Rabu, 20 Jun 2012

Happy Birthday to anak-anak tersayang.

Setiap awal Jun anak2 akan sibuk bertanya "hari ni hari jadi juna ke ibu?" "hari jadi along dah lepas ke ayah?" "tak sabar juna nak tunggu 2 Jun" dan macam2 lagi la ayat pertanyaan yg diajukan. ibu dan ayah mana yang tak ingat tarikh2 di saat menanti kelahiran insan kecil yang comel. Dengan izin Allah maka pada 1 Jun 2002 lahirlah anak ayah ibu yg diberi nama Muhammad Jumani Aiman (yang diberkati mutiaraku yang bertuah) dan  2 Jun 2005 lahirlah puteri ayah ibu yg diberi nama Julnar Afrina (bunga putih kemerah2an). Percayalah anak2ku, setiap saat dan ketika kalian tidak pernah hilang dari ingatan ayah ibu malah setiap saat dan ketika doa2 yang terbaik kami berikan buat kalian. Ibu Ayah amat MENYAYANGI MU selamanya.

Semasa percutian day 1 ketika menunggu hidangan dinner sampai, kami telah buat kejutan buat anak2. macam biasa ler... potong kek. alhamdulillah... anak2 sangat seronok dan rasa diingati sempena hari jadi mereka.

 Happy Birthday Aiman & Juna 1st & 2nd June.





be a good khalifah my dear.

Percutian ke Taiping - Ipoh, Day 1.

Sempena cuti sekolah baru2 ni, aku dan en suami bercadang untuk pergi bercuti. tak kira la ke mana saja asalkan jauh dari kota la kononnya. pastu saja ajak adik-beradik yg lain. tak sangka lak dpt sambutan. kami sepakat untuk bercuti sekitar negeri perak iaitu taiping-ipoh. siap ada itenary lg. nasib baik la dapat homestay + hotel untuk menginap w/pun disaat-saat akhir.

Kami gerak pd 31 Mei malam ikut plus h/way. berkumpul di R&R sg. buluh. disebabkan jarang ikut h/way... tak disangka2 jalan teramat la sesak (semua org bandar nak balik kg kot..maklumlah cuti sekolah dah start). bila dah masuk h/way mana ada jln u-turn. nak tak nak redah juga le. mak dan adik dh sampai awal2 lg. mereka gerak dr kg gajah. alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah pakcik di kg sg air  putih, taiping jam 415 pg.  sampai2 aje terus loading barang + bentang toto/tilam then terus zzzzzzzzzzz....

Keesokan paginya destinasi pertama kami, kg warisan... makan mee udang. ya Allah.. syukur ke hadrat Ilahi sbb keinginan kami utk makan mee udang tercapai juga akhirnya. sebelum ni, tak sempat nak mkn mee udang sbb kena tahan di rumah cousin mak. dinner kat situ. so.. tak merasa la mee udang masa tu. kali ni... memang tak toleh kiri kanan la menghadapkan mee udang. mmg sedap sgt.

mee udang superb.

aiman tak makan mee udang sbb tgh demam. xde selera.

Lepas lunch mee udang, kami gi checkin di homestay mesra taiping. 1 malam harganya RM180. ok la kan. rumahnya pun cantik, bersih dan luas. sapa2 nak ke taiping dan overnight kat sana boleh la call no. ni ...


living n dining

kitchen.

3 bedroom. yg ni bedroom no.2

kebetulan pula hujan masa ni...so, kami semua ambil kesempatan berehat2 dan bg anak2 kecil ni tidur. petang tu juga kami ke Zoo Taiping. kebanyakkan haiwan di sini tidak terlalu disekat pergerakan mereka. contohnya.. ada spesis burung ni (tak ingat namanya) mereka dibiarkan bebas berada di atas pokok dlm kawasan zoo. kalau tak mendongak mmg tak perasan akan burung2 ni. siap bersarang2 lagi. ada spesis monyet ni pun tak bersangkar. jarak dengan laluan org awam adalah dikelilingi tasik buatan. dalam tasik tu pulak bermacam2 jenis ikan ada. seronok juga la berjalan2 dlm kawasan zoo ni. kita layan gambar2 ye...

 terlihat bbrp ekor ikan arapima yg bebas berenang dlm tasik. besarnya..

jalan2 cari haiwan..

tyco dan ayah tengok beruang.
  
 posing kejap. my mom, ky n my daughter.

bergambar kenangan sebelum keluar.

adriana dan imran tidur. kena ambil gambar juga sbbnya nnt tnya "kenapa ari takde?"

 Ju's family.

manjanya kerbau tu ngan ky. hik..hik..hik..

 badak pun badak la.. asalkan boleh tunggang.. yeehaa.. aaron, juna, adan & aiman

saat yg dinanti2kan oleh anak2. time tu toys.

Selesai aktiviti di zoo taiping... kami semua mencari tempat untuk melegakan tekak yang kehausan. orang yg dah pernah jejalan ke taiping kata Cendol Bismillah is the best. so, on gps then kami pun cari ler...punya la banyak kedai cendol bismillah.. pusing punya pusing.. akhirnya jumpa juga la cendol bismillah yg dok org perkatakan. mmg sedap dan bertambah2 la jawapnya. then kami ingat nak pekena Doli Keuy Teow. ramai yang mengatakan doli keuy teow ni sangat terkenal di taiping. tapi sayangnya masa kami pergi kedai tu tutup sempena cuti bday agong. eemmm....takde rezeki ler.



Dinner - saat yang dinanti2kan. ayahchik (abg mak) a.k.a pak megat nak bawa kami semua dinner di suatu tempat yg istimewa. kami tak tahu di mana.. follow aje le dari belakang. jarak perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. sempat la lelap sekejap masa otw tu. celik aje mata taw2 dh smpi.. hihihihi.. eating time..


 perlu lalu jambatan untuk ke tempat makan. terapung2 restoran ni.

 semetara menunggu hidangan sampai.. kita borak2 la dulu.

tyco dan ibu. tak habis2 ngan The Cars.

Antara menu yg dihidangkan adalah : ketam goreng 3 rasa, kari ikan pari dan ikan bawal, sotong goreng kunyit, sayur campur, siakap sweet sour, udang goreng tepung dan ada bbrp menu lain. buah oren dan orange juice + sky juice.

Syukur alhamdulillah... semua rezeki yg dihidangkan telah habis licin dimakan oleh kami2 yg kelaparan. ni sebahagian aksi orang yang kekenyangan.

 aaron dan pakngah jalan2 sekitar atas jambatan.

 amy posing gedik dgn pak megat.

 abg nazli n my mom tergelak mendengar celoteh antara ky dgn anaknya.

pak megat with his best friend.

Tamatlah sudah day 1 trip kami. selesai dinner kami bersalam2an dan ucapan terima kasih kepada pak megat dan keluarga serta sahabat2 beliau yang telah sudi memberi tunjuk arah dan memberi cadangan lokasi2 menarik untuk dilawati. apa lagi...jom balik homestay.. kita tidur zzzzzzzzzz..... (get ready to day 2.. )



Rabu, 30 Mei 2012

dah nak masuk 2 minggu aku kehilangan selera makan. eemmm... kenapa erk? hairan gak. nasib baik berat badan tak turun. naik sikit aje. bila dah takde selera makan, badan pun jadi letih + lemah + pening + malas. Ya Allah... kuatkan lah semangat ku ini  demi anak2 tersayang dan juga keluarga tercinta. balik ni nanti kena pow en suami ni. hehehehe...



Rabu, 16 Mei 2012

ex-JPJ staff - bowling

eemm... lately ni makin malas pulak nak update blog ni. maklumlah dah masuk 30 mggu.. semua benda jadi slow. 12 Mei hari tu..kami geng2 ex-staff JPJIT cadang nak buat perjumpaan beramai2 dan main bowling di Mid Valley. disebabkan dah penuh..kami main di eCurve. first time main kat situ...kira ok la...kami dpt lane hujung dekat ngan mini stage. 3 lane dewasa (2 games) dan 1 lane untuk kanak2. mula2 main dah riuh...majoriti masuk longkang... lepas 3-4 kali balingan baru la masing2 tunjuk taring. macam2 gaya balingan ada. hehehe..kelakar pun ada.. yg anak2... mak ayah tolong balingkan...maklumlah..semuanya belum mampu tuk angkat bola bowling. aiman dah besar boleh baling sendiri. tapi anak2 ni semuanya lebih berminat main kat mini stage...ada yg memukul dram.. dini ngan hasya lak ala2 nyanyi kat microphone stand. adam ngan juna main lari2..panjat atas stage. tapi tu la kan..bila dah berkumpul dan seronok punya pasal..gambar pun tak ingat nak ambil. asyik dok gelak tengok balingan kekawan dan gelagat anak2. xpe.. yg penting kemeriah + kenangan dlm ingatan.

lepas habis main..kami semua gi minum + makan di Penang Street. so far ok la menu dia. habis makan + borak... kami pun bersalam2an dengan harapan boleh berkumpul lagi. keesokkan harinya adalah rutin biasa di hari minggu..persiapkan kelengkapan sekolah anak2 dan juga en.suami.. pagi tu juga dapat mesej dari adik-beradik + kekawan wish Selamat Hari Ibu. sekadar wish sj tak salah.. meraikannya tu kena berpada2. sebab ada ustaz bgtau yg sambutan Happy Mother's Day ni... asalnya untuk wanita2 yang berkhidmat di gereja. so...kita kena berhati2 la ye. wassalam.



Isnin, 30 April 2012

Air mata seorang isteri.

Sangat tertarik dengan kata-kata ahli ilmu ini. Ada benarnya... hayati dan renung-renungkanlah.

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah dia sebelumm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai para suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU dan Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 

WIRA ku telah kembali.

setelah 24 hari WIRA ku dirawat, kini..dia telah selamat kembali ke pangkuan kami sekeluarga untuk memberi khidmat yang amat kami perlukan. syukur alhamdulillah...segala ujian dan dugaan dari Ilahi telah berjaya kami tempuhi. sesungguhnya..Allah akan tetap menguji hamba2Nya mengikut kemampuan hambaNya itu. thank you Allah.



Rabu, 18 April 2012

Kursus Kepimpinan SKPU 2

Ini pertama kali aiman mengikuti kursus kepimpinan di luar daerah iaitu di Teratak Malaya, Pusat Peranginan Tradisional, Janda Baik, Pahang. kursus yang diadakan 3H2M ini hanya ditawarkan kepada semua murid2 yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. hanya doa kami kirimkan buat semua peserta2 kursus dan guru2 yang terlibat. almaklum la.. risau first time bagi keizinan anak gi 'outstation'. juna pun rindu sangat kat along dia.

pembahagian kumpulan kepada 3 buah bas.

bacaan doa dari ustaz 

masuk kumpulan A 

 bergerak untuk menaiki bas.

 bersama teman2 seperjuangan.

syukur alhamdulillah...segala apa yang dirancang mendapat keizinan Ilahi. aiman pun selamat sampai ke rumah dengan wajah yang keletihan. seronok katanya join kursus ni.

Khamis, 5 April 2012

Jaga diri baik-baik COMEL

Ingat lagi tak pada Comel? ya betul... anak kucing yang kami jaga tu. kami dah jumpa seseorang yang sanggup untuk mengambil dan menjaga Comel sehingga Comel dapat penjaga tetap. orang tu bernama Melissa (panggil Lissa). ikutkan dalam perbualan telefon sepatutnya Comel tu di ambil pada 27hb Mac jam 7..tp postponed ke 28hb dan kami sendiri yg pergi hantar Comel (boleh tengok keadaan tempat tu sekali).  tempat tu kawasan perumahan lot banglo (bumiputera). sampai2 aje kami disambut oleh  ibu kepada Lissa yang sememangnya seorang yang sukakan kucing. ada seorang pekerja yg sedang membersihkan kurungan kucing masa tu. bersih la tempat tu. kurungan kucing terbahagi kepada 2 iaitu 1 kurungan besar untuk kucing2 yang sihat dan menunggu penjaga tetap yang nak ambil. 1 kurungan lagi (kira sangkar la sbb kurungan tu bersaiz kecil) untuk kucing2 yang baru di ambil serta kucing2 yang tidak sihat. comel ditempatkan bersama seekor ibu kucing tumpang.

pergi checkup sebelum jumpa Lissa.

mula2 tengok... rasa kesian sangat. ye la kita dah tahu cara nak bg Comel minum susu dalam botol. tempat membuang urinal Comel pun kami dah sediakan dan tak bersepah la kalau Comel 'membuang'. timbul rasa sayang. tapi... kami memang tiada pilihan.

minum susu dulu sebelum Comel diserahkan ke pusat jagaan kucing.

kurungan besar. semua kucing dalam keadaan baik.
Pemilik Omiey Home, Melissa 012-2812640

 kurungan kecil utk kucing yang baru sampai.

 Comel bersama adik-beradik sesusu.

ibu susuan Comel (kanan).

Kami mendoakan agar Comel sentiasa sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Ilahi. umur baru sebulan dah kena belajar hidup berdikari. InsyaAllah, ada masa terluang kami akan menziarahi Comel. we miss u so much. 

Kemalangan lagi.

Hujung minggu yang lepas, kami adik beradik berpakat balik kg untuk menghadiri majlis tahlil arwah makcik (sabtu malam ahad). seronok sangat dapat berkumpul dan meriuhkan rumah mak. selesai segala urusan esoknya kami pun bergerak balik. nak kata konvoi... semuanya gerak sendiri2. cuma beza 30 minit aje kami bergerak pulang. our turn untuk bergerak dalam jam 6 petang (noor gerak dalam jam 5, ky gerak jam 5.30). macam biasa la... adriana menangis2 nak ikut makngah dia balik sekali (kesian ari.. kiranya farouk org terakhir gerak). 

Di awal perjalanan semuanya ok. entah sampai mana aku dan anak2 terlelap. tinggal la en husband seorang diri memandu sambil mendengar radio. sampai aje di Bt 10, Tanjong Karang... tetiba...bunyi BOOMMMM..... aku tersedar + tersentak. nampak MPV di depan dan tak tau apa jadi sebenarnya. tau2 terasa sakit yang amat sangat terutama sekali dibahagian perut. aiman mengerang kesakitan dan juna pula dalam kebingungan. Ya Allah... rupa-rupanya kami kemalangan.  AllahuAkbar.

pada malam kejadian. radiator pecah.

esok pagi dah bawa masuk bengkel di Subang Jaya.

 
dari sudut sisi.

Syukur alhamdulillah, kami semua selamat. cuma cedera ringan dan sakit2 badan masih terasa hingga ke hari ini. bernasib baik sebab kami pakai tali pinggang keledar. kalau tak.. mungkin lagi sakit la jawabnya.

p/s : jangan abaikan pemakaian tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yg dekat.