Khamis, 6 Januari 2011

Tahun 2011

Tahun 2010 baru 6 hari berlalu. tibanya Januari 2011 maka bermulalah episod baru dalam kehidupan harian. orang kata tahun baru azam pun kena la baru. adakah azam tahun 2010 berjaya dilaksanaka? bagi diriku azam pada tahun lepas adalah untuk memastikan anak2 kesayangan bersarapan sebelum ke sekolah. w/pun nampak mudah tp ia memerlukan perancangan dan keazaman yg kuat. kena rancang hari ni nak sarapan apa, esok apa. permintaan anak2 di pagi hari perlu juga dipenuhi agar mood anak sentiasa ceria. syukur alhamdulillah, berkat kesungguhan diri ini, aku berjaya melaksanakan azam itu dan ia perkara yg perlu diamalkan agar tumpuan anak2 di dalam kelas tidak terjejas. azam 2011??  eemm.... tentulah ada. insyaAllah akan aku cuba tunaikan.

sekarang ni minggu pertama persekolahan. aiman sekolah seperti biasa, cuma tahun ni tukar tempat transit. dulu transit di sekolah agama sekarang ni transit di taska ceria bermula semalam. risau juga sebab tempat baru, suasana pun lain. balik dari sekolah keb. petang semlm aku tnya bagaimana tinggal di taska ceria. dengan senyum lebarnya aiman kata seronok sgt. syukur kpd Allah. jawapan itu amat melegakan dan menggembirakan hati aku dan suami. selesai sudah urusan aiman. alhamdulillah.

juna telah bersekolah di tadika ceria dan transit di taska ceria. kiranya fullday dia di ceria. juna pun menyatakan dia seronok belajar dan tinggal di ceria. alhamdulillah semua urusan anak2 di awal tahun ni berjalan lancar. masalah yang timbul kami akan bawa berbincang dan hasil keputusan dipersetujui semua pihak. alhamdulillah selesai semuanya.

semoga kehadiran tahun 2011 membawa seribu keberkatan dan rahmat dari Ilahi. akan aku usahakan agar diri ini menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, menjadi isteri yang setia dan sentiasa menyokong suami dalam segala usaha yg dilakukan oleh suami tercinta, menjadi ibu terbaik kepada anak2 tersayang, seorang pekerja yang berdedikasi serta menjadi sahabat sejati kepada kawan2 yang mengenali diriku. aku juga akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan diri ini kepada yg lebih baik. InsyaAllah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku menadah tangan memohon pengampunan dariMu, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, ibubapa mertuaku, suamiku, anak-anakku, adik-beradikku, saudara-maraku dan seluruh umat Islam. Engkau terimalah segala amalan ibadah kami untuk kebahagian di dunia dan sebagai bekalan diakhirat, terimalah taubat kami, pertingkatkanlah keimanan kami kepadaMu, pertingkatkanlah sifat sabar dalam diri kami, tunjukkanlah kami jalan yg diredhi olehMu, halalkan rezeki yang kami perolehi, lindungilah kami dari hasutan hasad dengki serta lindungilah kami dari musuh-musuh Islam dan rahmatilah kami semua. sesungguhnya Engkau lah tuhan yang kami sembah dan tiada tuhan melainkan Engkau dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. amin..amin ya rabbul'alamin."