Jumaat, 21 September 2018


mi bayam home made

Sejak memiliki noodle maker ni memang rajin buat mi.. dulu anak-anak tak gemar makan mi kuning disebabkan ibunya tak reti masak mi (hahahaha)... bukan tak reti ... actually mi tu sendiri yang buatkan aku tak reti nak masak mi.. ada rasa pahit la.. rasa mentah la.. bertukar kaler dari kuning ke kaler merah dll... ada yang bagi petua cuci dulu mi tu.. ada juga yang kata tak perlu cuci just lalukan saja air atas me tu... ada juga yang kata rebus/celur dulu mi tu.. kesudahnya tak payah beli dan tak payah masak kikiki... TAPIII bila dah pandai buat mi sendiri tersangatlah happy rasa hatiku ini... anak-anak tak pernah tolak masakan mi.. sedap katanya.. makanya malam tadi terhasillah mi bayam ladna... nyam nyam... 

Buat mi sendiri lagi jimat dan dijamin kebersihannya. Boleh tahan selama 5-7 hari jika simpan di dalam peti ais. Aneka mi boleh buat.. mi lobak merah, me keladi, mi sawi dll... boleh buat bisnes kecil-kecilan juga....  

mi kuning untuk jualan

Nak tau mesin apa yang kami guna?? Jeng jeng jeng.... semestinya Noodle Maker Noxxa.. Ada sesiapa berminat untuk memiliki NM ni boleh pm sis ye di talian 0196418285 😋😋😋



Khamis, 20 September 2018

10 muharram 1440

Salam 10 Muharam buat semua pembaca... lama sungguh bersawang blog ni... since mabokkan azhad 3 tahun lalu baru pagi ni nak mengemas.. walaupun tiada citer terkini tapi masih ada juga yang sudi mencari info dari pengkongsian yang telah dicoretkan dalam blog ini. Terima kasih semua... insyaAllah blog ni akan kembali aktif semula...😊


Pagi ni kemas-kemas apa yang patut dulu la ... dah bersih dan kemas blog ni baru boleh update story.. stay tune readers !!!