit. suka2..


 suka sangat naik troli

 sokong pasukan merak

 miming time..

 selagi tak beli spek dan kerusi malas ni .. tak nak balik... 

 jalan2 ke penang.. takut la tu..

 ict shah alam... eh!!! sama lak ngan baju gi penang.. hehehe

 dua tangan sekali tulis... ko ada??

 'abu... tom.. miming..'

 bebasss!!! 

 jalan2 di putrajaya

 dah pandai buat bunyi vroomm..vroomm

 2nd time alwani naik feri

 tak bergerak pun tak pe la ye dikk.. motor pak megat

nasib baik alwani pegang2 aje.. huhuhu

cuci-cuci mata dengan gelagat Alwani. alhamdulillah... suka duka kehidupan sepanjang tahun 2013 lebih mematangkan diri dalam urusan-urusan harian. 
~~ wassalam ~~