Isnin, 7 Februari 2011

Cuti panjang.

Cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini memang tidak dilepaskan oleh semua kaum di Malaysia untuk bercuti panjang. bagi yang bekerja di wilayah persekutuan boleh cuti selama 9 hari apabila apply AL pada 31/1 dan 2/2. hehehe.... apalagi inilah peluang yg kami nanti2kan. boleh balik kampung mentua dan kampung sendiri. aiman pun cuti direct seminggu. kami rancang balik pahang ahad 30/1 then balik perak rabu 2/2. sebelum tu.. pd 28/1 (jumaat) yang lepas kami ada buat makan2 di club house nilam puri condo. takde sempena apa2 pun cuma nak jamu kawan2 dan bisnes partner husband. menu pun yg simple2 aje. alhamdulillah... semua tetamu yang hadir dapat menikmati juadah yg dihidangkan. ada yg request tiap-tiap bulan buat lagi makan-makan ni. insyaAllah ye kawan-kawan.. ada rezeki lebih dan diizinkan Allah kami akan buat lagi jamuan ringkas ini. kepada yang hadir, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih dan mohon maaf di atas kekurangan yang berlaku.

ok. sambung balik citer cuti nak balik kampung. dah nama pun manusia yg hanya mampu merancang dan Tuhan yg menentukan.. en. suamiku pula demam hari ahad tu isnin baru kebah. demam kena hujan hari sabtu masa pergi servis kereta.hujan non stop until sunday. kami terlupa plak yang juna tak cuti. sekolah dia start cuti 3/2... sempat la juna gi sekolah hari isnin satu hari saja. pastu kami beri dia cuti panjang. hehehe... cikgu dia kata ramai yang tak hadir.. apa lagi kami pun siap2 terus gerak balik pahang keesokkan harinya. perjalanan ok berjalan lancar. syukur alhamdulillah... keluarga mentua semuanya sihat2 belaka. adik2 ipar ku yang lain balik 3/2 malam. sempatlah berbual-bual dan bergurau senda sebelum kami semua bertolak ke perak darul ridzuan. my home town.

sebelum ni kami akan turun balik ke kl dulu bila nak balik perak. dulu pernah sekali ikut tanjong malim tp aku surrender sbb jauh dan bentuk jln yg zig-zag. aku mabuk teruk masa tu.serik dah tak nak ikut jln tu lagi. balik ke perak kali ni kami ikut jalan pintas laluan ke cameron highlands. hanya en.suamiku sj yg tahu jalan ni. aku dok sebelah driver hnya perhatikan kiri kanan laluan yg mmg cantik pemandangannya. kiri kanan hutan maa... aku bertawakal lillahi sbb jalan mmg bengkang-bengkok. lama-lama kepala aku rasa pusing. aku pejamkanlah mata cuba nak lelap la konon2nya. lelap, lelap gak mata tu tp kepala masih pusing2. sampai di lata iskandar, kami rehat kejap di tepi air terjun. hirup udara yg amat segar dan nyaman. juna dah sibuk nak mandi, aiman malu2 tp mahu. mandi manda la anak2ku sekejap. aku plak cuci muka aje ler. seejukkk sgt airnya. ni kalau mandi hilang sakit kepala. sejam kat lata kami teruskan perjalanan dan alhamdulillah... kami selamat sampai depan pintu rumah mak tepat jam 5.45 ptg. disusuli adikku dari senawang 5 minit kemudian.

 anak-anak sedang basahkan badan. airnya mmg tersangat la menyegarkan.

 lepas cuci muka rasa segar skit kepala.

juna beraksi seperti "ayu". watak diana dlm magika.

 sebelum menyambung perjalanan sempat la kami anak-beranak bergambar kenang2an.

 begitu indah ciptaan Allah.

welcome to Lata Iskandar.

kat kg xde buat apa. rehat2 sambil borak2 dan usik anak2 buah. riuh sungguh rumah mak minggu tu. jumaat petang kami semua menghantar sepupu lelaki akad nikah di gopeng. majlis besar hari ahad 6/2/2011 tp kami tak dapat hadir sbb sabtu mlm tu dah bertolak balik ke puchong. ebahagian moment yang sempat dirakamkan oleh jurugambar. 




sememangnya percutian kali ini amat membahagiakan. dapat berkumpul semua adik beradik. anak-anak pun seronok dpt bermain dgn sepupu2nya yg lain. semoga Allah merahmati kehidupan keluarga kita semua. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan